Pages

Monday, May 21, 2012

APA ITU NADIR BUMI?




Mineral nadir bumi secara relatifnya banyak didapati di permukaan bumi tetapi sukar dikeluarkan kerana sifat kimianya dan kedudukan tebaran geografi nadir bumi. Logam nadir bumi digunakan dalam pelbagai pembuatan produk seperti telefon bimbit, pemacu cakera, catalyc converter, turbin angin, bateri kereta hybrid dan paparan skrin rata. Permintaan dunia untuk nadir bumi meningkat pesat dan dijangka akan melebihi bekalan di masa hadapan. Sehingga kini, China menghasilkan sekitar 97% dari bekalan dunia.

Mineral nadir bumi sering dijumpai dalam bijih yang mengandungi sejumlah kecil unsur-unsur radioaktif seperti uranium dan thorium. Oleh itu, pengekstrakan nadir bumi menimbulkan beberapa isu kesihatan dan keselamatan.

Apakah kesannya terhadap kesihatan pekerja dan orang awam? Adakah selamat untuk mengangkut bahan-bahan mentah tersebut? Atau juga produk-produk yang telah siap diproses? Apa yang akan terjadi kepada sisa? Di mana dan bagaimana ia akan disimpan? Adakah ia akan menjejaskan kesihatan atau alam sekitar?

Dalam kehidupan seharian, manusia terdedah kepada radioaktif pada tahap yang sangat rendah. Thorium, misalnya, hadir secara semulajadi di dalam tanah, batuan, air permukaan (surface water) dan air bawah tanah, tanam-tanaman serta haiwan dalam ukuran dos yang sangat rendah. Pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi tahap keradioaktifan sebegini tidak menyebabkan ancaman terhadap kesihatan manusia.

Berapakah tahap radioaktif yang dianggap selamat? Had pendedahan radioaktif untuk orang ramai yang diterima pakai adalah 1 mSv / tahun, dalam beberapa aktiviti-aktiviti harian manusia adalah seperti berikut:

  • Merokok sebungkus rokok sehari: 150
  • Sinar-X perubatan atau pergigian: 0.39
  • Tidur di sebelah seseorang selama 8 jam: 0.02
  • Menonton televisyen 2 jam sehari: 0.01
  • Menggunakan terminal komputer: 0.001

(Sumber: United Nations Environment Protection Agency; US Department of Energy; Health Physics Society, United Nations Scientific Committee on the Effects of Atomic Radiation, 1993, 1996, 2000)


1 comment:

Anonymous said...

This is a businesѕ statistiс commonly used by professionals such aѕ physіcians.
Тhiѕ takes intо conѕideratiοn hoω each рlatfоrm works.
McGee might be able tо full-fіll their needs.



my homepage :: internet marketing courses online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...