Pages

Saturday, December 15, 2012

PARTI MANAKAH YANG AKAN MENJADI PILIHAN ANDA DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-13?

Assalamualaikum semua,

Saya mohon kerjasama rakan-rakan untuk sama-sama mengambil bahagian dalam pengundian "PARTI MANAKAH YANG AKAN MENJADI PILIHAN ANDA DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-13?" dalam blog saya ini. Kerjasama anda sangat dihargai.

Terima Kasih

Sunday, October 14, 2012

BAJET 2013 DARI PERSPEKTIF ORANG MUDA



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA. RAKAN-RAKAN BOLEH MELAYARI PERBINCANGAN BAJET2013 DARI PERSPEKTIF ORANG MUDA DI SINI.

TERIMA KASIH :)

Monday, September 24, 2012

7 PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI OLEH PARA PENGUNDI BERKAITAN MARK JINMIN CALON IPS USM!!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Artikel yang ditulis oleh saya ini akan mendedahkan kepada para pengundi Master/Phd tentang siapa diri sebenar Mark Jinmin ini. Mark Jinmin ini adalah anak kelahiran Sarawak. Mark Jinmin ini akan bertanding bagi kerusi Institut Pengajian Siswazah USM. Di IPS USM, terdapat 3 kerusi yang telah dipertandingkan dan sekarang terdapat 4 calon yang akan bertanding. Jadi daripada 4 calon ini, para pengundi Master/Phd perlu memangkah hanya 3 calon sahaja.

MARK JINMIN
Saya belajar bersama-sama dengan beliau dalam Kelas Geofizik di Pusat Pengajian Sains Fizik dari Tahun 1 sehingga tamat pengajian kami. Sekarang beliau  telah menyambung pengajian ke peringkat pengajian lebih tinggi. Jadi, sedikit sebanyak saya ingin berkongsi tentang perkara-perkara yang saya tahu tentang beliau.

1. Beliau mempunyai haiwan peliharaan iaitu seekor sugar slider yang comel.

2. Beliau ini seorang yang suka MEMBANTU ORANG TIDAK KIRA AGAMA DAN BANGSA.

3. Beliau ini rajin dalam membuat kerja-kerja berpersatuan atau melibatkan program-program mahasiswa dan universiti.

4. Beliau ini seorang yang serius apabila melakukan tugasan yang diberikan atau kerja yang telah diamanahkan.

5. Beliau seorang yang berpengalaman dengan amalan sistem pentabiran universiti dan juga program-program yang berkaitan universiti dan mahasiswa/i.

6. Beliau seorang yang rendah diri dan tidak sombong.

7. Mudah mesra dengan orang sekeliling.


 Jika rakan-rakan ingin mengenali lebih rapat dengan saudara Mark Jinmin ini boleh pergi ke fb beliau,

FB : Mark Jinmin dan jangan lupa like di SINI



MANIFESTO MARK JINMIN



JADI KEPADA SAHABAT-SAHABAT MASTER/PHD , JANGAN LUPA UNTUK MEMANGKAH SAUDARA MARK JINMIN BERSERTA 2 CALON LAIN PADA 25 HB SEPTEMBER 2012 DARI PUKUL 8 PAGI SEHINGGA 4 PETANG DI DESASISWA MASING-MASING.


VOTE FOR MARK JINMIN












Sunday, September 23, 2012

CALON-CALON POPULAR PILIHAN MAHASISWA USM

Pilihan Raya Kampus USM kembali menjelma dan pastinya ia akan menjadi satu medan bagi calon-calon yang bertanding dalam merebut kerusi-kerusi Majlis Perwakilan Pelajar USM Sidang 2012/2013. Mahasiswa/i tahun pertama pastinya teruja untuk memilih calon-calon bagi mewakili mahasiswa/i dalam Majlis Perwakilan Pelajar USM bagi sidang kali ini. Saya akan cadangkan beberapa calon yang saya kenal dan mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin yang baik dan bekerja untuk mahasiswa/i USM.


Saya mengenali saudara Ammar ini sebagai seorang yang mempunyai pemikiran yang tajam dalam melihat dan menyelesaikan permasalahan-permasalahan yang wujud. Beliau begitu dihormati dalam kalangan rakan-rakan beliau disebabkan akhlak beliau yang baik dan beliau juga mempunyai sifat toleransi yang tinggi. Sangat merugikan jika beliau ini tidak diundi dalam pilihan raya kali ini kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia kepimpinan mahasiswa/i.


Saudara Rooban ini adalah seorang yang rajin bekerja dan juga beliau selalu mengutarakan pandangan beliau dalam isu-isu yang timbul. Daripada 16 calon kerusi umum, beliau ini adalah satu-satunya calon kaum India. Saya berpendapat beliau ini perlu diundi bagi memastikan beliau dapat menjadi wakil suara mahasiswa/i kaum India dalam Majlis Perwakilan Pelajar USM 2012/2013.


Saya begitu mengenali calon ini kerana beliau ini adalah seorang yang sangat "energetic"dalam memberikan idea-idea baru dan juga menguruskan program-program berkaitan mahasiswa/i. Beliau ini juga sangat petah dalam berbicara dan memberikan hujah. Beliau ini adalah mirip seperti saya semasa saya menjadi calon satu ketika dahulu. Tetapi perlu ingat, beliau ini juga seorang yang mempunyai prinsip dan tegas apabila melakukan kerja.Selain itu,  beliau ini juga seorang yang rendah diri dan menghormati orang lain. Orang seperti ini perlu ada dalam Majlis Perwakilan Pelajar bagi memastikan kebajikan dan program-program mahasiswa terjamin.


Mahasiswi ini yang saya kenali sebagai saudari Hana merupakan  seorang mahasiswi yang kental dan tidak mudah berputus asa. Anak kelahiran Johor ini telah melalui proses kepimpinan dari peringkat bawah sehinggalah ke hari ini menjadi salah satu calon bagi konstituensi umum PRK USM 2012/2013.Sewaktu beliau tahun satu, beliau pernah berkata pada saya bahawa suatu hari nanti beliau ingin bertanding dalam pilihan raya kampus untuk berkhidmat kepada mahasiswa/i USM. Alhamdulillah, nampaknya cita-cita beliau sudah tercapai dan memerlukan sokongan undian daripada rakan-rakan untuk menang dalam pilihan raya kampus kali ini.


