Pages

Thursday, April 5, 2012

PEMANSUHAN PTPTN DAN PENDIDIKAN PERCUMA



Salam perjuangan,






Saya tertarik dengan isu Pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dimainkan dalam media massa dalam beberapa hari ini. Isu ini perlu dilihat kepentingannya kerana ia lebih melibatkan generasi pada masa hadapan dan juga masa hadapan pengajian tinggi.


Persoalannya ialah, adakah ia relevan dan boleh dilaksanakan di Malaysia?

Kerajaan pada hari ini sememangnya memberi pendidikan percuma dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat sekolah menengah. Contoh yang kita lihat di peringkat pengajian tinggi pula ialah di IPTA kadar yuran adalah murah jika diambil purata (Politeknik = rm 200 satu semester) (Diploma = rm300- rm500) (Sarjana Muda rm 600- rm1000).

Untuk makluman rakan-rakan, melalui pinjaman PTPTN ia hanya meliputi 1/4 daripada yuran dan yang selebihnya adalah untuk sara hidup dan duit makan. Sekiranya pendidikan percuma diberikan maka semua rakyat akan menuntut hak untuk masuk IPTA, maka kerajaan perlu menubuhkan lebih banyak IPTA dan sekaligus IPTS terhapus.

Kita perlu ingat bahawa kerajaan juga turut memberi subsidi kepada  rakyat dalam pelbagai sektor selain sektor pengajian tinggi seperti kesihatan, bahan mentah dan lain-lain lagi. Negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia juga mengenakan yuran terhadap pelajar universiti.Kita seharusnya ingat bahawa  sifat pinjaman PTPTN, ia bukan diwajibkan untuk diambil tapi ia adalah pilihan.
Sekiranya pelajar berjaya mendapat Ijazah Kelas Pertama maka ia boleh ditukar  menjadi biasiswa, bermaksud tidak perlu membayar semula pinjaman PTPTN.

Terdapat 5 Sebab yang perlu kita faham berkenaan IMPLIKASI pemansuhan PTPTN dan Pendidikan Percuma..


1. Yuran pendidikan merupakan antara sumber utama pendapatan universiti bagi menampung pembagunan universiti agar cemerlang (terutama IPTS). Pembangunan ini perlu jika universiti hendak memberikan pendidikan terbaik kepada pelajar. Jika yuran tidak dikenakan, maka universiti akan bergantung kepada satu sumber kewangan sahaja iaitu, kerajaan, yang sentiasa terbatas (kerana kerajaan terpaksa juga menampung agensi-agensi lain). Sukar bagi universiti untuk merancang kecemerlangan mereka jika mereka tiada kawalan terhadap sumber pendapatan mereka. Kesan jangka masa panjang, university Negara akan menjadi “mediocre”, tidak kompetitif dengan Negara maju. 

2. Keupayaan untuk menawarkan tempat pengajian ke IPT kepada pelajar akan menjadi terhad di atas kemampuan kewangan yang terhad. Pelajar mengulang akan bertambah ramai dan yang “overstay” juga akan bertambah ramai kerana tiada implikasi kos kepada mereka. Ini akan menjadikan IPT lebih tidak cemerlang dalam jangkamasa panjang. 

3. Pendidikan tinggi merupakan satu aktiviti pelaburan terhadap masa depan pelajar sendiri. Maka adalah wajar bagi mereka melabur (walaupun kini tidak secara seratus peratus, kerana subsidi kerajaan) untuk masa depan mereka. Jika ini tidak berlaku maka bererti rakyat akan menampung kos pembelajaran mereka. Ini merupakan satu bentuk pembiayaan rakyat yang tidak memberi menafaat secara lansung kepada kesemua pembayar cukai, kecuali hanya kepada mereka yang memasuki ke pengajian tinggi.

4. Kesan jangka masa panjang terhadap pendidikan tinggi percuma : Pelajar akan menganggap nilai pengajian tinggi adalah rendah tidak perlu bersaing untuk cemerlang, terutama sekali dalam mendapat pembiayaan biasiswa untuk melanjutkan pengajian.

5. Akan sampai satu masa kerajaan tidak boleh “sustain” dengan kos pembiayaan pengajian yang tinggi ini (kerana tiada Negara di dunia yang mampu memberikan pengajian tinggi secara percuma selama-lamanya) . Ini bermakna kerajaan akan menghadapi kesukaran untuk meyakinkan rakyat untuk membayar yuran pengajian tinggi.




Jom sama-sama kita fikirkan...

2 comments:

Anonymous said...

saya sangat setuju..kadangkala mahasiswa tidak berfikir secara rasional,bila diprovoke siket,mula la melatah,,kita kena berfikir secara menyeluruh..jangan hanya berfikiran sempit.

Hj Mohammad Hj Dit said...

PR boleh cadangkan apa sahaja untuk rakyat Malaysia. Tapai janji2 kosong. PR boleh menipu rakyat untuk sepanjang masa tetapi mereka tidak akan dapat menipu rakyat setiap masa.
Inilah PR yang telah muflis pemikaran waras. kalau dah moral ketua PR telah menjadi pelacuran murahan oleh rakyat Malaysia apa lagi yang mereka hendak laungkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...