Pages

Monday, November 14, 2011

Seksyen 15 AUKU beri kebebasan



UTUSAN (14/11/2011) m/s 12 

BERITA HARIAN (14/11/2011) m/s 27 

Perbincangan mengenai kewujudan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971 terus menjadi topik hangat untuk diperdebatkan dan dibicarakan terutamanya seksyen 15 dalam AUKU yang berkaitan dengan mahasiswa. Perkara ini telah berlanjutan sejak kewujudan AUKU ini sehinggalah pada hari ini. Isu AUKU ini semakin popular apabila keputusan 2-1 Hakim Mahkamah Rayuan telah memihak kepada 4 orang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah ditangkap kerana mengedarkan “flyers” dan risalah hasutan di Pilihan Raya Kecil (PRK) di Hulu Selangor. Mahkamah telah membuat keputusan bahawa seksyen 15 (5) (a) AUKU diisytiharkan sebagai “unconstitutional” atau bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi masih ramai yang gagal memahami AUKU ini dengan baik. Jika kita lihat sendiri secara kasar berkenaan pemahaman tentang AUKU ini dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat kampus, ia masih berada di tahap yang rendah. Jadi kita akan melihat sesetangah mahasiswa mahupun masyarakat akan terpedaya dengan permainan persepsi segelintir pihak tertentu yang telah memburukkan AUKU. Mereka memburukkan AUKU dengan momokkan bahawa AUKU ini “zalim”, “tidak bebas” dan pelbagai lagi. Mereka ini sebenarnya berniat untuk memansuhkan AUKU demi kepentingan dan agenda pihak-pihak tertentu.

Pertama sekali, kita perlu faham bahawa kewujudan AUKU ini bukan hanya berkaitan dengan mahasiswa sahaja tetapi lebih banyak memfokuskan kepada penubuhan, pentadbiran dan pengurusan universiti. Ini adalah perkara asas yang perlu difahami oleh semua pihak termasuklah mahasiswa berkenaan kewujudan AUKU ini. Salah satu seksyen dalam AUKU yang menyentuh berkenaan mahasiswa ialah Seksyen 15. Hampir keseluruhan seksyen dalam AUKU pula menyentuh berkenaan penubuhan, pentadbiran dan pengurusan universiti. Jadi seharusnya tidak timbul isu bahawa AUKU ini perlu dimansuhkan kerana selain daripada seksyen 15, lain-lain seksyen menyentuh berkenaan pihak universiti.

Kita beralih kepada Seksyen 15 dalam AUKU yang dikatakan oleh segelintir pihak sebagai “tidak bebas” kepada mahasiswa. Kewujudan Seksyen 15 dalam AUKU ini mempunyai beberapa kepentingan.
1
.      Ia memberi kebebasan kepada mahasiswa untuk bebas daripada mana-mana pihak terutamanya parti politik dan juga kumpulan-kumpulan yang mempunyai agenda tersendiri. Hal ini kerana dengan wujudnya Seksyen 15 dalam AUKU ini mengelakkan mahasiswa daripada terikat kepada mana-mana parti politik dan kumpulan-kumpulan yang mempunyai agenda tersendiri.
  • Seksyen 15 dalam AUKU ini juga menghalang daripada mana-mana parti politik yang cuba membawa politik kurang sihat ke dalam kampus. Hal ini bagi memastikan supaya politik kurang sihat ini tidak berlaku di dalam kampus dan menyebabkan gangguan kepada ekosistem pembelajaran di dalam kampus.
  • Perpecahan dalam kampus mengikut parti-parti politik dapat dielakkan kerana kita perlu faham yang budaya politik Malaysia ini kadang-kadang terarah kepada budaya politik kurang sihat. Hal ini kerana kita tidak mahu nanti kampus menjadi medan meraih sokongan oleh parti-parti politik dan akhirnya wujudlah bahagian UMNO, PKR, PAS dan DAP di dalam kampus tersebut dek kerana ingin meraih sokongan.
  • Hasil daripada Seksyen 15 dalam AUKU, Politik kampus yang telah wujud pada hari ini telah cukup sebagai medan latihan kepada mahasiswa dalam persediaan menghadapi dunia sebenar. Hal ini kerana politik kampus dan politik luar adalah dua perkara yang berbeza dan mempunyai budaya politik yang berbeza.
  • Golongan majoriti mahasiswa yang ingin belajar dan menimba ilmu pengetahuan dapat berada dalam keadaan yang harmoni dan aman tanpa gangguan budaya politik yang kurang sihat. Hal ini dapat memastikan majoriti mahasiswa dapat hidup dan belajar di kampus dengan aman dan harmoni.
  • Kewujudan mahasiswa pada hari ini sebagai “Third Party” yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak adalah penting dalam pembangunan negara dan juga dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan masyarakat kampus. Hal ini kerana mahasiswa akan berpartisipasi dalam pembangunan negara dan dasar-dasar kerajaan sebagai “Third Party” bukannya memihak kepada mana-mana pihak.
  • Mahasiswa pada hari ini bebas untuk menyertai Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan bermotifkan politik. Hal ini menunjukkan bahawa demi menyumbang bakti kepada masyarakat, mahasiswa dibenarkan untuk menyertai NGO. Penglibatan dalam NGO dan Persatuan luar sudah cukup untuk memastikan pelajar dapat mengasah bakat kepimpinan dan mewujudkan kebebasan bersuara atas platform persatuan yang bebas tanpa ada pengaruh ideologi politik. Dengan ini dapat menghasilkan mahasiswa yang aktif dalam kesukarelawanan dan cintakan negara.
Kita dapat lihat beberapa kepentingan Seksyen 15 dalam AUKU ini yang sebenarnya memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk menilai dan bersifat neutral dalam memberikan pandangan atas nama mahasiswa. Perkara asas dalam Seksyen 15 dalam AUKU ini perlulah difahami oleh mahasiswa dan masyarakat bukannya disalahfahamkan iaitu kebebasan untuk menilai sebagai mahasiswa bukannya bersifat partisan.

Kita akan lihat semula Seksyen 15 (5) (a) dalam AUKU yang dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dalam kes yang hangat baru-baru ini. Seksyen 15 (5)(a) mengatakan “Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia”.

Dalam Seksyen 15(5)(a) ini menjelaskan bahawa golongan mahasiswa tidak boleh menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik. Hal ini membawa maksud yang golongan mahasiswa adalah bebas daripada belenggu politik kepartian dan ini memberikan kekuatan kepada mahasiswa untuk membina idealisma mereka tersendiri mengikut acuan tersendiri tanpa dipengaruh mana-mana pihak.

Selain itu, Perkara 10(2) dalam Perlembagaan Persekutuan juga telah menetapkan bahawa sekatan kebebasan dibolehkan demi kepentingan pendidikan. Dalam erti kata lain, ia sebenarnya telah membuka ruang dan kebebasan yang terpimpin kepada mahasiswa bukannya kebebasan mutlak yang dicanang-canang oleh pihak-pihak tertentu. Dengan adanya seksyen 15(5)(a) ini juga bertujuan untuk memastikan matlamat utama pendidikan untuk membina minda dan keupayaan intelektual mahasiswa dipenuhi. Jika kita buka juga ruang kepada mahasiswa terlibat dengan parti-parti politik secara aktif, jangan kita terkejut kerana para pensyarah juga akan memohon perkara yang sama kerana mereka adalah lebih “matang” berbanding dengan mahasiswa. Akhirnya kampus menjadi medan untuk berpolitik dan akan tersimpang jauh dari matlamat asal pengajian tinggi.

Jika seksyen 15(5)(a) ini dimansuhkan maka pelbagai perkara buruk berlaku di dalam kampus. Kejadian provokasi dengan membawa bendera parti dan memakai baju parti akan mencetuskan keadaan kurang selesa di dalam kampus. Lebih teruk lagi jika provokasi ini akan membawa kepada keadaan fitnah antara satu sama lain dan juga pergaduhan. Hal ini sebenarnya yang kita perlu lihat terutamanya “orang luar” yang cuba mewakili mahasiswa dengan memohon pada kerajaan untuk memansuhkan seksyen 15(5)(a) dan juga seksyen 15 secara keseluruhannya.

Jadi, kerajaan pada hari ini perlu membuat rayuan dengan membawa kes berkaitan dengan Seksyen 15(5)(a) ini yang dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kepada mahkamah yang lebih tinggi. Hal ini adalah demi kepentingan majoriti mahasiswa yang inginkan kampus mereka dalam aman dan harmoni. Kerajaan tidak boleh tunduk kepada minoriti mahasiswa yang inginkan seksyen 15(5)(a) ini dimansuhkan tetapi kesan buruknya akan melanda keseluruhan masyarakat kampus dan menyebabkan kampus tidak harmoni dan aman.

Keseluruhannya, AUKU, Seksyen 15 dan Seksyen 15(5)(a) mempunyai kepentingan masing-masing dan kewujudan ketiga-tiga ini sebenarnya memberikan ruang dan kebebasan kepada mahasiswa bukannya dizalimi atau disekat seperti dikata oleh segelintir pihak-pihak tertentu. Kita perlu faham setiap satu yang wujud itu pastinya mempunyai kepentingan. Jangan kita terpedaya dengan slogan kebebasan yang digunakan oleh segelintir pihak tertentu kerana di dalam dunia ini tidak ada kebebasan mutlak selain kebebasan terpimpin.


