Pages

Thursday, March 29, 2012

MAHASISWA USM INGIN BERHIMPUN BAGI TUNJUKKAN RASA TIDAK PUAS HATI!!!

Nah...Amik!!!

Salam Perjuangan untuk rakyat Palestin.

Tahniah kepada pihak penganjur yang akan mengadakan himpunan ini. HEBAT!!!

Mahasiswa USM dan di sebelah Zon Utara akan mengadakan Himpunan Solidariti Palestin Mahasiswa Utara bagi menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin. Di bawah adalah detail himpunan tersebut.


Tarikh : 30 Mac 2012 (ESOK)

Tempat : Universiti Sains Malaysia

Hari : Jumaat


Jom kita sokong kempen ini.

P/S : Ni x melibatkan batu nisan seperti segelintir pihak yang mengadakan demo dengan melibatkan batu nisan.

Tanah Masjid akan dijual di Pulau Pinang??


Gambar Hiasan


Tanah masjid akan dijual?? Biar betul ni?? Di Bayan Mutiara?? Jom Klik SINI, SINI dan SINI untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.

Wednesday, March 28, 2012

PTPTN akan dimansuhkan oleh kerajaan??

Hm...

Salam 1 Malaysia..

Cerita pada hari ini berkaitan PTPTN. Semua tau kan pasal PTPTN?? Ada isu terbaru pasal PTPTN ni. Jom kita layari blog ni, Klik SINI dan SINI.

MAHASISWA KANTOI DENGAN AKSI YANG BIADAP!!!

Siapakah mereka ini??

Ada juga mahasiswa yang kantoi dalam beberapa aktiviti mereka. Ish..Ish..Ish. Ingin tahu mereka kantoi di mana n apa yang mereka buat? Jom Klik SINI dan SINI.

Sahabat-sahabat  Laut Biru :


1. Teratak Bisu


2. Malaysia Bangkit


3. Bangsa Agung


4. Sarfarms


5. Suara Baru

Tuesday, March 27, 2012

Harga minyak naik semula??

Harga minyak di Malaysia kekal, subisidi naik 10 sen

Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana tetap mengekalkan harga minyak di Malaysia walaupun harga minyak dunia telah meningkat. Kerajaan juga telah meningkatkan subsidi sebanyak 10 sen. Lebih lanjut, Jom layari blog ini. Klik SINI.

3 LELAKI PALING BERTUAH DI MALAYSIA.SIAPAKAH MEREKA?

Siapakah 3 lelaki tersebut?


Yusri KRU

Jajai 

Siapa yg ketiga ni??

Anda ingin mendapatkan sebab apa 3 lelaki ni dianggap bertuah dan juga ingin tahu siapa orang ketiga?? Saya tidak tahu.Jom layari blog ni untuk dapatkan sebabnya. Klik SINI.

MAHASISWA BANGKIT!!!

Hidup Palestin!!!





Hebat!!! Itu ungkapan yang boleh diberikan kepada Kelab 1 Malaysia yang telah mengetuai Himpunan Solidariti Palestin bagi Zon Utara. Bagi saya, isu Palestin ini adalah satu isu yang perlu diberikan perhatian oleh umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Kekejaman yang telah dilakukan oleh regim Zionis terhadap rakyat Palestin pasti tidak dapat dimaafkan. Mari kita menyokong kempen yang telah dilakukan ini. Ingin dapatkan maklumat tentang kempen ini? Klik SINI. Jika kita ingin tunjukkan sokongan terhadap kempen ini, Jom tukar profile picture Facebook seperti ini, Klik SINI. Tu pun kalau berani.hehe

Sambil-sambil tu, Jom layari blog-blog ni. Klik SINI dan SINI.

Blogger politik kampus paling hangat!!!

Salam 1 Malaysia...

Hari ini saya akan memberikan beberapa cadangan blog politik kampus yang boleh dikunjungi oleh rakan2 bagi mengetahui isu-isu berkaitan politik kampus..Jom kita layari blog-blog mereka...










Ini adalah Cadangan beberapa blog yang boleh dilayari.Selamat melayari blog-blog ini..:)

Sunday, March 25, 2012

Ada orang meninggal dunia sewaktu demonstrasi??

Apa ni??