Saudara Chuah Wen Xu ini merupakan seorang yang popular dengan program-program yang telah dilakukannya terutamanya Pesta Tahun Baru Cina 2012. Beliau ini seorang yang riang tetapi serius dalam melakukan tugasan yang diberikan kepada beliau. Jika beliau dipilih pastinya beliau akan merancakkan lagi aktiviti-aktiviti dan program-program Majlis Perwakilan Pelajar USM pada masa akan datang.


Saudara Au Lim Peng ini merupakan seorang yang terkenal dengan sifat rendah dirinya apabila berhadapan dengan orang lain. Anak Kelahiran Kelantan ini fasih berbicara dalam Bahasa Melayu. Baru-baru ini beliau terlibat dalam program di televisyen iaitu Program " Sejarawan Muda". Selain itu pengalaman beliau yang luas berkaitan dengan kebajikan mahasiswa/i USM dalam Majlis Perwakilan Pelajar USM pada sidang yang lepas juga tidak dapat dinafikan. Beliau ini perlu diberi peluang sekali lagi  dalam menjawat jawatan dalam MPPUSM pada kali ini kerana sumbangan beliau berkaitan sistem penambahbaikkan sistem bas komuter pada sidang yang lepas memberi faedah kepada mahasiswa/i USM.







Cara Mengundi =)

Pastikan anda menanda X pada 6/ENAM KOTAK SAHAJA (bagi calon ijazah pertama sepenuh masa). JANGAN LEBIH kerana menanda lebih akan menyebabkan kertas undi anda dikira ROSAK. Kalau dah rosak, maknanya rugilah kan. Undi anda hak anda! We Love USM!!







AHMAD WAFI BIN SAHEDAN

SPEAKER PARLIMEN BELIA MALAYSIA (P) 2012

MANTAN PENGERUSI JEMAAH YANG DIPERTUA/PRESIDEN 
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR  IPTA 2010

MANTAN YANG DIPERTUA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR USM 2010



Thursday, September 13, 2012

TRANSFORMASI PENGGERAK MAHASISWA UM

Penggerak Mahasiswa UM telah mengeluarkan video montaj mereka tersendiri yang mana video tersebut mengandungi mesej-mesej yang perlu ditonton oleh para pengundi di Universiti Malaya. Nampaknya Penggerak kali ini berbeza dengan sebelum ini dan lebih bersedia untuk berhadapan dengan Pro-M UM.
Kila lihat nanti!!!




Tuesday, September 11, 2012

PENGUNDI PILIHAN RAYA KAMPUS PERLU LIHAT VIDEO INI!!! SEBARKAN!!!

Bahang Pilihan Raya Kampus kali ini semakin hangat antara kumpulan-kumpulan tertentu dalam kampus. Kali ini Aspirasi telah melakukan transformasi ke atas diri mereka sendiri dengan video montaj mereka yang terbaru yang mengandungi mesej-mesej tertentu dalam video tersebut. Saya sebagai seorang mantan pemimpin mahasiswa melihat ini sebagai satu serangan psikologi ke atas pihak Pro-M. Saya begitu kagum dengan video montaj ini dan teruja dengan tindakan Aspirasi kali ini. Kita akan lihat pula bagaimana dengan respons oleh Pro-M Nasional selepas ini?




Friday, August 31, 2012

Anak Muda Merdeka

TANGGAL 31hb Ogos 2012 ini telah menandakan bahawa Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 55 tahun. Bagi sesetengah pihak, angka 55 tahun itu adalah satu angka yang besar atau satu jangka masa yang panjang tetapi bagi saya angka 55 tahun itu adalah satu angka yang kecil dan satu jangka masa yang pendek. Negara Malaysia ini yang baru merdeka selama 55 tahun masih muda dan baru mencapai usia separuh abad berbanding Kesultanan Melayu Melaka yang telah bertahan lebih kurang satu abad.

Di Malaysia pada hari ini, saya boleh kategorikan kepada 3 golongan dalam konteks kemerdekaan Negara :

a) Golongan yang lahir sebelum tarikh kemerdekaan.

b) Golongan yang lahir dalam jangka masa tarikh kemerdekaan.

c) Golongan yang lahir selepas tarikh kemerdekaan

Jika dilihat pada 3 golongan ini, pastinya semua bersetuju dengan saya bahawa semakin kita bergerak maju ke hadapan, golongan ketiga iaitu golongan yang lahir selepas tarikh kemerdekaan akan lebih mendominasi pergerakan tersebut. Sehinggakan tiba suatu masa nanti, Negara ini hanya didiami oleh golongan ketiga iaitu golongan yang lahir selepas tarikh kemerdekaan dan sudah tidak wujud golongan pertama dan kedua. Apakah bentuk Negara Malaysia yang akan dicorakkan oleh golongan ketiga ini pada masa hadapan? Tepuk dada Tanya diri sendiri.

Jadi golongan ketiga yang ada pada hari ini ialah anak-anak muda yang akan menjadi pemimpin negara pada masa depan. Tanggungjawab anak-anak muda pada hari ini adalah sangat berat kerana anak-anak muda pada hari ini perlu untuk menjadi pemimpin negara pada masa depan dan pada masa yang sama, semangat patriotik dan penghayatan kemerdekaan yang ada pada diri masing-masing perlulah dikekalkan. Selain itu, bentuk negara Malaysia juga pada masa depan akan ditentukan oleh golongan ketiga ini atau anak-anak muda pada hari ini.