Ahmad Wafi Bin Sahedan
Penggerak Mahasiswa Kebangsaan (PMK)

Wednesday, October 26, 2011

Krisis Aziz Bari di Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

Kematangan pemikiran mahasiswa dalam berfikir sentiasa diperdebatkan oleh pelbagai pihak dan pada hari Jumaat yang lepas bertarikh 21hb Oktober 2011 di Masjid UIA telah menimbulkan seribu satu persoalan berkenaan kematangan pemikiran segelintir mahasiswa yang digelar sebagai Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Tindakan mereka yang mengadakan demonstrasi selepas Solat Jumaat bertujuan kononnya ingin “memperjuangkan” nasib Profesor Aziz Bari, seorang pensyarah undang-undang di UIA.

Dalam kes Profesor Aziz Bari, pihak SMM tidak dapat memahami kes tersebut dengan baik dan terus membuat keputusan untuk mengadakan demonstrasi tanpa memikirkan kaedah yang masih wujud untuk “memperjuangkan” Profesor Aziz Bari. Demonstrasi yang telah diadakan pada hari Jumaat lepas tidak memberikan apa-apa faedah tetapi timbul enam perkara yang telah menjadi keraguan kepada saya hasil daripada demonstrasi tersebut.

Pertama, Prof Aziz Bari dikatakan telah “digantung” kesan daripada pandangan beliau yang menyentuh tentang titah Sultan Selangor yang menyampaikan titah berkenaan isu murtad Damansara Utara Methodist Church(DUMC). Kita perlu ingat bahawa ia bukanlah “digantung” tetapi Profesor Aziz Bari diberikan masa untuk memberikan penjelasan dan menjawab semula tuduhan yang dikenakan ke atas beliau kepada pihak pentadbiran universiti. Kita perlu ingat ini adalah sebahagian daripada proses sebelum keputusan dibuat oleh pihak universiti. Hal ini bermaksud keputusan belum dibuat lagi tetapi pemahaman proses inilah yang gagal difahami oleh pihak SMM dan rakan-rakannya.

Kedua, semasa demonstrasi diadakan di kawasan Masjid UIA, demonstrasi ini bukanlah diketuai oleh mahasiswa UIA tetapi diketuai oleh orang luar iaitu Pengerusi SMM yang bukan mahasiswa UIA. Persoalan ini timbul kerana berita telah tersebar bahawa beribu-ribu mahasiswa UIA mengadakan demonstrasi untuk menyokong Profesor Aziz Bari. Kenyataan ini adalah salah sama sekali kerana pihak SMM telah menggunakan strategi untuk mengadakan demonstrasi selepas Solat Jumaat supaya kelihatan ramai mahasiswa UIA yang mengambil bahagian dalam demonstrasi tersebut. Sebenarnya, lebih ramai yang memerhatikan daripada yang terlibat dengan demonstrasi tersebut.

Ketiga, penglibatan ahli politik pembangkang yang hadir ke Masjid UIA dalam percubaan untuk menyertai demonstrasi tersebut. Seharusnya, tidak ada mana-mana pihak termasuk ahli politik yang mengambil kesempatan dengan menjadi “Hero” dalam kes ini dengan cuba masuk ke dalam kampus bagi memberikan sokongan kepada segelintir mahasiswa mengadakan demonstrasi ini. Seksyen 15 dalam Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) hanya membenarkan ahli politik masuk ke dalam kampus jika dijemput untuk pentas akademik. Inilah perlu difahami oleh mana-mana ahli politik.

Keempat, terdapat pihak yang tidak menghormati kuasa autonomi pihak universiti dalam menguruskan kes ini. Jadi timbullah beberapa pihak di luar kampus yang minta supaya “penggantungan” Profesor Aziz bari ditarik semula dan tidak dikenakan hukuman ke atas mahasiswa yang telah mengadakan demonstrasi. Sepatutnya, pihak pentadbiran universiti tidak dipengaruhi dengan sentimen yang telah ditimbulkan oleh pihak di luar kampus ini dalam proses membuat keputusan berkenaan kes Profesor Aziz Bari. Berikan kepercayaan kepada pihak universiti dalam menguruskan perkara ini dan janganlah terus mencantas pihak pentadbiran universiti yang sedang menjalankan proses siasatan ke atas Profesor Aziz Bari.

Kelima, pihak Majlis Perwakilan Pelajar UIA (MPPUIA) perlu memainkan peranan dengan lebih bertanggungjawab kerana mereka telah dipilih secara demokrasi oleh para pelajar UIA. Kaedah secara diplomasi mestilah menjadi pilihan kepada pihak MPPUIA dalam memberikan pendirian mereka dalam kes ini dan juga dalam mendapatkan penjelasan daripada pihak pentadbiran universiti berkenaan kes ini. Biarkan segelintir mahasiswa tersebut yang ingin mendapatkan populariti dengan mengadakan demonstrasi tersebut. Tidak puas hati saja, berdemo! Tidak berpuas hati saja, berdemo! Ini melambangkan kematangan mereka dalam berfikir.

Keenam, segelintir mahasiswa ini dikatakan cuba mengadakan demonstrasi sekali lagi pada 25hb Oktober 2011 kerana pada tarikh tersebut dikatakan Perdana Menteri hadir ke UIA untuk menyaksikan pertandingan akhir Debat Piala Perdana Menteri 2011. Pada pertandingan akhir Debat Piala Perdana Menteri baru-baru ini, ketidakhadiran Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak ke pertandingan tersebut disalahtafsirkan sebagai takut kepada mahasiswa walhal beliau telah pergi ke Riyadh untuk memberikan penghormatan kepada kemangkatan salah seorang ahli kerabat diraja Arab Saudi.Walaupun begitu, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein telah hadir ke pertandingan akhir debat tersebut mewakilii Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak. Mahasiswa pada hari ini sentiasa menyokong kepimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak yang sedang melakukan transformasi ke atas Negara ini.

Pihak SMM ini perlu sedar bahawa mereka bukannya mewakili mahasiswa/I di seluruh kampus dan mereka juga bukan badan mahasiswa yang diiktiraf. Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) ialah satu badan yang mewakili mahasiswa di Malaysia dan juga diiktiraf oleh pihak kerajaan telah memperjuangkan kebajikan mahasiswa di seluruh kampus setelah sekian lama. Diharapkan mahasiswa dapat menolak perjuangan mereka ini yang mempunyai unsur peribadi dan kepentingan pihak-pihak tertentu. Sesungguhnya tindakan mereka ini menggambarkan pemikiran mereka yang kurang matang.

Ahmad Wafi bin Sahedan

Mantan Pengerusi,

Jemaah Yang Dipertua/Presiden

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia

Sidang Akademik 2009/2010

Sunday, October 9, 2011

Exco MPPUKM dicekik dan ditumbuk??

Salam Aspirasi,

Satu isu menarik yang ingin dikupas oleh saya ialah beberapa hari lepas, Saudara Kamal Ali iaitu Exco MPPUKM telah dicekik dan hampir ditumbuk oleh Timbalan Presiden MPPUKM, Saudara Abdullah.

Boleh layari blog http://mppaspirasiukm.blogspot.com/ untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut..Nampaknya MPP GMUKM di UKM seperti telah hilang akal.

PMK

Wednesday, August 17, 2011

Jawatankuasa Pemilihan Parlimen....

Salam Ramadhan,

Kerajaan pada hari ini telah mengambil pendekatan untuk mewujudkan sebuah Jawatankuasa Pemilihan Parlimen dalam masa terdekat bagi menambah baikkan sistem pilihan raya negara agar tidak sebarang syak wasangka pada masa hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jawatankuasa tersebut yang akan dianggotai oleh wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang adalah bukti kerajaan komited dengan sistem pilihan raya yang bersih.

Tahniah Kerajaan!!! So kepada pihak pembangkang, gunakanlah peluang ini untuk mebantu kerajaan memperbaiki sistem pilihan raya di Malaysia.

Ahmad Wafi Bin Sahedan

PMK

Friday, August 12, 2011

Salam Ramadhan,

Universiti Sains Malaysia (USM) semalam telah mencipta sejarah baru apabila telah mengadakan pemilihan Ahli Senat dalam kalangan ahli akdemik (profesor) melalui kaedah pengundian yang telah dijalankan. Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak berkata, langkah itu dilakukan sejajar dengan penguatkuasaan perlembagaan baru USM yang telah digazetkan pada Julai 2011.



Proses pengundian itu dibuat bagi memilih 41 Ahli Senat dalam kalangan Profesor bagi mengimbangi sejumlah 41 Ahli Senat yang dilantik secara automatik yang terdiri dari ketua-ketua jabatan di USM.

Tambah beliau, penambahan itu dibuat bagi mengimbangi jumlah ahli yang dilantik secara aotomatik, menjadikan keseluruhan ahli senat terkini sebanyak 87 orang dengan 41 adalah ketua jabatan, profesor (41), naib canselor dan empat timbalan naib canselor.Jumlah calon yang layak untuk bertanding adalah 195 orang manakala pemilih yang terdiri daripada Profesor, Profesor Madya sepenuh masa dan Profesor Kunjungan USM adalah seramai 576 orang.

Katanya, pemilihan itu turut dibuat bagi mewujudkan praktis demokrasi dalam universiti, sekaligus mewujudkan satu ruang yang lebih liberal dan terbuka khususnya dalam aspek tadbir urus.Proses pemilihan diadakan serentak di empat pusat pengundian termasuk di kampus Induk Pulau Pinang, Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal, Kampus Kesihatan Kelantan dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju USM, Kepala Batas.

Mahasiswa/i juga telah menjadi sebahagian dalam menjadi "suruhanjaya pilihan raya" untuk menguruskan pemilihan ahli senat yang telah diadakan semalam.