Satu demonstrasi telah diadakan pada hari Jumaat yang lepas di hadapan Bangunan Kementerian Pengajian Tinggi dan dengarnya ada batu nisan telah diberikan kepada pihak Kementerian. Siapa yang meninggal ni?

Hm...Siapa lelaki yang berbaju hitam dan memegang batu nisan tu??

Nak tahu lebih lanjut?? Klik SINI , SINI dan SINI.

Friday, March 23, 2012

Ini satu kejutan!!!Perlu tonton!!!




Seorang lelaki yang telah diletakkan di rumah anak yatim pada umur 3 tahun dan kemudian dia melarikan diri pada umur 5 tahun, kemudian selama 10 tahun, dia tidur di tangga dan tandas awam!!!Nyanyian dia sangat .................

Thursday, March 22, 2012

Selingan : Class B



Ini adalah selingan untuk satu drama Korea, High Dream 2. Video ini adalah berkenaan performance kumpulan ini yang bertajuk Class B..hehe

Siapa mereka ni??

Gasak??

Siapakah mereka ini? Apa itu Gasak??Adakah mereka ini rakan kepada SMM atau Pro-M atau Aspirasi?
Kita nantikan dalam post yang akan datang...Tunggu..

Kenanganku Bersamamu ..I luv u..;)


Kenanganku bersamamu...I luv u Majlis Perwakilan Pelajar USM Sidang akademik 2009/2010. Itu sahaja yang ku boleh ungkapkan dengan melihat gambar-gambar di bawah ini. Kepada sahabat-sahabat MPP 09/10 USM, teruskan perjuangan dan jangan kita putuskan ukhwah yang telah terbentuk. 

Bersama TNC HEP 2010, Dato Omar Osman

Menerima tugasan dari CM

Memberikan penerangan tentang tugasan

Berlari Beb...hahahah

Tgk ape tu??Masak je..hehe

Sedap..

Sempat lagi posing..

Amacam?ok tak?

Bermain dengan tepung...

Kumpulan kami..hehe

Cepat3!!!

Susahnya...

Kena tak tu?

Memberi perkongsian..

Hahaha...

Mendengar taklimat..

All right sir!!!

Mana nak cari duit ni??

Bersama Ex-VC dan Current VC

Program 2 Jam Tanpa Kenderaan Bermotor

Dalam Parlimen Mahasiswa..

Masih banyak lagi gambar dan kenangan bersama MPP USM 09/10 tapi cukup ini saja untuk dikongsi dalam entry kali ni. Apa yang ku belajar dalam MPP pastinya akan dibawa ke dunia luar..

-Semoga Mahasiswa Malaysia terus maju bersama Negara Tercinta-

Demonstrasi besar-besaran di Uitm??


Alhamdulillah sebentar tadi di Uitm Shah Alam telah berlangsung Majlis Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa dan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Program yang telah dihadiri lebih kurang 15 ribu - 20 ribu mahasiswa/i ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan..Jom kita tgk gambar-gambar yang telah ditangkap..

YAB PM berada di atas pentas bersama kepimpinan mahasiswa

Itu baru dalam dewan, belum tgk luar lagi

Bersama Ayahanda TNC USM dan Senior-senior

Demo ke ni??hehe

Terbaik


Tahniah atas pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang akan menunjangi aktiviti kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa/i di Malaysia. Semoga Mahasiswa Malaysia maju bersama negara tercinta.

Monday, March 19, 2012

GLOBAL MARCH TO JERUSALEM


Global March to Jerusalem
We unite for Palestine

Solidariti Mahasiswa untuk Palestin

Perarakan Kawasan : 17 Mac
Perarakan Kemuncak : 30 Mac, Stadium Melawati, Selangor

Hilang lagi?? Minta tolong rakan-rakan.

Keluarga Adik Fatihah
 Siti Nur Fatihah Mahadi 


Seorang pelajar perempuan dipercayai diculik ketika keluar bersama dua adiknya untuk membeli kad tambah nilai prabayar di sebuah kedai telefon bimbit berhampiran rumahnya di Taman Tas di sini semalam. Klik SINI.

Ibu mangsa, Nor Mala Mohd. Lazin, 34, berkata, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan keluar dari rumahnya pukul 12 tengah hari bersama dua adiknya, Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman masing-masing berusia 11 tahun.

Kata Nor Mala, dia terkejut apabila dua anak kembarnya itu pulang ke rumah sambil menangis memaklumkan kakak mereka dilarikan orang.

