Pages

Wednesday, March 14, 2012

3.8 juta isi rumah mendapat RM 1.92b

Utusan 13 Mac 2012

Kerajaan telah membelanjakan hampir RM 1.92b kepada 3.8 juta isi rumah dengan bertujuan untuk meringankan beban rakyat yang tergolong dalam golongan berpendapatan rendah di negara ini. Ini adalah satu usaha murni oleh pihak kerajaan dalam membantu rakyat di negara ini.

Tetapi perlu diingatkan juga bahawa BR1M ini ialah bantuan jangka pendek. Jadi kerajaan perlulah terus membantu rakyat dalam jangka masa panjang dari segi aspek pendidikan, sosial dan ekonomi. Bantuan yang dimaksudkan ialah pinjaman, subsidi dan lain-lain yang berkaitan kerana bantuan ini juga amat diperlukan rakyat yang berpendapatan rendah.

Kerajaan perlulah terus merasai nadi rakyat dan pada masa yang sama terus menjana pembangunan negara dan juga melibatkan orang muda dalam dasar-dasar kerajaan. Jika perkara ini terus berlaku, kerajaan akan sentiasa mendapat sokongan rakyat terutama generasi muda.

Tahniah pihak kerajaan!!

Al-Fatihah untuk Adik Nadirah

Adik Nadirah

Ibu kepada Adik Nadirah, Roselyn Alan

Adik Nadirah atau lebih mesra dipanggil sebagai Dirang telah disahkan oleh pihak polis meninggal dunia dalam satu siri pembunuhan yang kejam. Pembunuhan kejam adik Nadirah ini bukanlah satu siri pembunuhan yang bersifat lokal semata-mata tetapi ini lebih melibatkan sensitiviti masyarakat Malaysia. Hal ini kerana adik Nadirah baru berusia 5 tahun dan adik Nadirah seorang  kanak-kanak yang 'innocent'.

Mengimbas semula sewaktu kehilangan adik Nadirah, adik Nadirah telah pergi ke kedai bersendirian dengan membawa bersamanya RM 4 dan sekeping nota bertulis mi segera dan telur RM 2 berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, Johor. Tetapi selepas 12 hari kehilangan adik Nadirah, rangka manusia rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai , Masai pada Khamis lalu ialah adik Nadirah.

Menurut ibu bapa adik Nadirah, mereka telah diugut oleh penculik yang ingin meminta tebusan dan mengugut untuk membunuh adik Nadirah jika tidak diberikan wang tebusan.Malangnya Roselyn Alan dan Lima Medeng iaitu ibubapa kepada adik Nadirah bukanlah jutawan atau hartawan tetapi hanya rakyat biasa yang hidup dalam keadaan 'sekadar ala cukup'. Akhirnya adik Nadirah telah dibunuh dengan kejam.

Kejadian ini membuktikan struktur masyarakat di Malaysia masih belum cukup kukuh dan kuat. Adakah nilai-nilai murni telah berkurangan dalam masyarakat Malaysia? Ataupun kejadian ini adalah kes terpencil? Pastinya, kita tidak mahu ada kes seperti ini berlaku untuk kali kedua dan terus menjadi budaya yang kurang sihat dalam masyarakat kita.

Tanggungjawab :

  • Kerajaan perlulah terus mengambil langkah pencegahan untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang lagi sekali. 
  • Di peringkat rukun tetangga pula, semangat kejiranan perlu dipupuk semula bagi memastikan nilai-nilai murni wujud dalam rukun tetangga. 
  • Setiap keluarga yang mempunyai kanak-kanak perlulah memastikan keselamatan anak mereka apabila berada di luar rumah.

Kita sebagai masyarakat Malaysia perlulah peka dan sensitif terhadap isu-isu yang berkaitan kemanusiaan. Mungkin kejadian ini boleh menimpa keluarga kita ataupun orang yang terdekat dengan kita.Wallahualam.
Saya ucapkan takziah kepada keluarga Encik Lima Medeng dan Puan Roselyn Alan atas pemergian adik Nadirah. Semoga pembunuh akan mendapat balasan dunia dan juga akhirat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...