Ahmad Wafi Bin Sahedan

PMK

Thursday, August 11, 2011

Terima kasih Datuk Seri Najib!!!

Salam Ramadhan,

Semalam saya telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama IPTA/S di Seri Perdana. Dalam ucapan YAB PM, beliau telah mengumumkan peruntukkan sebanyak RM 53.4 juta sebagai wang pendahuluan PTPTN kepada seramai 35 664 pelajar dengan seorang akan mendapat RM 1500 .

Pelajar yang akan mendapat wang pendahuluan ini hanyalah kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM 4000 sebulan. Mereka akan mendapat wang pendahuluan ini 2 minggu sebelum tarikh pendaftaran.

Selain itu, kerajaan tidak pernah memikirkan untuk menaikkan yuran pengajian tinggi..Terima kasih Datuk Seri Najib Tun Razak!!!Inilah baru berkebajikan..:)

Ahmad Wafi Bin Sahedan

PMK

Wednesday, August 10, 2011

BERSIH di London??




Salam Ramadhan,

Nampaknya ada juga "Bersih" yang telah berlaku di London baru-baru ini. Rompakan dan kecurian telah berlaku seiring dengan demonstrasi menggila yang telah diadakan di Tottenham. Demonstrasi telah diadakan disebabkan tindakan polis tempatan menembak mati seorang lelaki tempatan, Mark Duggan dalam kejadian tembak-menembak sebelum berlaku demonstrasi tersebut.

Bangunan sedang terbakar hangus dan menyebabkan kemusnahan harta benda.

Salah seorang yang menyertai demonstrasi sedang membaling objek kepada anggota polis. Takkan polis nak tunggu dan duduk diam dibaling dengan objek??



Banyak harta benda talah musnah.

Seorang wanita bersama-sama keluarganya menyelamatkan diri.


Kedai lelaki ini telah dirompak dan dicuri. Ini adalah hasil daripada demonstrasi jalanan ataupun dikenali di Malaysia sebagai "Bersih". Jika tidak dihalang Bersih 2.0 pada hari itu, ada jaminan tidak berlaku seperti ini??


Kita lihat apa yang telah berlaku di luar negara akibat demonstrasi jalanan yang dilakukan, Kita perlu mengambil iktibar dan pengajaran. Jangan nak berpolitik sampai semua musnah dan hancur. Kita doakan kesejahteraan dan keselamatan pelajar Malaysia di sana.

Ahmad Wafi Bin Sahedan

PMK

Tuesday, August 9, 2011

Titah Sultan Selangor...


Salam Ramadhan,

Daulat Tuanku...Nampaknya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan supaya politik kepartian tidak dicampur adukkan dalam pengajaran di Universiti Selangor (Unisel) demi masa depan pelajar institusi itu.



Saya secara peribadi mempunyai pendirian yang sama dengan Sultan Selangor kerana artikel saya sebelum ini yang bertajuk "Menolak Politik Kepartian Masuk Ke Dalam Kampus" juga mempunyai persamaan dengan titah Sultan Selangor.

Baginda Sultan baru-baru ini telah merasmikan Masjid Unisel Kampus Bestari Jaya di Kuala Selangor, malam semalam. Dalam titah baginda, baginda ada menyebut "Beta tidak berkenan orang-orang politik atau orang luar yang tidak ada kena mengena dengan universiti ini dijemput memberi ceramah politik atau syarahan politik di dalam kawasan Universiti Selangor".

Maksudnya, mana-mana parti politik tidak kiralah dari Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat perlu menghormati titah baginda ini yang tidak mahu melihat Unisel digunakan sebagai medan parti politik.

Politik kepartian yang ingin dibawa masuk ke dalam kampus oleh segelintir pihak juga telah mengganggu gugat ekosistem dalam Unisel termasuklah pensyarah dan mahasiswa. Kesannya, ibu bapa tidak lagi berkeyakinan terhadap institusi Unisel dan ini akan membawa kesan tidak baik kepada negara pada masa depan.

Diharapkan tidak ada lagi mana-mana parti politik yang cuba menggunakan institusi pengajian tinggi sebagai medan untuk menyebarkan ideologi parti politik.

Ahmad Wafi Bin Sahedan

PMK

Parlimen Mahasiswa USM...




Salam Ramadhan,

Majlis Perwakilan Pelajar USM 09/10 adalah pelaksana kepada Parlimen Mahasiswa USM yang telah bersidang buat pertama kalinya pada tahun lepas.Pelaksanaan Parlimen Mahasiswa di Universiti Sains Malaysia telah membuktikan yang mahasiswa dan pihak pentadbiran boleh bekerjasama bukannya bermusuhan.



Kewujudan Parlimen Mahasiswa USM telah membuktikan bahawa mahasiswa pada hari ini boleh memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul. Walaubagaimanapun, pihak pentadbiran universiti perlu menyokong usaha untuk menwujudkan parlimen mahasiswa ini kerana ia juga telah menjadi salah satu amanat Menteri Pengajian Tinggi untuk tahun ini.

Pihak pentadbiran universiti perlu memberikan kebebasan yang terpimpin ini kepada mahasiswa dan biarkan mahasiswa yang mencorakkan parlimen mahasiswa mereka seperti yang telah dilakukan di USM. Mahasiswa pada hari ini perlu matang dalam melakukan apa-apa tindakan dalam menyelesaikan apa-apa isu yang timbul.

Pada hari ini Parlimen Mahasiswa USM telah mengorak langkah dengan mempunyai laman web tersendiri. Laman web Parlimen Mahasiswa USM ialah

http://www.parlimenmahasiswa.usm.my/



Mahasiswa yang hebat pada hari ini bukanlah mahasiswa yang asyik membangkang dan mengkritik tanpa memberi sebarang idea tetapi kritikan perlulah disertai dengan idea dan inilah yang telah dilakukan oleh mahasiswa dari USM. Diharapkan sahabat-sahabat dari universiti lain dapat melakukan perkara yang sama supaya kita tidak dipandang rendah oleh masyarakat.

Ahmad Wafi Bin Sahedan

PMK

Monday, August 8, 2011

Tahniah Datuk Dr. Hassan Ali !!!

Salam Ramadhan,

Nampaknya Datuk Dr. Hassan Ali tetap dengan pendirian beliau untuk mempertahankan kesucian agama Islam di Selangor.Walaupun PAS akan meneliti kes ini tetapi Datuk Dr Hassan Ali rela dipecat demi mempertahankan pendirian beliau tersebut.

Menurut Dr Hasan, beliau telah memperjuangkan isu mengenai umat Islam di Selangor sejak dulu lagi, terutamanya berhubung isu penjualan arak di Shah Alam. Nampaknya PAS hanya diam dan menjadi "Pak Turut" kepada kerajaan negeri Selangor.

Semoga Allah membantu perjuangan Datuk Dr. Hassan Ali tentang kesucian agama Islam di Selangor kerana PAS tidak boleh diharap lagi.

Ahmad Wafi Bin Sahedan

PMK

Sunday, August 7, 2011

Murtad??

Salam Ramadhan,

Hari Ahad adalah hari untuk berehat untuk orang yang bekerja..hehe..Saya tertarik dengan kenyataan Mufti Perak hari ini di berita harian dengan mengatakan banyak usaha untuk memurtadkan umat Islam di Malaysia.

Tan Sri Harussani Zakaria,Mufti Perak telah mendedahkan bahawa laporan Persatuan Paderi Malaysia yang mengisytiharkan lebih 230,000 umat Islam memeluk Kristian pada 2008 tapi ada yang mengatakan mufti ini berdusta..Betul ke tentang angka ini??

Mufti tersebut ada menyebut antara strategi diguna gereja mempengaruhi umat Islam termasuk mengadakan aktiviti memberi makanan seperti di sekitar masjid pada waktu solat Jumaat dan Maghrib selain mengedar risalah agama ke rumah dan memberi wang kepada pelajar.

Adakah murtad ini perlu dipandang remeh oleh umat Islam??Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan ada menyebut bahawa agama Islam adalah agama rasmi persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.Penyebaran agama bukan islam kepada umat islam tidak boleh sama sekali.

Umat Islam pada hari ini berdepan dengan cabaran yang besar selain dari politik.Bangunlah Umat Islam!!

Ahmad Wafi bin Sahedan

PMK

Saturday, August 6, 2011

Mahasiswa Unisel mengamuk???

Salam ramadhan,

Mahasiswa Unisel sudah tidak mahu dipermainkan dengan politik luar yang telah mencampuri urusan pentadbiran universiti. Semalam, mahasiswa Unisel telah mengadakan demonstrasi aman di Unisel.



Mahasiswa Universiti Selangor (Unisel) mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merombak jawatankuasa senat universiti itu bagi memastikan pengurusan tertingginya bebas daripada pengaruh politik.

Selain itu kumpulan mahasiswa yang dikenali Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI) juga mencadangkan supaya kontrak 4 individu tidak dilanjutkan termasuklah Timbalan Naib Canselor Akademik, Prof. Dr. Anuar Ahmad; Timbalan Naib Canselor Perancangan Strategik dan Pembangunan, Prof. Dr. Ir. Mohamad Daud dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Zainal Abidin Kidam yang kontrak masing-masing akan tamat pada Disember 2011.Turut dicadang tidak dilanjutkan kontrak ialah Naib Presiden Perkhidmatan Pengurusan Unisel, Datuk Latifah Hassan yang tamat pada 1 Ogos lalu.

