Pages

Wednesday, May 30, 2012

PARLIMEN BELIA TIDAK RELEVAN???

Ahli-ahli Parlimen Belia (P) 


PARLIMEN BELIA TIDAK RELEVAN?? JOM KITA LAYARI PERBINCANGAN TENTANG PARLIMEN BELIA DI SINI.

Friday, May 25, 2012

PARLIMEN BELIA MALAYSIA!!!




Ahli-ahli Parlimen Belia Malaysia (P) 2012


        Golongan Belia di Malaysia ditakrifkan sebagai golongan yang berusia dari umur 15 tahun sehingga 40 tahun dan mengikut statistik rasmi  pada tahun 2010 menunjukkan bahawa golongan belia dianggarkan seramai 11.3 juta orang atau 41.1% daripada keseluruhan penduduk Malaysia yang berjumlah seramai 27.5 juta orang. Dengan jumlah sebesar ini, golongan belia harus dilihat sebagai satu golongan yang mempunyai kapasiti besar dalam menggerakkan pembangunan Negara.
      
        Terdapat pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh pihak  kerajaan terutamanya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam memperkasakan golongan belia seperti pengenalan Rakan Muda, Belia Mahir 1 Malaysia, Hari Belia Negara dan lain-lain lagi. Tidak dilupakan juga Majlis Belia Malaysia (MBM) yang telah memperkasakan belia dengan menyelaraskan pertubuhan-pertubuhan belia dan juga telah melakukan pelbagai program yang memenuhi aspirasi golongan belia.
      
Belia Bangsa Malaysia

        Saya sangat tertarik dengan satu inisiatif baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama  Majlis Belia Malaysia (MBM) iaitu Parlimen Belia Malaysia (PBM). Parlimen Belia Malaysia ini adalah salah satu daripada enam inisiatif yang terhasil daripada Makmal Transformasi Pembangunan Belia dan telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada tahun lepas semasa sambutan Hari Belia Negara yang lepas.
    
        Jadi baru-baru ini iaitu pada 8-11 Mei 2012, telah diadakan satu “mock” Parlimen Belia Malaysia di Kuala Lumpur yang telah diselaraskan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Umur untuk menjadi ahli dalam Parlimen Belia Malaysia ialah dari 18 tahun sehingga 30 tahun. Sesi-sesi seperti penerangan “standing order” dan “public hearing” diberikan terlebih dahulu sebelum  bermulanya “mock” Parlimen Belia Malaysia pada hari ketiga.
     
         Pada hari ketiga, “mock” Parlimen Belia Malaysia telah diadakan, bermula dari proses perbahasan usul sehinggalah pengundian. Terdapat 2 isu yang telah dibahaskan iaitu berkaitan Salah Laku Moral (LGBT) dan juga Sistem Pendidikan di Malaysia. Saya begitu tertarik dan kagum dengan perbahasan yang berlangsung kerana setiap ahli parlimen belia mempamerkan kematangan mereka dalam berhujah dan juga pro aktif dalam memberi pandangan mereka terhadap 2 isu tersebut.
       
Perbahasan
        
         Jadi saya melihat  terdapat 2 kepentingan yang dapat wujud pada Parlimen Belia Malaysia. Pertamanya ialah Pendidikan Demokrasi yang merangkumi pemahaman terhadap Sistem Demokrasi Berparlimen yang wujud di Malaysia. Keduanya ialah, Suara Belia dapat diangkat dalam mengukuhkan partisipasi dan pandangan belia berkaitan isu-isu nasional dan isu-isu tempatan dari perspektif belia itu sendiri.
     
        Jika dilihat pada Parlimen Belia di UK, Australia, Pakistan dan lain-lain lagi, saya boleh simpulkan bahawa 2 kepentingan yang saya nyatakan di atas wujud di parlimen belia masing-masing. Perbezaan yang mungkin wujud antara satu sama lain ialah dari segi strukutur  dan punca kuasa bagi parlimen belia itu. Saya yakin dan percaya bahawa 2 kepentingan yang wujud pada Parlimen Belia Malaysia iaitu Pendidikan Demokrasi dan Suara Belia  perlulah diperkukuhkan dan diserapkan ke dalam kalangan ahli-ahli Parlimen Belia itu sendiri.
  
       Keterbukaan pihak kerajaan dalam menerima cadangan penubuhan Parlimen Belia Malaysia ini seharusnya dipuji kerana budaya politik baru yang akan wujud dan lahir dari Parlimen Belia Malaysia ini pastinya akan dapat menghasilkan pemimpin-pemimpin negara pada masa hadapan yang dapat meneruskan legasi kepimpinan negara dan terus memajukan negara bersandarkan pada ilmu pengetahuan.
      
      Sesungguhnya harapan yang terletak pada Parlimen Belia Malaysia ini begitu tinggi kerana ia adalah satu titik permulaan sejarah dalam politik Malaysia.


Belia bakal pemimpin negara



AHMAD WAFI BIN SAHEDAN
SPEAKER PARLIMEN BELIA MALAYSIA (P) 2012

Monday, May 21, 2012

APA ITU NADIR BUMI?




Mineral nadir bumi secara relatifnya banyak didapati di permukaan bumi tetapi sukar dikeluarkan kerana sifat kimianya dan kedudukan tebaran geografi nadir bumi. Logam nadir bumi digunakan dalam pelbagai pembuatan produk seperti telefon bimbit, pemacu cakera, catalyc converter, turbin angin, bateri kereta hybrid dan paparan skrin rata. Permintaan dunia untuk nadir bumi meningkat pesat dan dijangka akan melebihi bekalan di masa hadapan. Sehingga kini, China menghasilkan sekitar 97% dari bekalan dunia.