Definisi kemerdekaan pastinya berbeza-beza apabila dirujuk kepada pelbagai pihak. Tanggal 31hb Ogos 1957 adalah bersejarah kerana kita telah merdeka dari pihak penjajah tetapi hanya dalam konteks fizikal. Hal ini bermaksud bahawa kita boleh mentadbir Negara kita sendiri tanpa ada gangguan daripada pihak-pihak luar. Tetapi adakah kita sebenar-benarnya telah bebas dan merdeka daripada pihak-pihak luar selain daripada konteks fizikal? Jawapannya ialah TIDAK.



Penjajahan alaf baru yang sedang berlaku pada hari ini dinamakan sebagai Penjajahan Minda. Penjajahan Minda ini tidak memerlukan konteks fizikal dalam melakukan penjajahan tetapi lebih menggunakan ideologi, media, perfileman dan pelbagai lagi. Penjajahan Minda ini sangat mencabar kerana kaedah penjajahan ini dilakukan dengan menyampaikan terus maklumat atau mesej kepada individu-individu tanpa ada sekatan.


Hal ini menyebabkan kita boleh melihat pada hari ini, sebahagian anak-anak muda kita telah dipengaruhi oleh budaya-budaya barat dan juga cara kehidupan barat.Hal ini sangat membimbangkan kerana ada juga budaya barat dan cara kehidupan barat yang tidak sesuai diamalkan di negara kita. Kita perlu faham bahawa negara kita adalah sebuah negara yang mana agama Islam adalah agama persekutuan dan juga mengamalkan budaya ketimuran.


Keamanan yang telah dikecapi di negara kita pada hari ini adalah hasil satu formula yang telah digunakan sejak merdeka iaitu Perpaduan. Seharusnya formula ini terus dikekalkan bagi mengekalkan kemerdekaan negara kita. Anak-anak muda harus ingat bahawa soal perpaduan ini bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan tetapi ia adalah satu perkara yang wajib untuk dikekalkan.

Sempena Kemerdekaan Malaysia ke-55 ini, Saya menyeru sahabat-sahabat untuk sama-sama menghayati Kemerdekaan dan mengekalkan semangat patriotik dalam diri kita.Hal ini kerana kita perlu sentiasa ingat bahawa kita bukan memiliki negara ini sepenuhnya tetapi kita meminjam negara ini daripada generasi akan datang.


http://www.mymahasiswa.com/2012/08/anak-muda-merdeka.html

Thursday, June 7, 2012

PENDIDIKAN PERCUMA AKAN BERMULA DI UNISEL???


KENYATAAN AKHBAR
BERKAITAN ISU PEMBEKUAN
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)
7     JUN 2012.

Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin





1. Sejak akhir-akhir ini, terdapat suara dan desakan supaya pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

2.   PTPTN sentiasa mengikuti perkembangan ini dan memandangkan berat cadangan dan desakan tersebut, terutamanya ia datang daripada parti pembangkang yang kebetulan adalah kerajaan di negeri Selangor, PTPTN beranggapan bahawa IPT yang dikuasai oleh kerajaan negeri seperti Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) bersedia dan komited untuk memberikan pendidikan percuma kepada para pelajarnya sekaligus menolak pinjaman PTPTN.

3. PTPTN percaya ada kesungguhan kerajaan negeri untuk melaksanakan pendidikan percuma dan dengan demikian, pinjaman PTPTN untuk para pelajar tidak diperlukan. PTPTN telah menimbang perkembangan ini dan membuat keputusan untuk menangguhkan pinjaman PTPTN kepada para pelajar Universiti Industri Selangor (UNISEL) buat sementara waktu. Keputusan ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

4.  Tambahan pula, terdapat kenyataan yang dibuat oleh Penasihat Ekonomi Selangor, Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menggesa agar peminjam tidak membayar PTPTN, akan menjejaskan keupayaan pembiayaan PTPTN di mana dana bayaran balik ini akan digunakan untuk membiayai pinjaman bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian termasuk di UNISEL.

5. Dalam situasi begini, PTPTN perlu mengambil masa untuk mengkaji implikasi kewangan yang bakal ditanggung apabila peminjam tidak membayar balik dan sudah tentulah akan menjejaskan kemampuan PTPTN memberi pinjaman kepada pelajar baharu. Seterusnya, PTPTN akan membuat keputusan muktamad selepas berpuas hati mengenai pendirian dan jaminan UNISEL dalam perkara ini.

Wednesday, May 30, 2012

PARLIMEN BELIA TIDAK RELEVAN???

Ahli-ahli Parlimen Belia (P) 


PARLIMEN BELIA TIDAK RELEVAN?? JOM KITA LAYARI PERBINCANGAN TENTANG PARLIMEN BELIA DI SINI.

Friday, May 25, 2012

PARLIMEN BELIA MALAYSIA!!!




Ahli-ahli Parlimen Belia Malaysia (P) 2012


        Golongan Belia di Malaysia ditakrifkan sebagai golongan yang berusia dari umur 15 tahun sehingga 40 tahun dan mengikut statistik rasmi  pada tahun 2010 menunjukkan bahawa golongan belia dianggarkan seramai 11.3 juta orang atau 41.1% daripada keseluruhan penduduk Malaysia yang berjumlah seramai 27.5 juta orang. Dengan jumlah sebesar ini, golongan belia harus dilihat sebagai satu golongan yang mempunyai kapasiti besar dalam menggerakkan pembangunan Negara.
      
        Terdapat pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh pihak  kerajaan terutamanya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam memperkasakan golongan belia seperti pengenalan Rakan Muda, Belia Mahir 1 Malaysia, Hari Belia Negara dan lain-lain lagi. Tidak dilupakan juga Majlis Belia Malaysia (MBM) yang telah memperkasakan belia dengan menyelaraskan pertubuhan-pertubuhan belia dan juga telah melakukan pelbagai program yang memenuhi aspirasi golongan belia.
      
Belia Bangsa Malaysia

        Saya sangat tertarik dengan satu inisiatif baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama  Majlis Belia Malaysia (MBM) iaitu Parlimen Belia Malaysia (PBM). Parlimen Belia Malaysia ini adalah salah satu daripada enam inisiatif yang terhasil daripada Makmal Transformasi Pembangunan Belia dan telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada tahun lepas semasa sambutan Hari Belia Negara yang lepas.
    