Mahasiswa Unisel juga ada menyatakan bahawa sejak tahun 2008, pelbagai kesan negatif telah berlaku termasuklah kemasukan mahasiswa baru merudum, pentadbiran dan pengurusan yang lembap, pembangunan infrastruktur tidak terjaga, hal-hal akademik tidak diselia dengan baik, kebajikan mahasiswa tidak dijamin dan sebagainya.

Unisel, Kuin dan Kuis di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) telah mengalami pelbagai masalah sejak berada di bawah Kerajaan negeri PR. Hak mahasiswa telah ditindas, dihukum gantung semester, kebajikan mahasiswa tidak terjamin dan pelbagai lagi..Ini yang kerajaan PR janjikan pada mahasiswa???Kita sebagai mahasiswa lihat sendiri dan nilai semula kerajaan yang dipilih ini.

Ahmad Wafi Bin Sahedan

PMK

Friday, August 5, 2011

Selangor Edisi Ke-2!!!

Salam Ramadhan,

Dalam awal bulan Ramadhan ni, negeri Selangor telah menjadi popular tanpa disengajakan..hehe..Terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan negeri selangor sedang hangat sekarang ni di media masa..

Isu-isu tersebut ialah

1. ASRAMA YAYASAN SELANGOR AKAN DIROBOHKAN
2. NAIB CANSELOR UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL) TELAH MELETAK JAWATAN
3. JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) DIPERSALAHKAN ATAS SERBUAN YANG DILAKUKAN KE ATAS SEBUAH GEREJA

ASRAMA YAYASAN SELANGOR akan dirobohkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR)dan blok-blok yang terlibat terdiri daripada Blok Tun Dr. Ismail yang menmpatkan pelajar lelaki dan Blok Toh Puan Norasyikin yang menempatkan pelajar perempuan. Jumlah pelajar yang terlibat ialah 463 pelajar!!!

"Tahniah" Kerajaan negeri Selangor atas tindakan melaksanakan manifesto "Berkebajikan". Nasib pelajar-pelajar tersebut tidak dijamin dan tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri. Kerajaan negeri Selangor perlu ingat bahawa, tidak semua rakyat negeri Selangor yang kaya-raya dan mereka masih mengharapkan bantuan daripada kerajaan negeri.Tapi, harapkan pagar, pagar makan padi.




Persoalannya sekarang, kenapa keputusan ini dibuat dengan gopoh-gapah oleh kerajaan negeri dan Yayasan Selangor??Ada udang di sebalik batu ke??

Isu kedua ialah perletakan jawatan serta-merta oleh Datuk Dr. Rosti Saruwono sebagai Naib Canselor Unisel.Pihak-pihak tertentu dalam Unisel telah berusaha menjatuhkan Datuk Rosti dari Januari kerana pendirian Datuk Rosti tidak mahu Institusi Pengajian Tinggi (IPT).




Timbalan-timbalan Naib Canselor juga telah berkomplot untuk menjatuhkan Datuk Rosti
kerana tidak berpuas hati dengan perlantikan tersebut. Memorandum yang dihantar oleh TNC-TNC ini kepada kerajaan negeri mengandungi juga kegagalan Dr. Rosti untuk hadir membantu jentera pembangkang pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor tahun lalu kerana beliau memberi alasan tidak mahu memihak kepada mana-mana parti.

Selain itu, Dr. Rosti juga diselar hanya kerana beliau tidak ‘tunjuk muka’ ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan ke kampus Unisel di Bestari Jaya selepas beberapa bulan beliau dilantik ke jawatan itu. hehe..Ini yang paling kelakar..Polisi mana yang digunakan oleh kerajaan negeri ini..

Nampaknya, Kerajaan negeri PR seperti sedang berhempas pulas untuk menguruskan sebuah universiti!!Mungkin x ada pengalaman lagi kot..:P Nampaknya Unisel tidak lama lagi akan mengalami krisis yang besar atas campurtangan kuasa politik luar masuk ke dalam kampus..

Isu ketiga ialah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyerbu sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan bukti-bukti yang dimiliki oleh pihak JAIS dan polis atas kewujudan kegiatan murtad.Tapi semua pihak dalam Pakatan Rakyat (PR) telah menentang tindakan tersebut kecuali seorang iaitu Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali dari PAS.



Tapi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah memohon maaf kepada pihak gereja atas serbuan tersebut..huhu, Jadi kepada pihak JAIS, lepas ni kalau ada bukti pun berkaitan tentang kegiatan keagamaan, jangan bertindak, kena tanya MB dulu!!haha..

Nampaknya Datuk Dr. Hassan Ali akan menerima padahnya atas tindakan beliau mempertahankan JAIS. Pas pun dah marah terhadap Dr. Hassan Ali atas tindakan tersebut..Dunia dah terbalik ka?? Rakyat Selangor, kaji dan nilai semula kerajaan yang ada semua pilih!!Tepuk dada tanyalah diri sendiri!!

Ahmad Wafi Bin Sahedan

PMK

Melayu Bukan Majoriti??

Salam Ramadhan,

Melayu bukan majoriti?? Tapi ini cerita terjadi di Pulau Pinang. Semalam suratkhabar The Star melaporkan bahawa pada tahun 2010 iaitu tahun lepas, kaum Cina telah menjadi majoriti semula di Pulau Pinang berbanding tahun 2009,kaum Melayu yang telah menjadi majoriti.

Di bawah ini saya telah buat satu rumusan berdasarkan maklumat dari The Star tersebut berkenaan bilangan penduduk di Pulau Pinang berdasarkan bangsa. Jumlah penduduk di Pulau Pinang pada tahun lepas iaitu tahun 2010 berjumlah 1.5 juta.

Melayu :

Tahun 2009 - 654, 300
Tahun 2010 - 639, 136

Cina :

Tahun 2009 - 651, 600
Tahun 2010 - 670, 400

India :

Tahun 2009 - 153, 100
Tahun 2010 - 155, 600


Berdasarkan maklumat di atas, Penduduk Melayu telah berkurang sebanyak 15 000 orang pada tahun 2010 jika dibandingkan pada tahun 2009.Manakala, Penduduk Cina pula telah meningkat sebanyak 19 000 orang pada tahun 2010 berbanding tahun 2009 dan penduduk India pula telah meningkat sebanyak 2 000 orang pada tahun 2010 berbanding tahun 2009.

Persoalannya sekarang, Kenapa perkara ini boleh berlaku? Pelbagai persoalan akan timbul apabila kita melihat angka-angka di atas. Tetapi persoalan saya adalah mudah, Adakah kebanyakkan kawasan di Pulau Pinang tidak lagi "mesra Melayu" yang telah menyebabkan 15 000 orang Melayu telah berpindah keluar dari Pulau Pinang dan 19 000 orang Cina telah berpindah masuk ke dalam Pulau Pinang.

Jadi nasihat saya kepada ahli-ahli politik Melayu di Pulau Pinang tidak kira dari mana-mana parti, sila lihat dan kaji semula tentang perkara ini. Janganlah nak bergaduh antara satu sama lain.

Ahmad Wafi Bin Sahedan

PMK

Thursday, August 4, 2011

Tahniah Datuk Dr Hassan Ali!!

Salam Ramadhan,

Murtad ni bukan cerita main2.Teringat sewaktu pemerintahan khulafa' Ar-Rashidin di zaman Saidina Abu Bakar As-Siddiq, terdapat umat Islam pada zaman itu yang murtad setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW. Saidina Abu Bakar telah mengambil keputusan untuk memerangi golongan yang murtad ini.

Pada hari ini, perkara yang sama telah dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama dengan dakwaan ada usaha untuk memurtadkan orang Islam.Dikhabarkan terdapat 12 orang Islam yang hadir pada majlis berbuka puasa tersebut.

Ramai yang mengecam tindakan tersebut termasuklah pihak-pihak tertentu dalam Pakatan Rakyat, PAS diam je ka??? Tapi tahniah Datuk Dr. Hassan Ali yang mempertahankan tindakan tersebut walaupun mungkin tidak dapat sokongan dari pihak-pihak tertentu dalam PAS.Ini kenyataan Datuk Dr Hassan Ali, http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hasan-ali-pertahan-jais-dakwa-ada-usaha-murtadkan-muslim/ .

Perlu diingatkan murtad ini perlulah diperangi oleh semua pihak termasuklah UMNO dan Pas. Walaupun perkara 11 dlm Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan beragama, tetapi org Melayu yang memang sudah beragama Islam tidak boleh menukar kepada agama lain atau ringkasnya murtad.

Semoga umat Islam di Malaysia ini memelihara dan membela agama Islam dan kita perlu ingat bahawa agama Islam ini bukanlah hak milik kekal sesebuah organisasi tetapi milik bersama..

Ahmad Wafi Bin Sahedan

PMK

MENOLAK POLITIK KEPARTIAN MASUK KE DALAM KAMPUS!!!

Salam Ramadhan,

Universiti merupakan satu ekosistem yang lebih mementingkan kepada akademik dan menjadi gudang ilmu dalam pembangunan negara dan masyarakat.Jika ekosistem ini diganggu dan dikucar-kacirkan oleh mana-mana pihak luar, maka ia akan mengundang kehancuran kepada institusi tersebut.

Terdapat dua komponen yang penting dalam sesebuah institusi pengajian tinggi, pertama ialah mahasiswa dan kedua ialah pentadbiran universiti. Dua komponen ini adalah sangat penting dalam pembangunan sesebuah universiti. Jika salah satu komponen ini cuba diganggu oleh pihak-pihak luar maka ia hanya akan menimbulkan masalah besar.