Mineral nadir bumi sering dijumpai dalam bijih yang mengandungi sejumlah kecil unsur-unsur radioaktif seperti uranium dan thorium. Oleh itu, pengekstrakan nadir bumi menimbulkan beberapa isu kesihatan dan keselamatan.

Apakah kesannya terhadap kesihatan pekerja dan orang awam? Adakah selamat untuk mengangkut bahan-bahan mentah tersebut? Atau juga produk-produk yang telah siap diproses? Apa yang akan terjadi kepada sisa? Di mana dan bagaimana ia akan disimpan? Adakah ia akan menjejaskan kesihatan atau alam sekitar?

Dalam kehidupan seharian, manusia terdedah kepada radioaktif pada tahap yang sangat rendah. Thorium, misalnya, hadir secara semulajadi di dalam tanah, batuan, air permukaan (surface water) dan air bawah tanah, tanam-tanaman serta haiwan dalam ukuran dos yang sangat rendah. Pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi tahap keradioaktifan sebegini tidak menyebabkan ancaman terhadap kesihatan manusia.

Berapakah tahap radioaktif yang dianggap selamat? Had pendedahan radioaktif untuk orang ramai yang diterima pakai adalah 1 mSv / tahun, dalam beberapa aktiviti-aktiviti harian manusia adalah seperti berikut:

  • Merokok sebungkus rokok sehari: 150
  • Sinar-X perubatan atau pergigian: 0.39
  • Tidur di sebelah seseorang selama 8 jam: 0.02
  • Menonton televisyen 2 jam sehari: 0.01
  • Menggunakan terminal komputer: 0.001

(Sumber: United Nations Environment Protection Agency; US Department of Energy; Health Physics Society, United Nations Scientific Committee on the Effects of Atomic Radiation, 1993, 1996, 2000)


Sunday, May 20, 2012

FILEM PENDEK INI DITUJUKAN KEPADA SIAPA?



Filem pendek ini seakan-akan mempunyai tujuan dan matlamatnya tersendiri yang ingin ditujukan sesetengah pihak. Mungkin kita boleh menonton filem pendek dan menilainya kemudian.

SELAMAT MENONTON!!!

Wednesday, May 16, 2012

TERIMA KASIH GURU!!!



SIAPA PUN KITA SEKARANG SAMA ADA MENTERI, JURUTERA, DOKTOR, PEGAWAI KANAN KERAJAAN, ATLET, PENSYARAH, PENIAGA, ATAU LAIN-LAIN LAGI.
JANGAN LUPA JASA GURU KITA.
UCAPKAN TERIMA KASIH PADA GURU ANDA...


TERIMA KASIH GURU!!!!

Saturday, May 12, 2012

PAKATAN RAKYAT BOLEH MENDAPAT 51% BERBANDING BN HANYA 49% ???




Sekitar 49 peratus pengundi memilih Barisan Nasional (BN) sebagai parti keutamaan mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan diadakan bulan depan, berbanding 21 peratus yang mahu mengundi Pakatan Rakyat (PR).

Bagaimanapun hasil kajian yang dikendalikan baru-baru ini, dua minggu sebelum perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu, juga mendapati 30 peratus pengundi tidak pasti parti yang menjadi keutamaan mereka - yang dikategorikan sebagai pengundi atas pagar.

Dengan perkembangan itu, pengundi atas pagar dilihat mengalami peningkatan kali ini berbanding PRU12 dan dijangka akan memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan sesebuah parti pada PRU13.

Kajian itu dikendalikan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM antara 31 Mac dan 15 April lalu melibatkan 2,282 pengundi berdaftar di Semenanjung

PENGUNDI ATAS PAGAR MASIH LAGI MEMAINKAN PERANAN PENTING PADA PRU KALI KE-13 INI. 

BUATLAH PILIHAN YANG TEPAT SEMASA PENGUNDIAN PADA PRU KE-13 INI..:)

UMNO AKAN MENANG ATAU TIDAK BERGANTUNG PADA......

United Malays National Organisation (UMNO)

100K yang hadir dan membanjiri Stadium Bukit Jalil

Perhimpunan Aman di Stadium Bukit Jalil

Amanat Presiden UMNO

Tekun mendengar amanat kepimpinan UMNO


United Malays National Organisation (UMNO) ataupun dikenali sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu telah berusia 66 tahun pada hari ini. Parti UMNO yang telah menjadi tunjang atau tulang belakang Barisan Nasional (BN) sekian lamanya dalam mentadbir negara pastinya mencatat sejarah dalam berhimpun secara aman di Stadium Bukit Jalil dengan dihadiri seramai 100K lebih.

Pada pandangan saya sebagai orang muda, UMNO perlu melakukan transformasi tentang beberapa perkara untuk mengekalkan kemenangan atau menambahkan bilangan kerusi berbanding PRU ke-12.Antaranya

A) Calon yang diketengahkan perlulah orang yang dihormati oleh masyarakat dan mendapat sokongan masyarakat setempat.


B) Janji-janji pada PRU ke-12 yang telah dijanjikan oleh pihak UMNO terutamanya kepada mana-mana parlimen yang telah ditandingi perlulah diselesaikan ataupun dikurangkan.


C) Tidak wujud atau timbul istilah sabotaj dari dalam parti tetapi jentera pilihan raya perlulah memberikan sokongan padu terhadap calon yang telah dipilih.


D) Tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan diumumkan mestilah bersesuaian mengikut keadaan politik dan ekonomi negara.

Jika 4 perkara ini dapat dilakukan oleh UMNO, InsyaAllah UMNO akan dapat kekalkan kemenangannya pada PRU kali ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...