Mangsa dipercayai dilarikan dengan sebuah kereta jenis Honda berwarna gelap oleh tiga individu termasuk seorang wanita tidak dikenali, katanya di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Mahadi Muda di talian 019 9897807. 


P/S - Kita tidak mahu peristiwa Arwah Adik Dirang berulang semula. Mari rakan-rakan kita berusaha untuk membantu pihak keluarga mencari anak mereka.

Dengan Restu Allah, Ku pinang kau dengan Bismillah.

Gaji RM 2800 tidak perlukan ijazah..Siapa mahu??

Satu tugas khusus dikenakan gaji minimum sebanyak RM 700. Pekerjaan apa ini? Syarat baru dari kerajaan Indonesia yang inginkan pembantu rumah dari Indonesia menjalankan satu tugas khusus dengan gaji minimum sebanyak RM 700.


Gambar Hiasan




Walaupun syarat dinyatakan Ketua Pengarah Bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman, itu dianggap keterlaluan, malah tidak masuk akal, ia dilaporkan hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara Kerajaan Indonesia dan Malaysia. 


Gambar Hiasan


Keputusan rundingan itu antara lain menetapkan penghantaran pembantu rumah Indonesia akan mengikut kemahiran masing-masing dalam empat bidang tertentu iaitu memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua dan mengemas rumah.  


Untuk maklumat lanjut, klik SINI.


Ini bermaksud jika seorang pembantu rumah ingin melakukan 4 tugasan ini, gajinya ialah sebanyak RM 2800.Hebat...

Friday, March 16, 2012

Perjuangan untuk Palestin oleh Mahasiswa USM

Ahli panel sedang memberikan pandangan dalam perjuangan Palestin

Tahniah Mahasiswa USM kerana telah berjaya  menganjurkan Forum berkaitan dengan Isu Palestin. Tetapi ada juga yang mengecam tetapi pada pandangan saya walaupun usaha tu kecil, ia adalah satu usaha murni. Tahniah lagi sekali Mahasiswa USM. Saya berbangga menjadi bekas Mahasiswa USM. Jom klik SINI untuk dapatkan maklumat tentang program yang telah dijalankan.

Ish..Ish..Ish..Gelagat manusia dalam Dewan Rakyat.



Perbahasan mengenai isu kenyataan Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim yang dikatakan menyokong Israel menjadi hangat dalam Dewan Rakyat baru-baru ni. YB Khairy Jamaluddin cuba mendapatkan peluang untuk mencelah beberapa kali tetapi gagal diberikan laluan untuk mencelah.

Walaubagaimanapun, isu Palestin ini tidak boleh dipandang mudah kerana ia melibatkan maruah Agama Islam dan pastinya kita mahukan negara kita untuk terus menyokong Palestin dan menolak kewujudan negara Israel.Semoga Allah membantu rakyat Palestin dalam menentang kekejaman rejim Zionis.

Thursday, March 15, 2012

Tahukah Anda??

Bicara Kampus

Di manakah saya?hehe

Saudara Syamsul sebagai pengacara baru menggantikan Dr. Fazley


Tahukah anda?? Bicara Kampus yang dahulunya dikenali sebagai Suara Siswa akan mucul semula dalam TV 1 pada pukul 10 malam setiap hari Ahad. Pengacara barunya ialah saudara Syamsul yang dulu merupakan mantan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPM 2008/2009 dan juga merupakan Jurucakap Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) 2008/2009. Saudara Syamsul akan menggantikan Dr. Fazley untuk mengendalikan program ini.

Saya berpeluang untuk menjadi panel dalam rehearsel yang telah diadakan beberapa kali sebelum ini. Program ini pastinya akan menjadi platform kepada mahasiswa untuk menyuarakan pandangan mereka setelah setahun lebih program ini menghilang. Terima kasih kepada saudara Hazman, YDP MPP UTM yang juga merupakan Jurucakap Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) 2010/2011 yang telah membawa dan memperjuangkan perkara ini kepada pihak atasan.

Program ini akan bermula pada 1 April 2012 ini. Nantikan kemunculan program ini di kaca TV anda semua. Jika anda ingin mendapatkan update dari semasa ke semasa, sila layari FB Bicara Kampus, Klik SINI.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...