Pada tahun lepas, perbincangan mengenai mahasiswa berpolitik telah hangat dibahaskan. Mahasiswa berpolitik ini lebih menjurus kepada mahasiswa terlibat dengan politik kepartian. Jika dilihat dalam Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) pada seksyen 15(1), Mahasiswa tidak boleh menyertai parti politik tetapi dalam seksyen 15 (4) mengatakan, Mahasiswa boleh menyertai parti politik dengan kebenaran dari Naib Canselor.

Saya tidak ada masalah dengan 15(1) dan 15(4)tetapi persoalan utama yang timbul, siapa yang boleh beri jaminan bahawa institusi pengajian tinggi tidak akan digunakan oleh mana-mana parti politik sebagai markas dan medan politik mereka jika 15 (1) dan 15 (4) dihapuskan.Naib Canselor??BN??PR?? Tiada sesiapa pun yang boleh beri jaminan tersebut. Setiap malam akan ada ceramah politik, yang mana kita tahu pengisian ceramah politik ini lebih mengutuk, mencaci dan memaki hamun pihak lawan mereka. Kehidupan mahasiswa akan terganggu dek kerana politik luar yang lebih mementingkan parti politik masing-masing bukannya pembangunan mahasiswa.

Bagaimana pula kalau pentadbiran universiti diganggu dengan kepentingan parti politik? Universiti Selangor (Unisel) telah menjadi mangsa pada permainan politik luar. Undang-undang yang telah sedia ada sepatutnya digunakan oleh mana-mana pihak dalam universiti bukannya menggunakan kuasa mutlak. Apabila unsur politik kepartian masuk ke dalam kampus maka akan wujudlah "Team A" dan "Team B" dalam pentadbiran universiti sendiri. Adakah perkara ini sesuatu yang mendatangkan kebaikkan kepada pembangunan negara dan masyarakat?

Jangan kerana satu memorandum, terus diarahkan untuk memecat orang. Itu bukanlah tindakan bijak dari seorang pemimpin, sepatutnya perbincangan perlulah dilakukan dahulu.Pihak universiti perlulah bebas dan mempunyai autonomi tersendiri walaupun ia adalah milik kerajaan negeri. Jika keputusan yang dibuat mempunyai unsur-unsur politik bukannya atas kepentingan universiti, bagaimana universiti hendak maju?

Ahmad Wafi Bin Sahedan

PMK

Wednesday, August 3, 2011

Selangor Ohh Selangor!!!

Salam Ramadhan,

Semoga kita dapat terus melakukan ibadah dan mengerjakan puasa dalam bulan yang mulia ini. Jangan jadikan alasan kerana kita berpuasa, jadi tidak dapat seaktif seperti bulan-bulan lain. 

Saya menulis pada hari ini kerana saya ingin memberikan pandangan saya sebagai seorang mahasiswa . Saya melihat terdapat beberapa isu yang saya masih tiada jawapannya lagi. Terbaru, kita mendapat berita yang mengejutkan bahawa Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Datuk Dr Rosti Saruwono meletak jawatan berkuat kuasa hari ini sebagai membantah pemecatan tiga individu di universiti berkenaan tanpa diberi surat tunjuk sebab dan peluang membela diri.

Tiga individu yang dimaksudkan ialah Dekan Fakulti Perniagaan (Prof Dr Khalifah Othman), Rokmaa Mat (Pendaftar) dan Halid Hasbullah (Pengarah Pemasaran). Satu memorandum bertarikh 16 Mei telah ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Zainal Abidin Kidam, Prof Dr Anuar Ahmad (TNC Akademik), Prof Ir Dr Mohamed Daud (TNC Perancangan Strategik dan Pembangunan) dan Datuk Latifah Hassan (Naib Presiden Perkhidmatan dan Pengurusan) yang mendesak supaya tiga individu tersebut untuk meletak jawatan.

Saya hanya mampu tersenyum kerana tindakan mereka ini seperti “kanak-kanak”, pihak yang menghantar memorandum dan pihak kerajaan negeri Selangor.Boleh pula diarahkan terus memecat tanpa mengikut tatacara perundangan dan tatatertib Unisel.Tapi saya tabik pada Dato Naib Canselor Unisel kerana mempunyai pendirian yang teguh.Tahniah!!

Nampaknya ada unsur-unsur politik yang cuba masuk menular ke dalam pentadbiran Unisel. Nampaknya institusi pengajian tinggi sedang dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu. Kalau nak buat apa-apa, ikutlah UNDANG-UNDANG YANG SEDIA ADA. Dulu ada orang mengatakan bahawa Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) yang berada di bawah Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) adalah tidak adil tapi nampaknya ada pihak yang lagi tidak adil.

Teringat pula saya pada kisah 6 mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dikenakan tindakan undang-undang kerana melakukan demonstrasi bantahan terhadap kerajaan negeri Kedah. MB Kedah ada menyebut, “ Mana-mana tempat ada undang-undang, kalau tak suka, pergi ke tempat lain”. Tahniah MB Kedah kerana bertegas tapi jangan tak ambil tindakan terhadap mahasiswa KUIN yang pergi Bersih 2.0 pula. Jangan “double standard” pula.

Kalau ahli-ahli politik di negeri Selangor ada juga yang tak betul, boleh tak ambil tindakan terhadap mereka?Takut ka?

Ahmad Wafi Bin Sahedan

PMK

Monday, August 1, 2011

Politik Malaysia

Malaysia terkenal di mata dunia dengan kepelbagaian kaum yang boleh hidup bersama di bawah satu payung. Malaysia telah merdeka sejak dari tahun 1957 dan usia Malaysia pada hari ini telah mencecah hampir 54 tahun. Pembangunan negara Malaysia tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak dari semua aspek termasuklah aspek pendidikan, ekonomi, masyarakat dan lain-lain lagi.

Aspek politik ialah aspek paling penting sekali dalam mana-mana negara termasuklah Malaysia. Suasana politik di Malaysia pada hari ini lebih memperlihatkan dua pihak yang wujud iaitu Barisan Nasional (BN) dan juga Pakatan Rakyat (PR).BN diketuai oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak manakala PR pula diketuai oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Jika dilihat pada pihak BN, terdapat belasan parti komponen yang berada di bawah payung BN. Terdapat tiga parti komponen utama dalam BN iaitu United Malays National Organisation (UMNO), Malaysian Chinese Association (MCA) dan Malaysian Indian Congress (MIC). Manakala di pihak PR pula, terdapat tiga parti komponen utama dalam PR iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Democratic Action Party (DAP).

Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang lepas iaitu pada tahun 2008 telah menunjukkan bahawa BN hanya menang dengan majoriti mudah untuk kerusi parlimen berbanding pada tahun 2004 dengan majority 2/3. PR telah berjaya menggugat kedudukan BN sebagai parti pemerintah dengan keputusan PRU pada tahun 2008.

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada fenomena yang berlaku pada tahun 2008. Antaranya ialah faktor orang muda. PR telah berjaya memikat hati anak muda dengan strategi yang digunakan oleh mereka. PR memberikan perhatian dengan serius kepada suara anak muda berbanding BN. BN sekarang sedang melakukan transformasi untuk memastikan anak-anak muda kembali kepada BN. Tetapi, jika transformasi tersebut tidak dilakukan di peringkat akar umbi, maka BN akan berdepan cabaran yang gentir pada PRU ke-13 nanti.

Sekarang ini pemimpin-pemimpin dalam parti komponen BN perlu ketepikan kepentingan diri mereka dan perlu menfokuskan kepada agenda perjuangan BN. Jangan hanya pandai menggunakan politik ugutan dalam memastikan kepentingan politik parti komponen terjamin. BN perlu berubah sebelum diubahkan!

Monday, March 14, 2011

Kisah 12 Mac 2011 di KUIS

Kisah 12 Mac 2011 di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)

Kongres Mahasiswa kali ke-2 yang telah dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan juga Pro-M Nasional bertempat di Kolej Universiti Islam Selangor telah mendapat sambutan ‘hangat’ apabila telah dihadiri seramai 200-300 orang. Jemputan mereka juga bukanlah calang-calang ‘orang’ iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang, YB Azmin Ali , Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) , Shamsul Iskandar , Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan jemputan-jemputan lain. Nampaknya pembangkang sangat memberikan ‘sokongan’ kepada SMM dan Pro-M Nasional.

Pengisian dalam kongres ini lebih terarah kepada pembentukkan jawatankuasa Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) dan juga pembentukkan saf kepimpinan baru Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Selain itu Pengerusi Pro-M Nasional, saudara Taufiq Abdullah dan juga Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), saudara Shazni Munir memberikan ucapan dan juga membuka kepada perbahasan beberapa usul. Secara peribadi saya selaku mantan Pengerusi Majlis Perundingan Kebangsaan (MPPK) sidang 2009/2010 bersama-sama sahabat-sahabat yang lain tidak sedar akan kewujudan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) sewaktu zaman kami memimpin.Adakah ia sekadar atas nama atau ia bergerak secara sulit?Saya dan sahabat-sahabat lain pun tidak tahu.