        Jadi baru-baru ini iaitu pada 8-11 Mei 2012, telah diadakan satu “mock” Parlimen Belia Malaysia di Kuala Lumpur yang telah diselaraskan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Umur untuk menjadi ahli dalam Parlimen Belia Malaysia ialah dari 18 tahun sehingga 30 tahun. Sesi-sesi seperti penerangan “standing order” dan “public hearing” diberikan terlebih dahulu sebelum  bermulanya “mock” Parlimen Belia Malaysia pada hari ketiga.
     
         Pada hari ketiga, “mock” Parlimen Belia Malaysia telah diadakan, bermula dari proses perbahasan usul sehinggalah pengundian. Terdapat 2 isu yang telah dibahaskan iaitu berkaitan Salah Laku Moral (LGBT) dan juga Sistem Pendidikan di Malaysia. Saya begitu tertarik dan kagum dengan perbahasan yang berlangsung kerana setiap ahli parlimen belia mempamerkan kematangan mereka dalam berhujah dan juga pro aktif dalam memberi pandangan mereka terhadap 2 isu tersebut.
       
Perbahasan
        
         Jadi saya melihat  terdapat 2 kepentingan yang dapat wujud pada Parlimen Belia Malaysia. Pertamanya ialah Pendidikan Demokrasi yang merangkumi pemahaman terhadap Sistem Demokrasi Berparlimen yang wujud di Malaysia. Keduanya ialah, Suara Belia dapat diangkat dalam mengukuhkan partisipasi dan pandangan belia berkaitan isu-isu nasional dan isu-isu tempatan dari perspektif belia itu sendiri.
     
        Jika dilihat pada Parlimen Belia di UK, Australia, Pakistan dan lain-lain lagi, saya boleh simpulkan bahawa 2 kepentingan yang saya nyatakan di atas wujud di parlimen belia masing-masing. Perbezaan yang mungkin wujud antara satu sama lain ialah dari segi strukutur  dan punca kuasa bagi parlimen belia itu. Saya yakin dan percaya bahawa 2 kepentingan yang wujud pada Parlimen Belia Malaysia iaitu Pendidikan Demokrasi dan Suara Belia  perlulah diperkukuhkan dan diserapkan ke dalam kalangan ahli-ahli Parlimen Belia itu sendiri.
  
       Keterbukaan pihak kerajaan dalam menerima cadangan penubuhan Parlimen Belia Malaysia ini seharusnya dipuji kerana budaya politik baru yang akan wujud dan lahir dari Parlimen Belia Malaysia ini pastinya akan dapat menghasilkan pemimpin-pemimpin negara pada masa hadapan yang dapat meneruskan legasi kepimpinan negara dan terus memajukan negara bersandarkan pada ilmu pengetahuan.
      
      Sesungguhnya harapan yang terletak pada Parlimen Belia Malaysia ini begitu tinggi kerana ia adalah satu titik permulaan sejarah dalam politik Malaysia.


Belia bakal pemimpin negara



AHMAD WAFI BIN SAHEDAN
SPEAKER PARLIMEN BELIA MALAYSIA (P) 2012

Monday, May 21, 2012

APA ITU NADIR BUMI?




Mineral nadir bumi secara relatifnya banyak didapati di permukaan bumi tetapi sukar dikeluarkan kerana sifat kimianya dan kedudukan tebaran geografi nadir bumi. Logam nadir bumi digunakan dalam pelbagai pembuatan produk seperti telefon bimbit, pemacu cakera, catalyc converter, turbin angin, bateri kereta hybrid dan paparan skrin rata. Permintaan dunia untuk nadir bumi meningkat pesat dan dijangka akan melebihi bekalan di masa hadapan. Sehingga kini, China menghasilkan sekitar 97% dari bekalan dunia.

Mineral nadir bumi sering dijumpai dalam bijih yang mengandungi sejumlah kecil unsur-unsur radioaktif seperti uranium dan thorium. Oleh itu, pengekstrakan nadir bumi menimbulkan beberapa isu kesihatan dan keselamatan.

Apakah kesannya terhadap kesihatan pekerja dan orang awam? Adakah selamat untuk mengangkut bahan-bahan mentah tersebut? Atau juga produk-produk yang telah siap diproses? Apa yang akan terjadi kepada sisa? Di mana dan bagaimana ia akan disimpan? Adakah ia akan menjejaskan kesihatan atau alam sekitar?

Dalam kehidupan seharian, manusia terdedah kepada radioaktif pada tahap yang sangat rendah. Thorium, misalnya, hadir secara semulajadi di dalam tanah, batuan, air permukaan (surface water) dan air bawah tanah, tanam-tanaman serta haiwan dalam ukuran dos yang sangat rendah. Pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi tahap keradioaktifan sebegini tidak menyebabkan ancaman terhadap kesihatan manusia.

Berapakah tahap radioaktif yang dianggap selamat? Had pendedahan radioaktif untuk orang ramai yang diterima pakai adalah 1 mSv / tahun, dalam beberapa aktiviti-aktiviti harian manusia adalah seperti berikut:

  • Merokok sebungkus rokok sehari: 150
  • Sinar-X perubatan atau pergigian: 0.39
  • Tidur di sebelah seseorang selama 8 jam: 0.02
  • Menonton televisyen 2 jam sehari: 0.01
  • Menggunakan terminal komputer: 0.001

(Sumber: United Nations Environment Protection Agency; US Department of Energy; Health Physics Society, United Nations Scientific Committee on the Effects of Atomic Radiation, 1993, 1996, 2000)


Sunday, May 20, 2012

FILEM PENDEK INI DITUJUKAN KEPADA SIAPA?



Filem pendek ini seakan-akan mempunyai tujuan dan matlamatnya tersendiri yang ingin ditujukan sesetengah pihak. Mungkin kita boleh menonton filem pendek dan menilainya kemudian.

SELAMAT MENONTON!!!

