Pages

Monday, March 19, 2012

Hilang lagi?? Minta tolong rakan-rakan.

Keluarga Adik Fatihah
 Siti Nur Fatihah Mahadi 


Seorang pelajar perempuan dipercayai diculik ketika keluar bersama dua adiknya untuk membeli kad tambah nilai prabayar di sebuah kedai telefon bimbit berhampiran rumahnya di Taman Tas di sini semalam. Klik SINI.

Ibu mangsa, Nor Mala Mohd. Lazin, 34, berkata, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan keluar dari rumahnya pukul 12 tengah hari bersama dua adiknya, Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman masing-masing berusia 11 tahun.

Kata Nor Mala, dia terkejut apabila dua anak kembarnya itu pulang ke rumah sambil menangis memaklumkan kakak mereka dilarikan orang.

Mangsa dipercayai dilarikan dengan sebuah kereta jenis Honda berwarna gelap oleh tiga individu termasuk seorang wanita tidak dikenali, katanya di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Mahadi Muda di talian 019 9897807. 


P/S - Kita tidak mahu peristiwa Arwah Adik Dirang berulang semula. Mari rakan-rakan kita berusaha untuk membantu pihak keluarga mencari anak mereka.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...