Pages

Tuesday, April 10, 2012

MAHASISWA MENYOKONG KEWUJUDAN PTPTN...


Video di atas menunjukkan bahawa mahasiswa/i sebenarnya menyokong kewujudan PTPTN.


Mahasiswa pada hari ini perlu matang dan berfikir secara rasional dalam melihat sesuatu isu atau perkara seperti isu pemansuhan PTPTN dan pendidikan Percuma. Hal ini kerana isu atau perkara ini melibatkan generasi pada masa hadapan. Jika kita inginkan perubahan perlulah melalui proses yang betul dan perlu berperingkat. Tindakan segelintir mahasiswa yang inginkan pemansuhan PTPTN dilihat sebagai tindakan yang kurang matang dan tidak rasional.

Adakah kita sedar duit PTPTN itu adalah duit rakyat dan perlu dipulangkan semula untuk kegunaan generasi pada masa hadapan dalam pengajian tinggi. Janganlah berasa ego dan sombong tindakan untuk mendesak pemansuhan PTPTN walhal masih belum tamat pengajian di peringkat universiti. Tamatkan pengajian dulu jika ingin 'berjuang'.

Masihkah kita ingat peristiwa Bersih 2.0, apabila beberapa orang pelajar luar negara yang mendapat tajaan daripada Kerajaan Negeri Terengganu telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu supaya tidak terlibat dalam Bersih 2.0. Tajaan mereka dikatakan akan ditarik tetapi mereka telah diberikan masa dan ruang untuk melakukan rayuan terhadap kes mereka. Apakah perasaan ibubapa mereka?

Dikhabarkan bahawa akan diadakan  satu lagi perhimpunan pemansuhan PTPTN dan Pendidikan Percuma oleh segelintir mahasiswa yang terlibat terus dengan parti pembangkang. Mahasiswa/i perlu berhati-hati dengan perhimpunan ini kerana perhimpunan ini dilihat cuba untuk mendapatkan political mileage dan kebanyakkan daripada mahasiswa yang terlibat terus dengan parti pembangkang ini bukannya mendapat pinjaman PTPTN. Jika ada mahasiswa yang rasa ingin turun juga, hati-hati kerana takut-takut, gambar anda ditangkap dan MUNGKIN JUGA  PINJAMAN PTPTN ANDA AKAN DITARIK SEPERTI DALAM BEBERAPA KES SEBELUM INI kerana terlibat dengan perhimpunan ini. Perkara seperti ini mungkin boleh berlaku.

Mahasiswa/i perlu menilai sesuatu perkara itu dengan rasional dan realistik. Setiap perkara itu perlulah melalui satu proses secara berperingkat.

2 comments:

PANGLIMA UMNO said...

Salam..rasenye x salah PTPTN dimansuhkan...Banyak giler hasil negara dengan CUKAI dan Harga barang SMAKIN NAIK...PENDIDIKAN percuma memang satu kewajipan kerajaan persekutuan..Ini y sy belajar dalam undang2x perlembagaan..maka ada logiknya..jika undang2x dipatuhi.yg jadikan pelajar peminjam selama ni...juga kerajaan..dan jika nak samakan pelajar tajaan dan peminjam...semua org ada kisah tersendiri..pelajar peminjam dapat PTPTN g check in dalam HOTEL..pergi masuk club...SO..SEKARANG X kisah tajaan or ptptn...yg penting PEMANSUHAN PTPTN ini..satu langkah yang baik...adakah kerana PEMBANGKANG usulkan..maka ianya jadi PERKARA mengarut..t bila kerjaan usulkan..maka ianya jadi perkara yang baik???..Iu isunya yg dimainkan oleh media Massa SEKARANG...

Anonymous said...

setiap pelajar yang memasuki IPTA/IPTS mendapat peluang pinjaman samada mahu atau tidak menrima..berbalik tntg masalah salah guna duit PTPTN itu kesilapan pljr itu sndiri..namun,kita perlu lihat sudut lain bg pljar yg benar2 menggunakan...negara Malaysia ni bukan kaya mana pun..namun dana bg pendidikan antara dana tertinggi yg kerajaann peruntukan,sekiranya PTPTN dimansuhkan bagaimana peluang anak2 miskin tp pandai yg mahu mlanjutkan plajaran?konsep PTPTN membantu semua kaum yg ingin mlnjutkan pelajaran bukan saja2 nak kasi...jgn kerana satu benda remeh,semua benda tergendala...isu PTPTN bukan besar tp hanya diperbesar2kan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...