Saya begitu terkejut apabila salah seorang yang diperkenalkan dalam Jawatankuasa MPMN ialah saudari Masturah dari Universiti Malaya (UM). Saya dikhabarkan bahawa kes beliau di ‘culik’ masih belum selesai.Saya nasihatkan kepada saudari Masturah untuk selesaikan kes saudari di ‘culik’ dahulu sebelum saudari ingin melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin. Beberapa nama yang diperkenalkan ialah Saudara Syahid dari UM, saudara Ikram dari UKM, saudara Syafiq dari UPM, saudara Zaim dari UKM dan juga saudari Arisya dari UPM. Bagi saya MPMN tidak mewakili mahasiswa kerana platform Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) adalah satu platform yang rasmi dan juga mewakili Majlis Perwakilan Pelajar di IPTA/IPTS. Ini adalah hakikat yang tidak boleh ditolak oleh mana-mana pihak.

Beberapa usul telah dibincangkan dan dibahaskan oleh para peserta kongres dalam kongres tersebut. Pertama ialah berkaitan dengan Pro-M telah mengatakan bahawa mereka telah menang di kebanyakkan kampus walhal mereka hanya menang di UM, UIA dan UKM. Ini adalah fakta yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. Jadi kepada Pro-M, janganlah nak ‘claim’ dengan mengatakan anda telah menguasai kebanyakkan kampus di Malaysia. Hakikatnya, anda hanya menguasai 3 universiti awam sahaja. Aspirasi masih lagi diterima oleh masyarakat kampus di kebanyakkan kampus.



Selain itu, ada usul yang mengatakan bahawa Pro-M perlu dikuatkan lagi di luar Lembah Klang. Nampaknya, mereka akan cuba masuk ke dalam universiti-universiti awam yang bukan berada di luar Lembah Klang. Jadi kepada sahabat-sahabat yang berada di universiti awam yang berada di luar Lembah Klang perlu bersiap sedia untuk menerima kehadiran mereka yang hadir tanpa diundang ini.

Usul ini sangat menarik perhatian saya iaitu mahasiswa perlu sambut revolusi yang berlaku di Negara-negara di Timur Tengah dengan menjadikan revolusi yang berlaku sebagai aspirasi perjuangan mereka. Apakah yang dimaksudkan dengan menyambut revolusi yang berlaku di Negara-negara di Timur Tengah? Apakah yang mereka ingin lawan sebenarnya? Jika disebut tentang Pilihan Raya Kampus yang tidak telus, isu yang selalu dimainkan oleh Pro-M dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi nampaknya tahun ini, Pilihan Raya Kampus telah menjadi telus kerana Pro-M telang menang di UIA, UM dan UKM. Isu e-voting tidak pula dibangkitkan pada tahun ini kerana mungkin Pro-M telah menang dan terbukti ketelusan sistem e-voting. Apakah pendirian Pro-M Nasional terutamanya berkenaan isu-isu ini?Diam membisu sahaja.

Saya memberikan pesanan kepada Pro-M Nasional ataupun MPMN supaya anda tidak ‘claim’ bahawa anda mewakili mahasiswa di seluruh Malaysia kerana mengikut demokrasi, anda tidak pun mewakili mahasiswa Malaysia tetapi anda hanya mewakili Pro-M sahaja. Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) sebenarnya yang mewakili mahasiswa di Malaysia.
SATU MAHASISWA SATU MALAYSIA

AHMAD WAFI BIN SAHEDAN
Mantan Jurucakap
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK)
Sidang akademik 2009/2010

Saturday, February 26, 2011

Pilihan Raya Kampus 2011

Pilihan Raya Kampus utk pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sidang akademik 2011/2012 di seluruh Malaysia telah berakhir apabila keputusan Pilihan Raya Kampus di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) diumumkan. Pilihan Raya Kampus untuk kali ini adalah lebih sengit jika dibandingkan beberapa tahun kebelakangan ini. Pro-M telah berjaya menawan semula Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Pro-M juga berjaya mempertahankan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) manakala Pro-A pula masih lagi mempertahankan 17 universiti termasuklah Universiti Sains Malaysia (USM),Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).



“Strategi” atau “taktik” yang digunakan oleh kumpulan tertentu dalam pilihan raya kampus ini adalah sangat “unik” dan licik. Demonstrasi selama 17 jam, simbah cat, bakar banner dan paling unik sekali ialah calon yang di”culik”. Banyak lagi insiden dan kejadian yang berlaku semasa berlangsung pilihan raya kampus di seluruh universiti di Malaysia tanpa diketahui oleh pihak media. Jika ini dipanggil sebagai strategi atau taktik dalam perang saraf yang berlaku semasa pilihan raya kampus, memang “hebat” dan patut di”bangga”kan.



Saya ingin menyentuh tentang peristiwa yang berlaku di UPM.Demonstrasi yang telah diadakan oleh Pro-M UPM telah menyebabkan pintu bangunan HEP telah pecah dan beberapa orang pegawai keselamatan telah cedera parah. Apakah yang ingin dibuktikan oleh mereka ini?Adakah ini manifestasi daripada demonstrasi yang ingin ditunjukkan oleh kumpulan ini?Adakah benar yang pintu diplomasi telah ditutup?



Pada hakikatnya, Pro –A telah menang besar dengan menumbangkan Pro-M dalam pilihan raya kampus kali ini di UPM. Dalam seminggu ini, saya menyaksikan kejadian yang berlaku di UPM. Pandangan peribadi saya ialah saya melihat yang kuasa autonomi universiti itu seperti telah diganggu oleh pihak-pihak tertentu.Sepatutnya,apabila timbul sesuatu isu itu, biarlah pihak universiti itu menyelesaikan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.Apabila sesuatu proses itu diganggu, maka ia akan menyebabkan kesan yang lebih buruk.



Beberapa tahun kebelakangan ini, Pro-M akan mengatakan pilihan raya kampus ini tidak telus, tapi yang pastinya, pada piilihan raya kampus ini, mereka akan katakan yang pilihan raya kampus kali ini telus. Biarkan mereka dengan perangai mereka yang kurang cantik ini. Saya ingin katakan bahawa Pro-A masih diterima di universiti-universiti di Malaysia. Saya ingatkan kepada Pro-M Nasional bahawa anda bukanlah mewakili suara seluruh mahasiswa tetapi hanyalah segelintir mahasiswa.

Kepada pendukung-pendukung Aspirasi, teruskan semangat anda semua..Biar Kalah Tapi Jangan Mengalah.

Kepada Majlis Perwakilan Pelajar yang telah menang Pilihan Raya Kampus utk kali ini, saya ucapkan selamat menjalankan tanggungjawab dan memikul amanah. Anda utamakan mahasiswa dahulu bukannya orang-orang tertentu di luar kampus.



Salam Aspirasi menjunjung Transformasi



AHMAD WAFI BIN SAHEDAN

.

Saturday, February 5, 2011

RESPON TERHADAP TUNTUTAN PRO-MAHASISWA NASIONAL TERHADAP PILIHAN RAYA KAMPUS 2011

Merujuk kepada memorandum yang telah dihantar oleh Pro-Mahasiswa Nasional pada tarikh 28hb Januari 2011 kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan dengan 8 tuntutan mereka terhadap Pilihan Raya Kampus (PRK) 2011, saya melihat ia sebagai satu permainan politik murahan yang cuba dilaung-laungkan oleh pihak pembangkang ini. Permainan ini boleh diibaratkan umpama “lagu lama penyanyi baru”.

Tuntutan-tuntutan mereka ini tidak ubah seperti mencetuskan polemik dalam politik kampus walhal tuntutan-tuntutan yang dikemukan oleh mereka ini sebenarnya menunjukkan siapa diri mereka sebenar. Tuntutan pertama mereka adalah berkaitan ‘ Bebaskan mahasiswa daripada cengkaman politik kepartian’. Saya tersenyum apabila melihat tuntutan pertama ini kerana mengingatkan saya terus pada Hari Konvokesyen di Universitit Malaya (UM). Pro-Mahasiswa Universiti Malaya pada waktu tersebut bersama-sama seorang Ahli Parlimen di kawasan Lembah Pantai membuat kecoh dengan membawa budaya politik luar ke dalam kampus pada waktu tersebut. Jadi,siapa sebenarnya yang menimbulkan isu tentang cengkaman politik kepartian dan kemudian menjadi jaguh untuk memperjuangkan isu tersebut.

Tuntutan kedua pula berkaitan tentang ‘Kembalikan semula demokrasi dan kebajikan mahasiswa di seluruh kampus’. Saya melihat dalam tuntutan ini terdapat 2 intipati yang penting iaitu pertama ialah berkaitan dengan kembalikan semula demokrasi di seluruh kampus.Saya berpendapat bahawa perkara ini sepatutnya tidak timbul kerana Pilihan Raya Kampus (PRK) yang telah diadakan sejak sekian lama ini adalah lambang demokrasi di kampus.Setiap mahasiswa ada hak untuk memilih pemimpin yang mereka inginkan dan jangan hanya disebabkan calon-calon Pro-Mahasiswa tidak dipilih sebagai Majlis Perwakilan Pelajar, terus kita katakan tidak ada demokrasi dalam kampus.

Kedua, berkaitan dengan kebajikan mahasiswa di kampus. Saya ingin terangkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar di seluruh kampus telah berusaha untuk memastikan bahawa kebajikan mahasiswa di kampus terjamin. Saya ingin menarik perhatian di sini, kenapa di segelintir universiti, terdapat 2 Majlis Perwakilan Pelajar yang wujud?Satu adalah Majlis Perwakilan Pelajar yang sah dan lagi satu dikenali sebagai Majlis Perwakilan Mahasiswa Pro-Mahasiswa. Saya melihat ini adalah satu fenomena yang tidak sihat daripada pihak Pro-Mahasiswa sendiri.