Wednesday, May 16, 2012

TERIMA KASIH GURU!!!



SIAPA PUN KITA SEKARANG SAMA ADA MENTERI, JURUTERA, DOKTOR, PEGAWAI KANAN KERAJAAN, ATLET, PENSYARAH, PENIAGA, ATAU LAIN-LAIN LAGI.
JANGAN LUPA JASA GURU KITA.
UCAPKAN TERIMA KASIH PADA GURU ANDA...


TERIMA KASIH GURU!!!!

Saturday, May 12, 2012

PAKATAN RAKYAT BOLEH MENDAPAT 51% BERBANDING BN HANYA 49% ???




Sekitar 49 peratus pengundi memilih Barisan Nasional (BN) sebagai parti keutamaan mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan diadakan bulan depan, berbanding 21 peratus yang mahu mengundi Pakatan Rakyat (PR).

Bagaimanapun hasil kajian yang dikendalikan baru-baru ini, dua minggu sebelum perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu, juga mendapati 30 peratus pengundi tidak pasti parti yang menjadi keutamaan mereka - yang dikategorikan sebagai pengundi atas pagar.

Dengan perkembangan itu, pengundi atas pagar dilihat mengalami peningkatan kali ini berbanding PRU12 dan dijangka akan memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan sesebuah parti pada PRU13.

Kajian itu dikendalikan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM antara 31 Mac dan 15 April lalu melibatkan 2,282 pengundi berdaftar di Semenanjung

PENGUNDI ATAS PAGAR MASIH LAGI MEMAINKAN PERANAN PENTING PADA PRU KALI KE-13 INI. 

BUATLAH PILIHAN YANG TEPAT SEMASA PENGUNDIAN PADA PRU KE-13 INI..:)

UMNO AKAN MENANG ATAU TIDAK BERGANTUNG PADA......

United Malays National Organisation (UMNO)

100K yang hadir dan membanjiri Stadium Bukit Jalil

Perhimpunan Aman di Stadium Bukit Jalil

Amanat Presiden UMNO

Tekun mendengar amanat kepimpinan UMNO


United Malays National Organisation (UMNO) ataupun dikenali sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu telah berusia 66 tahun pada hari ini. Parti UMNO yang telah menjadi tunjang atau tulang belakang Barisan Nasional (BN) sekian lamanya dalam mentadbir negara pastinya mencatat sejarah dalam berhimpun secara aman di Stadium Bukit Jalil dengan dihadiri seramai 100K lebih.

Pada pandangan saya sebagai orang muda, UMNO perlu melakukan transformasi tentang beberapa perkara untuk mengekalkan kemenangan atau menambahkan bilangan kerusi berbanding PRU ke-12.Antaranya

A) Calon yang diketengahkan perlulah orang yang dihormati oleh masyarakat dan mendapat sokongan masyarakat setempat.


B) Janji-janji pada PRU ke-12 yang telah dijanjikan oleh pihak UMNO terutamanya kepada mana-mana parlimen yang telah ditandingi perlulah diselesaikan ataupun dikurangkan.


C) Tidak wujud atau timbul istilah sabotaj dari dalam parti tetapi jentera pilihan raya perlulah memberikan sokongan padu terhadap calon yang telah dipilih.


D) Tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan diumumkan mestilah bersesuaian mengikut keadaan politik dan ekonomi negara.

Jika 4 perkara ini dapat dilakukan oleh UMNO, InsyaAllah UMNO akan dapat kekalkan kemenangannya pada PRU kali ini.

Monday, April 30, 2012

CERITA SEBENAR DI SEBALIK KERETA POLIS DITERBALIKKAN..


Dalam kes kereta polis diterbalikkan, ada cerita sebenarnya yang disembunyikan oleh pihak-pihak tertentu dan ini akan dibongkarkan  apabila kita akan dapat melihat kes daripada 2 sudut yang berbeza. Saya tidak perlu memberi apa-apa komen tentang kes ini kerana anda boleh menilai sendiri dalam video ini.


SELAMAT MENONTON

Bersih 3.0 - Masih ada Budi Bahasa Budaya Kita



Budi Bahasa Budaya Kita..:)

Saturday, April 28, 2012

POLIS DIPUKUL OLEH DEMONSTRAN!!!


Nampaknya demonstrasi Bersih 3.0 yang telah dilakukan pada hari ini telah GAGAL kerana TIDAK AMAN..Jom kita tonton video di atas..

Wednesday, April 18, 2012

APA PANDANGAN RAKAN-RAKAN TENTANG VIDEO INI?


Apa pandangan rakan-rakan tentang video ini?

SYIAH DI MALAYSIA???


Di Malaysia, kita berpegang teguh kepada Sunnah wal Jamaah bukannya Syiah. Syiah boleh dikategorikan sebagai menyesatkan disebabkan fahaman mereka yang mengkafirkan sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. Sebab itulah Syiah digelar sebagai musuh dalam selimut untuk Orang Islam. Sekarang Syiah mula menular masuk di Malaysia dan siapakah agen-agen mereka??

KLIK SINI DAN SINI.

Tuesday, April 17, 2012

VIDEO TERBARU DI PASARAN!!!


Nampaknya sikap biadap dan kurang ajar yang ada pada mereka ini perlulah kita tentang dan tidak ambil mudah. Jom Klik SINI dan SINI untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Sunday, April 15, 2012

SIAPA MEREKA INI???




SIAPA MEREKA INI??? JIKA INI ADALAH DEMO ANTI-PTPTN,  KENAPA PERLU WUJUD PERKATAAN-PERKATAN YANG TIDAK SEPATUTNYA?? ADAKAH INI MATANG DAN RASIONAL?? JANGAN TERLALU TAKSUB SEHINGGA BOLEH MENGGELARKAN ORANG LAIN DENGAN GELARAN-GELARAN YANG TIDAK SEPATUTNYA.

MAHASISWA MENOLAK MEREKA!!!

VIDEO TERLAMPAU MAHASISWA!!!




