Pages

Saturday, November 28, 2009

MPP................

Assalamualaikum dan Salam 1 Siswa 1 Malaysia 1 Aspirasi.....


Salam Aidiladha buat rakan-rakan yang saya hormati sekalian.....Rasanya dah lama saya tak update blog ni....mungkin kekangan masa dan sibuk berfacebook yang menyebabkan diri ini hampir lupa pada blog nie....

Tajuk entry kali ini ialah MPP... iatu Majlis Perwakilan Pelajar...Hampir semua siswa dan siswi tahu apa itu Majlis Perwakilan Pelajar....dan saya juga pasti sebahagian daripada siswa dan siswi tahu apa peranan yang dimainkan oleh MPP...Saya pilih tajuk ni sebab tempoh berkhidmat pun dah nak tamat tapi itu bukan menjadi penghalang untuk Majlis Perwakilan Pelajar USM untuk meneruskan perjuangan bagi memastikan kebajikan siswa siswi USM terjaga...

Pertengahan bulan Januari 2008, Pilihan Raya Kampus (PRK) bagi pemilihan MPP USM sidang 08/09 telah pun berakhir...Dari situ telah bermula apa yang dikatakn sebagai AMANAH....Banyak perkara yang telah dilakukan oleh MPP USM 08/09....Mesyuarat-mesyuarat bersama PTJ-PTJ, projek-projek universiti, masalah-masalah kebajikan yang sebahagiannya telah diselesaikan dan kursus-kursus anjuran KPT yang perlu dihadiri...

Dalam mesyuarat bersama Jabatan-jabatan, MPP yang mewakili siswa-siswi USM telah pun bersuara bagi memastikan kebajikan siswa-siswi USM terjamin..Contohnya, masalah penginapan yang telah dihadapi oleh siswa-siswi semasa memohon untuk menginap desasiswa bagi sidang 08/09....Yang Dipertua MPP USM, Saudara Shafiq telah pun membuat perjumpaan dengan jawatankusa pemilihan desasiswa pada waktu tersebut bagi memastikan siswa-siswi yang sepatutnya mendapat tempat di desasiswa mendapat tempat mereka..Selain itu, masalah wireless, MPP USM telah banyak kali bersuara kepada pihak yang bertanggungjwab untuk menyelesaikan masalah wireless sehingga ketua kepada pihak yang bertanggungjawab berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut dengan secepat yang mungkin...Itulah pentingnya MESYUARAT.....tempat bagi melontarkan pandangan, mendapat persetujuan dan menyelesaikan salah faham....

Projek Convex dan NRIC ialah dua projek universiti yang diuruskan oleh siswa siswi USM sendiri dan 2 projek ini diuruskan oleh MPP...Selain itu banyak projek yang telah dilakukan oleh MPP USM sidang 08/09 seperti " 2 jam tanpa kenderaan bermotor di kampus induk USM ", " Program Pecutan Terakhir ", "Karnival Tahun Baru Cina ", dan lain-lain lagi..Ini adalah projek-projek yang telah berjaya dilakukan oleh MPP walupun sibuk dengan pelbagai jenis mesyuarat yang perlu dihadiri...

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh MPP bagi memastikan kebajikan siswa-siswi USM terjamin..Saya begitu tertarik dengan tajuk entry Saudara Shafiq iaitu antara imej dan perilaku....Kami di barisan MPP menggunakan pendekatan musyawarah dan berdiplomasi apabila cuba menyelesaikan masalah-masalah tertentu dengan mana-mana pihak..saya berpendapat ini adalah perilaku islamik yang telah diajarkan oleh Islam...kadang-kadang sesuatu masalah perlu mengambil masa yang lama untuk diselesaikan dan ada juga masalah yang boleh diselesaikan dengan waktu yang singkat....Ini adalah lumrah kehidupan....

Di bawah kepimpinan Saudara Shafiq, beliau sentiasa menekankan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah-masalah kebajikan siswa-siswi...Saya secara peribadi begitu kagum dengan beliau kerana sifat-sifat yang beliau memiliki...adil dan bermusyawarah...Beliau telah meletakkan orang yang sepatutnye pada jawatan yang sepatutnya...Terima kasih kerana memimpin kami Saudara Shafiq....

Tapi kami sedar terdapat juga masalah-masalah kebajikan siswa siswi yang perlu diperbaiki lagi....kami di barisan MPP USM sidang 08/09 akan melakukan usaha-usaha yang termampu untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut....