‘Pusat Pengundian harus ditukar dari kolej ke fakulti’ adalah tuntutan ketiga oleh pihak Pro-Mahasiswa Nasional.Secara asasnya saya melihat rasional yang dilakukan oleh pentadbiran universiti dengan meletakkan pusat pengundian di kolej kediaman adalah untuk memudahkan mahasiswa/I untuk turun mengundi berbanding diletakkan di fakulti.Hal ini kerana jarak yang jauh antara kolej kediaman dan juga fakulti ini jugakadang-kadang menyebakan mahasiswa/I akan berasa berat untuk turun mengundi di fakulti berbanding di kolej kediaman.


Tuntutan keempat adalah berkaitan dengan ‘Suruhanjaya bebas memantau perjalanan pilihan raya kampus’. Saya melihat perkara ini adalah tidak perlu untuk kita melantik sebuah suruhanjaya bebas bagi memantau perjalanan pilihan raya kampus di semua kampus. Sudah memadai dengan adanya suruhanjaya pilihan raya kampus. Saya melihat jika kemenangan itu tidak dimiliki oleh Pro-Mahasiswa,maka kecohlah satu negara dengan mengatakan pihak universiti itu zalim dan tidak telus walhal jika mereka pula yang menang, mereka tidak pula berkata apa-apa.Maka susahlah begitu untuk kita adakan pilihan raya kampus.

Tuntutan kelima mereka pula ialah ‘ Memansuhkan sistem e-voting’ di universiti-universiti yang sedang menggunakan sistem ini. Saya teringat Pilihan Raya Kampus yang lepas di Universiti Malaya, di mana Pro-Mahasiswa Universiti Malaya telah mengadakan bantahan terhadap Pilihan Raya Kampus lepas di mana mereka mengatakan system e-voting yang digunakan oleh pihak pentadbiran universiti adalah tidak telus.Kemudian mereka membawa masuk suruhanjaya bebas untuk memeriksa integriti sistem tersebut. Keputusannya, suruhanjaya itu mengatakan tidak ada apa-apa masalah dengan sistem e-voting yang digunakan oleh pihak universiti.

‘Tarikh pilihan raya kampus diumumkan lebih awal’ sepatutnya tidak menjadi isu dan dipolitikkan.Hal ini kerana Majlis Perwakilan Pelajar akan dibubarkan selepas setahun mereka berkhidmat dan notis akan dinaikkan dalan kampus beserta tarikh pilihan raya kampus.Saya tidak nampak ini sebagai satu masalah tetapi ia seperti dipolitikkan oleh pihak tertentu.

Tuntutan ketujuh yang dikemukan oleh pihak Pro-Mahasiswa ialah ‘Tempoh berkempen dipanjangkan selama satu minggu’. Tuntutan ini adalah tidak berasas kerana kempen selama seminggu ini adalah terlalu lama dan juga akan memberikan impak negatif kepada mahasiswa/I di kampus. Hal ini kerana kita perlu memikirkan tentang kuliah dan kelas yang masih dijalankan waktu pilihan raya kampus.Kita tidak mahu kempen selama tujuh hari bekerja ini menyebabkan kebanyakkan mahasiswa/I tidak berasa selesa dengan keadaan ini.Pada hemat saya, biarlah tempoh kempen paling maksimum adalah 4 hari kerana kempen yang terlalu lama juga tidak akan memberikan faedah kepada mahasiswa/I di kampus.

‘Berikan cuti pada hari penamaan calon dan pembuangan undi’ ialah tuntutan terakhir daripada Pro-Mahasiswa. Saya tidak bersetuju dengan tuntutan ini atas 2 sebab.Pertama, jika cuti ini diberikan ,maka ia akan akan menganggu perjalanan kalender akademik yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.Hal ini akan memberikan kesan kepada pengajaran dan pembelajaran di fakulti-fakulti. Sebab kedua ialah adakah wujud jaminan yang mahasiswa/I akan turun mengundi jika mereka diberikan cuti pada hari penamaan calon dan hari pembuangan undi?Sesetengah mahasiswa akan lebih memilih untuk keluar dari kampus dan melakukan aktiviti berbanding untuk turun mengundi.


Saya melihat memorandum yang dihantar oleh pihak Pro-Mahasiswa Nasional ini lebih hanya pada retorik walhal merekalah yang mencabul dan mempolitikkan isu-isu dalam kampus dan juga negara. Jangan kita membawa masuk budaya politik luar ke dalam kampus,biarlah kita sebagai mahasiswa terus berpegang kepada kaedah,diplomasi, realistik,rasional dan toleransi tanpa dipengaruhi oleh unsur emosi kerana kaedah yang digunakan ini pastinya mempunyai kekuatan tersendiri.

AHMAD WAFI BIN SAHEDAN

Friday, January 21, 2011

Parlimen Mahasiswa Satu Harapan

Parlimen Mahasiswa Malaysia menjadi satu impian mahasiswa sebagai satu platform kepada mahasiswa untuk menggabungkan suara kepimpinan mahasiswa dalam menyuarakan pandangan mahasiswa berkenaan isu-isu yang berkaitan mahasiswa dan juga negara.Parlimen ini juga dilihat sebagai satu transformasi untuk mengubah kerangka politik mahasiswa sekarang kepada kerangka politik yang baru.

Kewujudan Parlimen Mahasiswa Malaysia ini pastinya akan membentuk satu budaya baru dalam kalangan mahasiswa iaitu perbahasan secara intelektual tanpa dipengaruhi sentimen politik dan emosi. Golongan mahasiswa pada hari ini perlu sedar bahawa mereka adalah golongan ketiga ataupun "Third Force" dalam negara ini iaitu golongan yang neutral dan bebas untuk mengkritik mana-mana pihak tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.Pandangan yang ingin dikeluarkan oleh Parlimen Mahasiswa ini perlulah melalui perbahasan secara intelektual terlebih dahulu bagi menunjukkan kematangan mahasiswa dalam melihat sesuatu isu.

Saya dan sahabat-sahabat melihat perkara ini dengan serius memandangkan pelbagai persepsi yang mengatakan mahasiswa pada hari sebagai "mahasiswa lesu" walhal penilaian yang dilakukan terhadap mahasiswa ini tidak adil dan berat sebelah. Jadi, pada 19hb Disember 2010, bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM),saya telah mencadangkan kepada sahabat-sahabat saya satu cadangan iaitu berkenaan penubuhan Parlimen Mahasiswa Malaysia dalam Mesyuarat Jemaah YDP/Presiden Majlis Perwakilan Pelajar IPTA Se-Malaysia kali ke-5 yang diadakan. Cadangan ini dibincangkan dengan serius tanpa dipengaruhi oleh elemen emosi dalam mesyuarat tersebut.

Jadi, kami mengambil kata sepakat untuk menghantar kertas cadangan Parlimen Mahasiswa Malaysia kepada kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk dipertimbangkan cadangan ini. Secara asasnya, sruktur Parlimen Mahasiswa Malaysia ini akan melibatkan beberapa pihak yang mempunyai peranan atau fungsi yang khusus.Pertama, Yang Dipertua-Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar dari IPTA akan dilibatkan sebagai ahli dalam Parlimen Mahasiswa Malaysia kerana mereka adalah pemimpin utama mahasiswa di setiap universiti masing-masing.Walaubagaimanapun, Yang Dipertua-Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar dari IPTS juga akan dilibatkan sebagai mewakili mahasiswa dari IPTS. Selain itu, ahli Majlis Siswi Nasional (MASISNA) setiap universiti juga akan diberikan tempat sebagai ahli dalam Parlimen Mahasiswa Malaysia tersebut.Kami juga melihat kepentingan setiap Pengerusi Anak-ank Negeri Kebangsaan untuk terlibat dalam Parlimen Mahasiswa Malaysia bagi mengukuhkan suara mahasiswa melalui Parlimen Mahasiswa Malaysia.

Pada 17hb Januari 2011 di PICC, dalam Amanat Tahun Baru Kementerian Pengajian Tinggi 2011, YB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah menyatakan bahawa beliau menggalakkan penubuhan Parlimen Mahasiswa di setiap IPT terlebih dahulu seperti Universiti Sains Malaysia sebelum dilakukan di peringkat kebangsaan.Ini adalah tanda-tanda positif daripada pihak kerajaan dalam mengiktiraf suara mahasiswa dan juga menunjukkan sifat keterbukaan pihak kerajaan dalam mendengar cadangan mahasiswa. Saya secara peribadi ingin menyeru supaya mahasiswa dan juga pihak universiti di IPT masing-masing untuk menyahut seruan YB Menteri Pengajian Tinggi dalam menubuhkan Parlimen Mahasiswa di IPT masing-masing.

Pihak univerisiti perlulah memberikan peluang ini kepada mahasiswa untuk menubuhkan parlimen mahasiswa di setiap IPT masing-masing.Sifat keterbukaan pihak universiti sangat diperlukan dalam penubuhan parlimen mahasiswa kerana pihak universiti tidak perlu takut dengan kewujudan parlimen mahasiswa ini keranakita perlu ingat bahawa YAB Perdana Menteri pernah berkata "Zaman kerajaan tahu segala-galanya sudah berakhir".Di pihak mahasiswa pula, kita perlulah menggunakan platform ini sebaik-baiknya, janganlah melibatkan unsur-unsur politik dan emosi dalam perbahasan dalam parlimen mahasiswa ini.Jika kita ingin orang menghormati kita sebagai golongan intelektual, kita perlulah menunjukkan kematangan tinggi dalam menangani sesuatu isu kerana menggunakan jalan raya adalah platform yang kurang sesuai dengan golongan mahasiswa.