Video di atas adalah salah satu kaedah perjuangan yang tidak harus diikuti oleh mahasiswa/i kerana ia tidak melambangkan kematangan mahasiswa/i dalam berhadapan dan mengendalikan isu-isu semasa. Saya tidak mahu mempersoalkan matlamat perjuangan mereka atau tujuan demonstrasi tersebut diadakan tetapi biarlah kaedah perjuangan itu tidak dicemari dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama Islam dan budaya Melayu.

Saya yakin dan percaya bahawa mahasiswa/i pada hari ini masih lagi menolak kaedah perjuangan ini yang boleh kita sifatkan sebagai satu perbuatan biadap dan tidak beradab. Anda tontonlah sendiri dan anda boleh menilai adakah ini satu perbuatan yang boleh diikuti ataupun tidak.

Saya juga mencabar Saudara Safwan Anang iaitu Pengerusi SMM dan  YDP PMIUM dan juga Saudara Mohd Syahid iaitu Pengerusi Malaysia Bangkit untuk MEMOHON MAAF kepada YAB Dato Seri Najib Razak dan juga YB Dato' Seri Khaled Nordin.

MAHASISWA MENOLAK PERBUATAN INI!!!

Saturday, April 14, 2012

GEMPAR!!! PENGEBUMIAN DI DATARAN MERDEKA!!!

Kenapa perlu wujud pengebumian DS Najib dan Ds Khaled Nordin??? 

          Saya hanya tersenyum dan menggelengkan kepala apabila melihat gambar di atas. Apakah tujuan mereka menggunakan kaedah seperti di atas? Saya tidak pernah  melihat lagi kaedah dan cara yang yang begitu pelik digunakan oleh pelajar pembangkang petang tadi dengan membawa 2 gambar pemimpin negara iaitu DS Najib Razak dan Ds Khaled Nordin sambil dikalungkan dengan kalungan bunga dan juga batu nisan.

         Seperti yang dimaklumkan di mana-mana sumber, hanya terdapat 300 orang sahaja pelajar yang hadir menyertai demonstrasi Pemansuhan PTPTN pada petang tadi berbanding sasarannya ialah sebanyak 5000 orang. Nampakknya kehadiran para peserta adalah tersasar jauh. TAHNIAH ANAK MUDA MALAYSIA YANG MENOLAK DEMONSTRASI INI!!!

         Untuk pengetahuan rakan-rakan, sehingga ke hari ini terdapat lebih kurang 1.9 juta orang peminjam PTPTN. Nampaknya demonstrasi ini gagal dan saya yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia faham tentang konsep HUTANG. MASUK TANDAS AWAM PADA HARI INI PUN KENA BAYAR 30 SEN. 

        Rakan-rakan boleh menilai tentang kematangan mereka ini dengan menggunakan kaedah dan cara seperti ini. Adakah ini yang dimaksudkan dengan PENDIDIKAN DEMOKRASI??? Ataupun mereka ini mendapat arahan daripada pihak-pihak tertentu?? Sudah-sudahlah diperkudakan oleh parti pembangkang. Berdirilah atas kaki mahasiswa!!!

INI SATU PENGHINAAN YANG AMAT SANGAT...

Adakah ini perbuatan atau tindakan yang betul?


KECEWA DAN SEDIH. Itu sahaja boleh diungkapkan semasa demonstrasi Anti-PTPTN yang berlangsung di ibu negara sebentar tadi. Persoalan yang saya ingin lontarkan adalah, adakah wajar tindakan meletakkan kalungan bunga kepada dua pemimpin negara kita iaitu YAB Dato' Seri Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia dan YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi?? Dua pemimpin negara kita tersebut  ialah orang yang beragama Islam tetapi orang yang beragama Islam sendiri mengangkat gambar kedua-dua pemimpin sambil dikalungkan dengan kalungan bunga. Di manakah sensitivi agama mereka ini? Kepada rakan-rakan, JIKA KITA TIDAK BERSETUJU DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN, KAEDAH DIPLOMASI MASIH BOLEH DIGUNAKAN DAN BUKANNYA KAEDAH POPULIS SEPERTI INI. Jom klik SINI untuk lebih lanjut.

DEMO ANTI-PTPTN : MANA KESUDAHANNYA??




Dikhabarkan esok akan diadakan Demo Anti PTPTN. Saya bersetuju bahawa kita perlu memperbaikki mutu perkhidmatan PTPTN tetapi tidaklah sehingga menghapuskan PTPTN. Mari kita bersikap terbuka dan bukannya terus menghukum dengan penghapusan PTPTN. Maklumat yang saya dapat , Klik SINI.

Friday, April 13, 2012

PTPTN BERAHSIA DARIPADA RAKYAT TENTANG PERKARA SEBENAR??






Ini adalah angka-angka dan fakta nombor yang telah dirahsiakan oleh PTPTN daripada rakyat. Betul ke dirahsiakan??? Jom Klik SINI.

INSIDEN SULIT SEMASA PERTABALAN YDPA...