Bak kata orang berat mata memandang berat lagi bahu memikul....Salam Aspirasi untuk Mahsiswa Bersatu..........

Wednesday, June 24, 2009

PERPADUAN

Assalamualaikum dan salam 1 Siswa 1 Malaysia 1 Aspirasi..........

Pada pandangan saya, perpaduan boleh didefinisikan sebagai kesatuan. Dalam hal ini, kita mestilah melihat perpaduan dari pelbagai sudut. Pelbagai sudut ini adalah seperti dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Tetapi pada zaman yang penuh dengan cabaran ini, perpaduan dari segi politik telah menjadi perhatian oleh media massa dalam negara dan juga luar negara. Dengan mengambil contoh di Asia Barat, di negara Iran, walaupun kemenangan telah berpihak kepada Mahmud Ahmadinejad tetapi penyokong-penyokong Husein Mousavi telah membuat rusuhan dan hal ini menyebabkan penyokong-penyokong Mahmud Ahmadinejad telah bertindak balas. Hal ini menyebabkan ketidakstabilan politik di Iran telah menggugat perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara Iran.

Dengan mengambil contoh yang paling dekat adalah di negara kita iaitu di negara Malaysia yang dicintai ini. Walaupun pilihanraya telah berakhir pada tahun lepas, tetapi perang politik terus berlanjutan sehingga sekarang.Terdapat segelintir ahli politik di negara ini lebih suka membincangkan tentang titik perbezaan iaitu dari segi ideologi politik tetapi tidak membincangkan tentang titik persamaan iaitu kebajikan rakyat.

Lebih menyedihkan lagi ialah terdapat segelintir ahli politik yang berbangsa Melayu tidak mahu bekerjasama dengan ahli-ahli politik Melayu yang lain kerana perbezaan ideologi politik.Siapa yang rugi dalam hal ini? Tentunya anak- anak Melayu sendiri. Kita lihat ahli-ahli politik berbangsa Cina yang bersatu padu apabila melibatkan isu bangsa mereka walaupun mereka berlainan ideologi politik.

Mengapa hal ini boleh berlaku? Tentunya kerana KUASA.........

Wahai bangsa Melayu yang menjadi tunjang agama Islam di negara ini, sedarlah tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini....

JANGANLAH HANYA INGIN MENCARI TITIK PERBEZAAN TETAPI CARILAH TITIK PERSAMAAN.....

Empayar Melayu Melaka telah bertahan lebih kurang 100 tahun lebih dan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol telah bertahan lebih kurang 800 tahun sebelum kedua-dua kerajaan ini telah jatuh kerana tiada perpaduan dalam masyarakat pada masa itu.

Ingatlah umur negara kita ini baru nak masuk 52 tahun. PENTINGKAN KEPENTINGAN NEGARA DARIPADA KEPENTINGAN DIRI..

salam aspirasi......

Monday, May 4, 2009

HAK-HAK PEMERINTAH

"Seseorang yang melihat secara jelas kesalahan pemerintah dalam sesuatu masalah, MESTILAH MENASIHATINYA dan TIDAK BOLEH MENGEJINYA DI HADAPAN ORANG RAMAI".

Al-Syaukani dalam Al-Sail al-Jarrar

Dalam ketidakstabilan politik negara pada zaman ini, kita dapat lihat fitnah telah menjadi suatu perkara yang biasa. Pada pandangan saya, fitnah yang dilemparkan terhadap pemerintah dan juga kerajaan akan memberikan implikasi yang buruk terhadap perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara yang tercinta ini.

Sesungguhnya setiap pemerintah mempunyai hak-hak yang telah diwajibkan oleh Islam ke atas rakyatnya, mengambil berat terhadapnya, memeliharanya, dan melaksanakannya kerana seluruh kemaslahatan umat dan masyarakat tidak akan sempurna dan teratur kecuali dengan kerjasama antara pemerintah dan rakyat, pelaksanaan setiap kerja atau tugas yang diwajibkan serta menjalankan amanah dan tanggungjawab.