Kewujudan Parlimen Mahasiswa Malaysia ini pastinya tidak akan bercanggah dengan fungsi atau peranan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan(MPPK) , Jemaah Yang Dipertua/Presiden MPP Se-Malaysia dan juga Majlis Siswi Nasional(MASISNA). Hal ini kerana setiap satunya mempunyai asas yang berbeza antara satu sama lain dan entiti-entiti ini masih relevan dan mempunyai peranan khusus masing-masing.

Diharapkan kewujudan Parlimen Mahasiswa Malaysia pada suatu hari akan dapat melahirkan mahasiswa yang mempunyai kualiti tinggi, berfikiran kritis dan idealis sebagai pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan; serta yang paling penting dan yang paling penting ialah sebagai satu pengiktirafan suara mahasiswa dalam penggubalan dasar-dasar universiti dan negara.

Sesungguhnya, satu transformasi perlu dilakukan ke atas kerangka politik mahasiswa yang masih dibelenggu dengan pemikiran dan tindakan yang tidak menggambarkan mahasiswa sebagai golongan intelektual perlulah dilakukan. Jemaah YDP/Presiden MPP IPTA Se-Malaysia melihat kewujudan Parlimen Mahasiswa Malaysia sebagai satu kaedah yang lebih tepat dengan mahasiswa sebagai golongan intelektual.Biarkan Parlimen Mahasiswa ini menjadi satu platform perbincangan mengenai keadaan politik,ekonomi dan sosial dalam negara selain isu-isu mahasiswa.

Tetapi penubuhan Parlimen Mahasiswa Malaysia ini memerlukan usaha dan kerjasama daripada semua pihak termasuklah mahasiswa, pihak universiti , Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kerajaan Malaysia dalam memastikan penubuhan parlimen ini berjaya.Kita tidak perlu berbicara tentang transformasi dan perubahan jika kita tidak berani untuk mengambil tindakan dalam mengubah sesuatu perkara. Mahasiswa perlulah bersatu hati dan bersama-sama dalam satu gerakan tanpa dipengaruhi sentimen politik dan emosi dalam memastikan penubuhan Parlimen Mahasiswa Malaysia ini berjaya.

"Mahasiswa Bersatu Demi Malaysia"

Ahmad Wafi Bin Sahedan (YDP MPPUSM)
Pengerusi
Jemaah Yang Dipertua/Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar
Se-Malaysia.

Saturday, January 1, 2011

Mahasiswa Tahun 2010 dan Azam Baru tahun 2011

Kita melangkah masuk ke Tahun 2011 dengan satu harapan baru dan kita tinggalkan Tahun 2010 dengan pelbagai peristiwa manis dan pahit yang mungkin kita tidak dapat lupakan. Sebagai seorang yang telah berkecimpung dalam kepimpinan mahasiswa sejak dari tahun 1 sehinggalah tahun 3 iaitu tahun akhir, saya melihat tahun 2010 sebagai tahun yang sangat mencabar bagi saya sebagai seorang pemimpin mahasiswa. Dalam tahun 2010, pelbagai peristiwa yang manis dan pahit telah melanda diri saya sebagai seorang pemimpin mahasiswa.

Sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar USM sidang akademik 2009/2010, saya dan sahabat-sahabat MPP yang lain telah bersama-sama dalam memastikan dua aspek yang berkaitan dengan mahasiswa berjalan dengan lancar iaitu kebajikan mahasiswa dan juga program-program universiti. Pelbagai perkara yang berkaitan dengan kebajikan mahasiswa telah berjaya diselesaikan seperti isu buku teks, isu kafeteria dan ada juga yang sedang menanti untuk diselesaikan.

Program-program universiti yang telah diadakan ialah seperti Karnival Tahun Baru Cina, sesi penerangan Model Baru Ekonomi (MBE) oleh VC, National Research and Innovation Competition (NRIC), Kempen Tangisan Jiwa, CONVEX, program solat hajat perdana sempena peperiksaan dan lain-lain lagi. Parlimen mahasiswa USM juga bersidang buat kali pertama dalam sejarah pada bulan Oktober 2010.

Selain itu, saya juga telah terlibat dalam pembentukkan beberapa sekretariat. Pertama adalah Majlis YDP-YDP Majlis Penghuni Desasiswa(MPD) yang mana menggabungkan YDP setiap MPD dalam majlis ini an dipengerusikan oleh saudara Idzuan.Ini adalah usaha MPP untuk memastikan MPD bersama-sama dengan MPP dalam menyelesaikan kebajikan mahasiswa di desasiswa. Selain itu, pembentukkan Sekretariat Anak-Anak Negeri yang menggabungkan semua anak-anak negeri juga berperanan dalam menjaga kebajikan mahasiswa dari negeri masing-masing.Ia telah dipengerusikan oleh saudara Akif. Pembentukkan Sekretariat Persatuan Pusat Pengajian adalah langkah yang diambil oleh pihak MPP dalam memastikan akademik mahasiswa dalam keadaan cemerlang dan dipengerusikan oleh saudara Faris Hakim.Ketiga-tiga sekretariat ini bukanlah berada di bawah MPP tapi bersama MPP dalam melancarkan kebajikan mahasiswa.

Di peringkat kebangsaan, saya telah dipilih untuk menjadi Jurucakap Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dan juga Pengerusi Jemaah YDP/Presiden MPP IPTA Malaysia bagi sidang akademik 2010/2011.Ini bukanlah satu tugas yang mudah kerana amanah ini sangat berat untuk dipikul tetapi atas sokongan sahabat-sahabat YDP/Presiden,saya dan sahabat-sahabat tetap teguh berdiri. Walaupun ramai pihak menganggap kami sebagai lesu hakikatnya kami bukanlah lesu seperti yang diperkatakan, kami tetap terus berjuang kerana kami sedar berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Pelbagai isu yang telah dihadapi oleh saya dan sahabat-sahabat seperti isu mahasiswa berpolitik, isu kenaikan harga barang sehinggalah isu militan di IPT.Isu mahasiswa berpolitik adalah isu yang paling panas diperkatakan. Secara peribadi, saya kurang bersetuju penglibatan mahasiswa dalam parti politik pada waktu sekarang ini.Walaupun saya dihentam oleh pihak-pihak tertentu tetapi itu adalah lumrah sebagai seorang pemimpin. Saya dan sahabat-sahabat lain berpendapat kenaikan harga barang ini perlulah dipastikan tidak membebankan golongan terkebawah atau ‘bottom billion’.

Selain itu, kami juga membantah tindakan penganjur Islamic Fashion Festival (IFF) di Monaco yang mana dilihat mencemarkan cara pemakaian muslim dan muslimah.Walaubagaimanapun, saya tidaklah membantah penganjuran IFF di mana-mana negara tetapi perlulah mengikuti disiplin yang telah ditetapkan.Ada segelintir pihak mengatakan bahawa IPT adalah tempat merekrut militan, saya secara tegas membantah tindakan ini yang mana saya lihat tidak ada bukti atau angka yag tepat tentang isu tersebut.

Selain itu, isu pembuangan bayi juga telah menyebabkan saya telah memohon sahabat-sahabat YDP/Presiden untuk mengadakan kempen kesedaran tentang pembuangan bayi di dalam kampus dan juga masyarakat di sekitar luar kampus.Contoh di sebelah zon utara, USM, UNIMAP dan UUM telah bekerjasama untuk mengadakan kempen kesedaran yang dinamakan Kempen Tangisan Jiwa di sekitar Pulau Pinang.

Isu Gaza juga menjadi mendapat tumpuan saya dan sahabat-sahabat. Kami sebulat suara untuk mengadakan kutipan derma di setiap universiti bagi mebantu saudara Islam kita yang berada di Gaza.Bantuan ini disalurkan kepada yang memerlukan di Gaza. Isu rusuhan segelintir rakyat Indonesia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta juga telah menyebabkan saya telah menghantar surat kepada Duta Besar Indonesia di Kuala Lumpur untuk menyatakan bantahan kepada tindakan segelintir rakyat Indonesia yang membakar bendera Malaysia dan melemparkan najis ke dalam kedutaan Malaysia.


Saya juga melihat mesyuarat MPPK , Konvesyen MPP dan juga Kursus Pengurusan Organisasi(KPO) perlulah diperbaiki dari segi masa dan juga pengisian tersebut. Mesyuarat Jemaah YDP/Presiden MPP baru-baru ini di UTM, menetapkan untuk mencadangkan Parlimen Mahasiswa Malaysia kepada YB Menteri, Datuk Seri Mohamed Khaled Noordin untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Kemudian, satu mesyuarat yang khusus perlu diadakan untuk mebincangkan perkara ini.Penubuhan Parlimen Mahasiswa Malaysia dapat dilihat sebagai satu transformasi politik mahasiswa
dari takuk lama kepada dimensi baru. Ia akan meluaskan partisipasi mahasiswa dalam membantu kerajaan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan mahasiswa.

Berakhirnya tahu 2010, pastinya akan mengukir seribu kenangan manis dan pahit dalam diri setiap orang.Pastinya tahun 2010 akan dijadikan pengajaran dan iktibar dan pada tahun 2011 ini dijadikan sebagai tahun untuk mencapai kecemerlangan. Mahasiswa pada hari ini perlulah menjadi satu golongan bebas dan tidak perlu dikongkong oleh mana-mana pihak. Mahasiswa pada hari ini perlulah,rasional, realistik dan juga toleransi.


AHMAD WAFI BIN SAHEDAN 1.11.11 1.11am

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...