Dr Rahman Kadir – 11 April 2012 mencatat satu sejarah di dalam negara dengan berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Sejarah kerana bukan sahaja ia merupakan pertabalan pertama yang berlangsung di Istana Negara baru, tetapi juga kerana perlantikan baginda sebagai YDPA untuk kali kedua setelah berkhidmat sebagai YDPA yang ke-5 dari 1970 hingga 1975.
Upacara gilang gemilang dan penuh istiadat ini merupakan suatu upacara yang sungguh istimewa kerana ia melambangkan kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara yang merdeka serta mempunyai seorang Ketua Utama Negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Saya bertuah kerana terpilih menyertai pasukan perubatan yang beroperasi semasa istiadat pertabalan berlangsung yang bertujuan memberikan khidmat perubatan kecemasan bagi YDPA serta dif-dif kehormat dan para tetamu baginda sepanjang istiadat berlangsung.
Kami melaksanakan persiapan yang rapi serta rumit bagi memastikan istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda berdua akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden perubatan.
Untuk makluman semua, setiap majlis yang melibatkan YDPA akan diberikan perlindungan perubatan. Kemahiran kami yang beroperasi secara discreet atau ‘sir’ ini hinggakan pihak luar serta orang awam tidak langsung dapat menghidu sebarang insiden perubatan yang berlaku di istana.
Seawal jam 6.30 pagi, pasukan perubatan telah tiba di istana dan set up klinik-klinik di tempat-tempat strategik dan tersembunyi. Petugas-petugas perubatan yang berpakaian mengikut protokol istana sudahpun mengambil posisi masing-masing.
Saya beruntung kerana di tempatkan di dalam Balairong Seri. Ini memberikan saya peluang keemasan untuk menyaksikan istiadat pertabalan Tuanku dengan mata kepala saya sendiri, merasai suasana dan atmosfera pertabalan yang cukup penuh dengan adat istiadat serta protokol yang bukan semua orang dapat merasainya.
Saya duduk bersama dengan para dif-dif kehormat di belakang saf-saf kedutaan negara asing. Duduk di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr. Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, TNC saya semasa saya masih seorang mahasiswa Universiti Malaya.
Saya menyapa beliau dan beliau cukup berbangga kerana ‘murid’nya kini adalah merupakan seorang doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini.
Malangnya, suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia.
Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.
Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.
Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan.
Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.” Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut “Menteri Wanita” dan hilaian tawa berterusan.
Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM. Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM.
Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.
Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong.
Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.
Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.
Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka.
Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.
Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. Begitu menghormati protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan.
Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini.
Suasana kurang manis ini berterusan sehinggalah majlis bermula dengan rasminya dengan kemasukan Seri Paduka Baginda berdua ke Balairong Seri. Mujurlah selepas dari itu, majlis berlangsung dengan aman dan tenteram.
Tidak semua pemimpin pembangkang yang berperangai sedemikian. Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw misalannya, kelihatan cukup tertib, berdiam diri dan tidak menyertai gurauan-gurauan mereka yang lain malah tidak senyum pun mendengar kata-kata rakan-rakannya. Sikap dan tingkah lakunya di dalam balairong adalah terpuji.
Nasihat saya kepada Azmin Ali, Tian Chua dan angkatannya, jika menghadiri majlis rasmi, berperangailah sebagai manusia yang bertamadun. Janganlah terbawa dengan sikap murahan jalanan anda ke istana. Lihatlah di sekeling sebelum berkata-kata kerana apa yang dipertuturkan mencerminkan sikap dan jiwa anda. Sebagai rakyat, tunjukkanlah kesetiaan dan rasa hormat anda kepada Raja selaku tonggak negara.
Perkara ini tidak perlu saya nasihatkan pun sepatutnya kerana ia perkara asas yang sudah pun termaktub di dalam Rukunegara yang kanak-kanak sekolah pun arif tentangnya.
Semoga Allah SWT panjangkan umur Tuanku dan kekal negara aman dan Islam terus terbela di bawah payungan Tuanku.
Daulat Tuanku.

Sumber : AIDC

Tuesday, April 10, 2012

MAHASISWA MENYOKONG KEWUJUDAN PTPTN...


Video di atas menunjukkan bahawa mahasiswa/i sebenarnya menyokong kewujudan PTPTN.


Mahasiswa pada hari ini perlu matang dan berfikir secara rasional dalam melihat sesuatu isu atau perkara seperti isu pemansuhan PTPTN dan pendidikan Percuma. Hal ini kerana isu atau perkara ini melibatkan generasi pada masa hadapan. Jika kita inginkan perubahan perlulah melalui proses yang betul dan perlu berperingkat. Tindakan segelintir mahasiswa yang inginkan pemansuhan PTPTN dilihat sebagai tindakan yang kurang matang dan tidak rasional.

Adakah kita sedar duit PTPTN itu adalah duit rakyat dan perlu dipulangkan semula untuk kegunaan generasi pada masa hadapan dalam pengajian tinggi. Janganlah berasa ego dan sombong tindakan untuk mendesak pemansuhan PTPTN walhal masih belum tamat pengajian di peringkat universiti. Tamatkan pengajian dulu jika ingin 'berjuang'.

Masihkah kita ingat peristiwa Bersih 2.0, apabila beberapa orang pelajar luar negara yang mendapat tajaan daripada Kerajaan Negeri Terengganu telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu supaya tidak terlibat dalam Bersih 2.0. Tajaan mereka dikatakan akan ditarik tetapi mereka telah diberikan masa dan ruang untuk melakukan rayuan terhadap kes mereka. Apakah perasaan ibubapa mereka?

Dikhabarkan bahawa akan diadakan  satu lagi perhimpunan pemansuhan PTPTN dan Pendidikan Percuma oleh segelintir mahasiswa yang terlibat terus dengan parti pembangkang. Mahasiswa/i perlu berhati-hati dengan perhimpunan ini kerana perhimpunan ini dilihat cuba untuk mendapatkan political mileage dan kebanyakkan daripada mahasiswa yang terlibat terus dengan parti pembangkang ini bukannya mendapat pinjaman PTPTN. Jika ada mahasiswa yang rasa ingin turun juga, hati-hati kerana takut-takut, gambar anda ditangkap dan MUNGKIN JUGA  PINJAMAN PTPTN ANDA AKAN DITARIK SEPERTI DALAM BEBERAPA KES SEBELUM INI kerana terlibat dengan perhimpunan ini. Perkara seperti ini mungkin boleh berlaku.

Mahasiswa/i perlu menilai sesuatu perkara itu dengan rasional dan realistik. Setiap perkara itu perlulah melalui satu proses secara berperingkat.

Monday, April 9, 2012

PENDIDIKAN PERCUMA DI KEDAH, SELANGOR, PULAU PINANG DAN KELANTAN??

Pendidikan Percuma

Pembangkang memainkan isu Mansuh Yuran PTPTN, sejak seminggu lalu semakin hebat mainan mereka yang mahukan PTPN dimansuhkan kononya Kerajaan telah melakukan satu penindasan keatas para Mahasiswa dan Mahasiswa yang ada hari ini.