1. Ikhlas dan Doa
Kewajipan yang pertama sekali ke atas rakyat adalah ikhlas kepada para pemerintah, kasihkan mereka dan menginginkan kebaikan kepada mereka serta membenci segala yang memburukkan mereka. Rasulullah s.a.w menjelaskan perkara tersebut dengan menyatakan : "Agama itu nasihat....daripada Allah, kitab-Nya, untuk para pemimpin kaum Muslimin dan keseluruhan mereka."

Sabda Baginda s.a.w. lagi :
"Sesungguhnya Allah meredai kepada kamu tiga perkara : Menyembah-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, berpegang dengan ajaran Allah keseluruhannya dan jangan berpecah belah dan menasihati pemimpin."

Di sini kita dapat lihat peranan kita sebagai orang Islam salah satunya adalah sentiasa berdoa dengan kebaikan untuk pihak kerajaan dan pemimpin. Kita mestilah menjauhi daripada memaki mereka, mengaibkan mereka dan menghebahkan kejahatan mereka kerana yang demikian itu adalah kejahatan dan kefasadan yang besar. Kita tidak disuruh untuk berdoa ke atas mereka kejahatan sekalipun mereka zalim dan kerana kezaliman mereka dan penganiayaan mereka adalah dosa yang ditanggung ke atas diri mereka dan kaum Muslimin manakala kebaikan mereka adalah pahala bagi mereka dan kaum Muslimin.

2. Penghormatan dan Kemuliaan
Rasulullah s.a.w telah mewajibkan ke atas umat ini menghormati dan memuliakan para pemimpin. Pada waktu yang sama Baginda melarang mencaci mereka dan menyebut kekurangan mereka dan kelemahan mereka kerana demikian itu menyebabkan berlakunya kebencian rakyat kepada mereka bahkan juga akan membawa kepada kejahatan , kerosakan, kederhakaan dan permusuhan.

Sahl bin Abdullah al-Tastari telah berkata : "Manusia sentiasa dalam keadaan baik selama mana mereka menghormati sultan dan ulama maka sekiranya mereka menghormati kedua-duanya ini Allah memberi kebaikan kepada kehidupan dunia dan akhirat mereka dan sekiranya mereka menghina kedua-duanya Allah merosakkan kehidupan dunia dan akhirat mereka."

Sebuah hadis daripada Abi Bakr r.a. katanya : Aku mendengar Nabi bersabda :

"Sultan ialah bayangan Allah di bumi maka sesiapa yang memuliakannya Allah akan memuliakannya dan sesiapa yang menghinanya Allah akan menghinanya."

Selain itu daripada Huzaifah: "Tidaklah berjalan satu kaum kepada sultan Allah di atas muka bumi untuk menghinanya melainkan Allah menghina mereka sebelum mati."

Di sini kita dapat melihat sesungguhnya agama Islam memberikan kemuliaan dan penghormatan kepada para pemimpin.

3.Patuh dan Taat
Berusahalah mentaati pemimpin zahir dan batin, pada setiap yang diperintahkan dengannya dan yang ditegahnya kecuali yang berupa maksiat.

Inilah hak yang paling besar ke atas rakyat dan sebesar-besar kewajipan ke atas mereka terhadap pemerintah-pemerintah mereka kerana taat itu sesungguhnya adalah asas-asas yang kuat bagi menyusun urusan-urusan negara dan masyarakat, serta untuk merealisasi matlamat dan kehendak agama dan keduniaan.

Umar bin al-khattab pernah berkata : "Tidak sempurna Islam tanpa jemaah dan tidak sempurna jemaah tanpa pemimpin dan tidak sempurna pemimpin tanpa ketaatan."

4. Nasihat dan penilaian
Para pemerintah bukanlah maksum, tindakan mereka mungkin betul atau tidak dan mereka masih memerlukan nasihat orang yang ikhlas dan tunjuk ajar daripada orang yang bertakwa. Menasihati mereka berpandukan syariah adalah petunjuk daripada agama dan petunjuk generasi salaf yang berkehendakkan kepada ikhlas berdiplomasi, lunak, lemah lembut, bijaksana supaya hasilnya terlaksana.

Dalam satu peristiwa seorang lelaki telah berkata kepada Sultan Harun al-Rashid ketika baginda sedang bertawaf : ""Saya ingin berbicara denganmu secara kasar, oleh itu bersabarlah!" Baginda menjawab : "Tidak! Sekiranya tanpa kemuliaan, sesungguhnya Allah telah mengutuskan orang yang lebih baik daripadamu iaitu Nabi Musa a.s. kepada orang yang lebih jahat daripada saya iaitu Firaun seperti firman-Nya kepada Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s.:

Maksudnya : Katakanlah (wahai Musa dan Harun ) kepadanya (Firaun) dengan ucapan yang lunak, mudah-mudahan dia sedar atau takut kepada Allah.

