Pages

Thursday, March 15, 2012

Tahukah Anda??

Bicara Kampus

Di manakah saya?hehe

Saudara Syamsul sebagai pengacara baru menggantikan Dr. Fazley


Tahukah anda?? Bicara Kampus yang dahulunya dikenali sebagai Suara Siswa akan mucul semula dalam TV 1 pada pukul 10 malam setiap hari Ahad. Pengacara barunya ialah saudara Syamsul yang dulu merupakan mantan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPM 2008/2009 dan juga merupakan Jurucakap Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) 2008/2009. Saudara Syamsul akan menggantikan Dr. Fazley untuk mengendalikan program ini.

Saya berpeluang untuk menjadi panel dalam rehearsel yang telah diadakan beberapa kali sebelum ini. Program ini pastinya akan menjadi platform kepada mahasiswa untuk menyuarakan pandangan mereka setelah setahun lebih program ini menghilang. Terima kasih kepada saudara Hazman, YDP MPP UTM yang juga merupakan Jurucakap Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) 2010/2011 yang telah membawa dan memperjuangkan perkara ini kepada pihak atasan.

Program ini akan bermula pada 1 April 2012 ini. Nantikan kemunculan program ini di kaca TV anda semua. Jika anda ingin mendapatkan update dari semasa ke semasa, sila layari FB Bicara Kampus, Klik SINI.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...