Cas sebanyak 1% yang dikenakan dalam pinjaman PTPTN dikatakan telah membebankan para pelajar sehinggakan para pekajar tidak mampu membayar balik wang pinjaman tersebut. Malah kata pembangkang lagi Mahasiswa dan Mahasiswa dihimpit kesengsaraan atas kadar pinjaman PTPTN yang ada hari ini dan ianya wajar dimansuhkan.


SUMBER : PAPAGOMO  KLIK SINI

Saturday, April 7, 2012

DAH MULA KE BERSIH 3.0 OLEH MAHASISWA DI USM??



Ingatkan Bersih 3.0 di USM, rupa-rupanya Himpunan Solidariti Mahasiswa Malaysia Peringkat Zon Utara di USM untuk Palestin.

TAHNIAH MAHASISWA!!!

Friday, April 6, 2012

AMARAN KERAS : VIDEO INI HANYA UNTUK 18 TAHUN KE BAWAH..


JADILAH MAHASISWA/I YANG BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG DIKURNIAKAN DAN JANGAN SESEKALI KITA KUFUR DENGAN NIMAT YANG ADA SEKARANG.

Thursday, April 5, 2012

VIDEO MAHASISWI USM...ISH..ISH..ISH..




JADILAH MAHASISWA/I YANG BERSYUKUR TERHADAP NIKMAT DAN REZEKI YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT. JANGAN JADI SEGELINTIR MAHASISWA/I YANG TIDAK  PANDAI BERSYUKUR DAN SUKA MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN.




PEMANSUHAN PTPTN DAN PENDIDIKAN PERCUMA



Salam perjuangan,






Saya tertarik dengan isu Pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dimainkan dalam media massa dalam beberapa hari ini. Isu ini perlu dilihat kepentingannya kerana ia lebih melibatkan generasi pada masa hadapan dan juga masa hadapan pengajian tinggi.


Persoalannya ialah, adakah ia relevan dan boleh dilaksanakan di Malaysia?

Kerajaan pada hari ini sememangnya memberi pendidikan percuma dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat sekolah menengah. Contoh yang kita lihat di peringkat pengajian tinggi pula ialah di IPTA kadar yuran adalah murah jika diambil purata (Politeknik = rm 200 satu semester) (Diploma = rm300- rm500) (Sarjana Muda rm 600- rm1000).

Untuk makluman rakan-rakan, melalui pinjaman PTPTN ia hanya meliputi 1/4 daripada yuran dan yang selebihnya adalah untuk sara hidup dan duit makan. Sekiranya pendidikan percuma diberikan maka semua rakyat akan menuntut hak untuk masuk IPTA, maka kerajaan perlu menubuhkan lebih banyak IPTA dan sekaligus IPTS terhapus.

Kita perlu ingat bahawa kerajaan juga turut memberi subsidi kepada  rakyat dalam pelbagai sektor selain sektor pengajian tinggi seperti kesihatan, bahan mentah dan lain-lain lagi. Negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia juga mengenakan yuran terhadap pelajar universiti.Kita seharusnya ingat bahawa  sifat pinjaman PTPTN, ia bukan diwajibkan untuk diambil tapi ia adalah pilihan.
Sekiranya pelajar berjaya mendapat Ijazah Kelas Pertama maka ia boleh ditukar  menjadi biasiswa, bermaksud tidak perlu membayar semula pinjaman PTPTN.

Terdapat 5 Sebab yang perlu kita faham berkenaan IMPLIKASI pemansuhan PTPTN dan Pendidikan Percuma..


1. Yuran pendidikan merupakan antara sumber utama pendapatan universiti bagi menampung pembagunan universiti agar cemerlang (terutama IPTS). Pembangunan ini perlu jika universiti hendak memberikan pendidikan terbaik kepada pelajar. Jika yuran tidak dikenakan, maka universiti akan bergantung kepada satu sumber kewangan sahaja iaitu, kerajaan, yang sentiasa terbatas (kerana kerajaan terpaksa juga menampung agensi-agensi lain). Sukar bagi universiti untuk merancang kecemerlangan mereka jika mereka tiada kawalan terhadap sumber pendapatan mereka. Kesan jangka masa panjang, university Negara akan menjadi “mediocre”, tidak kompetitif dengan Negara maju. 

2. Keupayaan untuk menawarkan tempat pengajian ke IPT kepada pelajar akan menjadi terhad di atas kemampuan kewangan yang terhad. Pelajar mengulang akan bertambah ramai dan yang “overstay” juga akan bertambah ramai kerana tiada implikasi kos kepada mereka. Ini akan menjadikan IPT lebih tidak cemerlang dalam jangkamasa panjang. 

3. Pendidikan tinggi merupakan satu aktiviti pelaburan terhadap masa depan pelajar sendiri. Maka adalah wajar bagi mereka melabur (walaupun kini tidak secara seratus peratus, kerana subsidi kerajaan) untuk masa depan mereka. Jika ini tidak berlaku maka bererti rakyat akan menampung kos pembelajaran mereka. Ini merupakan satu bentuk pembiayaan rakyat yang tidak memberi menafaat secara lansung kepada kesemua pembayar cukai, kecuali hanya kepada mereka yang memasuki ke pengajian tinggi.

4. Kesan jangka masa panjang terhadap pendidikan tinggi percuma : Pelajar akan menganggap nilai pengajian tinggi adalah rendah tidak perlu bersaing untuk cemerlang, terutama sekali dalam mendapat pembiayaan biasiswa untuk melanjutkan pengajian.

5. Akan sampai satu masa kerajaan tidak boleh “sustain” dengan kos pembiayaan pengajian yang tinggi ini (kerana tiada Negara di dunia yang mampu memberikan pengajian tinggi secara percuma selama-lamanya) . Ini bermakna kerajaan akan menghadapi kesukaran untuk meyakinkan rakyat untuk membayar yuran pengajian tinggi.




Jom sama-sama kita fikirkan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...