( Surah Taha : 44)

Bagi menasihati pemerintah terdapat 3 cara yang dilakukan oleh ulama salaf ialah :

  • Menasihati pemerintah pada ketika tiada orang bersama.
  • Menulis surat kepada mereka.
  • Menghubungi ulama yang berdamping dengan pemerintah agar mereka dapat membimbingnya ke arah kebaikan.
Dalam kitab al-Adab al-Syar'iyyah karangan Ibn Muflih,

"Sesungguhnya seseorang itu tidak boleh mengingkari dan menegur sulta kecuali memberi nasihat kepadanya, menakutkannya dengan ancaman Allah serta mengingatkannya tentang hukuman di dunia dan di akhirat. Inilah sahaja yang wajib dilakukan dan selain itu diharamkan."

5. Memberi Bantuan
Ibn Jamaah berkata: "Membantu pemerintah secara batin dan zahir adalah bersungguh-sungguh ke arah itu yang mana ia dapat menolong umat Islam untuk menjaga kehormatan agama dan menghapuskan golongan pelampau. Memberi bantuan juga bermakna menjaga dan memelihara lidah dan perbuatan, harta dan jiwa, zahir dan batin, secara sembunyi dan terang-terangan.

Kesimpulannya, jika kita inginkan pemimpin kita yang terbaik, kita haruslah tunaikan hak-hak pemerintah.Apabila kita mengingkarinya maka tunggulah bencana yang lebih buruk.

wallahu alam.......

Saturday, January 24, 2009

ORANG MELAYU MUDAH LUPA......

Melayu Mudah Lupa
Oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa

Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada Bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai.....

Sekarang kita dapat lihat masalah yang menimpa remaja Melayu kita bukan sahaja dari segi akademik tetapi dari segi sahsiah. Bergaduh, hidu gam, hisap ganja, rempit, rogol, sumbang mahram, peratusan kaum manakah yang paling tinggi terlibat dalam perkara2 mcm ni?KAUM MELAYU. Saya bukan ingin mengutuk bangsa saya tetapi rasa sedih yang ada dalam hatilah yang ingin menyeru diri saya dan rakan2 yang membaca post saya ni, jangan lupakan tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar kerana agama, bangsa dan negara kita memerlukan pemimpin2 muda yang dapat jadi pelapis untuk pemimpin2 sekarang pada masa akan datang.Saya adalah orang beragama ISLAM dan berbangsa MELAYU.Jangan kita alpa sehingga negara kita tergadai kepada orang lain.Ingat.....Di Malaysia ni, Majoriti adalah ORANG MELAYU dan ORANG MELAYU ni pula beragama Islam.Jadi kalau ORANG MELAYU hilang di Malaysia maka agama Islam akan tergugat di Malaysia. Jadi, wahai bangsaku, sedarlah bahawa perjuangan kita masih belum selesai.....

Saturday, January 17, 2009

PILIHANRAYA KAMPUS USM 2008/2009

Pilihanraya kampus telah berakhir dan ini bermaksud Majlis Perwakilan Pelajar USM bagi sidang 2008/2009 telah pun dibentuk.Di sini kita dapat lihat proses pilihan raya adalah sangat kompleks dan mengikut urutan2 yang telah pun ditetapkan.Dari hari penamaan calon sehinggalah hari membuang undi, banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh calon2 yang bertanding bukan saja dari segi wang tetapi dari segi masa.Semua ini dilakukan oleh calon2 adalah untuk memastikan kedudukan dalam Majlis Perwakilan Pelajar bagi sidang ini terjamin.Apabila berada dalam Majlis Perwakilan Pelajar,tanggungjawab yang lebih besar akan dihadapi oleh calon2 iaitu untuk memastikan kebajikan mahasiswa/i universiti APEX ini untuk terus terjaga.Bagi calon2 yang telah menang,ingat kita baru melangkah satu tapak ke hadapan dan masih ada 999 tapak.Bagi calon2 yang kurang bernasib,teruskan semangat cintakan universiti yang telah ada dalam diri anda......SALAM ASPIRASI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...