Pages

Wednesday, June 24, 2009

PERPADUAN

Assalamualaikum dan salam 1 Siswa 1 Malaysia 1 Aspirasi..........

Pada pandangan saya, perpaduan boleh didefinisikan sebagai kesatuan. Dalam hal ini, kita mestilah melihat perpaduan dari pelbagai sudut. Pelbagai sudut ini adalah seperti dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Tetapi pada zaman yang penuh dengan cabaran ini, perpaduan dari segi politik telah menjadi perhatian oleh media massa dalam negara dan juga luar negara. Dengan mengambil contoh di Asia Barat, di negara Iran, walaupun kemenangan telah berpihak kepada Mahmud Ahmadinejad tetapi penyokong-penyokong Husein Mousavi telah membuat rusuhan dan hal ini menyebabkan penyokong-penyokong Mahmud Ahmadinejad telah bertindak balas. Hal ini menyebabkan ketidakstabilan politik di Iran telah menggugat perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara Iran.

Dengan mengambil contoh yang paling dekat adalah di negara kita iaitu di negara Malaysia yang dicintai ini. Walaupun pilihanraya telah berakhir pada tahun lepas, tetapi perang politik terus berlanjutan sehingga sekarang.Terdapat segelintir ahli politik di negara ini lebih suka membincangkan tentang titik perbezaan iaitu dari segi ideologi politik tetapi tidak membincangkan tentang titik persamaan iaitu kebajikan rakyat.

Lebih menyedihkan lagi ialah terdapat segelintir ahli politik yang berbangsa Melayu tidak mahu bekerjasama dengan ahli-ahli politik Melayu yang lain kerana perbezaan ideologi politik.Siapa yang rugi dalam hal ini? Tentunya anak- anak Melayu sendiri. Kita lihat ahli-ahli politik berbangsa Cina yang bersatu padu apabila melibatkan isu bangsa mereka walaupun mereka berlainan ideologi politik.

Mengapa hal ini boleh berlaku? Tentunya kerana KUASA.........

Wahai bangsa Melayu yang menjadi tunjang agama Islam di negara ini, sedarlah tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini....

JANGANLAH HANYA INGIN MENCARI TITIK PERBEZAAN TETAPI CARILAH TITIK PERSAMAAN.....

Empayar Melayu Melaka telah bertahan lebih kurang 100 tahun lebih dan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol telah bertahan lebih kurang 800 tahun sebelum kedua-dua kerajaan ini telah jatuh kerana tiada perpaduan dalam masyarakat pada masa itu.

Ingatlah umur negara kita ini baru nak masuk 52 tahun. PENTINGKAN KEPENTINGAN NEGARA DARIPADA KEPENTINGAN DIRI..

salam aspirasi......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...