Pages

Thursday, March 15, 2012

Tahukah Anda??

Bicara Kampus

Di manakah saya?hehe

Saudara Syamsul sebagai pengacara baru menggantikan Dr. Fazley


Tahukah anda?? Bicara Kampus yang dahulunya dikenali sebagai Suara Siswa akan mucul semula dalam TV 1 pada pukul 10 malam setiap hari Ahad. Pengacara barunya ialah saudara Syamsul yang dulu merupakan mantan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPM 2008/2009 dan juga merupakan Jurucakap Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) 2008/2009. Saudara Syamsul akan menggantikan Dr. Fazley untuk mengendalikan program ini.

Saya berpeluang untuk menjadi panel dalam rehearsel yang telah diadakan beberapa kali sebelum ini. Program ini pastinya akan menjadi platform kepada mahasiswa untuk menyuarakan pandangan mereka setelah setahun lebih program ini menghilang. Terima kasih kepada saudara Hazman, YDP MPP UTM yang juga merupakan Jurucakap Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) 2010/2011 yang telah membawa dan memperjuangkan perkara ini kepada pihak atasan.

Program ini akan bermula pada 1 April 2012 ini. Nantikan kemunculan program ini di kaca TV anda semua. Jika anda ingin mendapatkan update dari semasa ke semasa, sila layari FB Bicara Kampus, Klik SINI.

Berpecah kepada dua kerana "orang ketiga"



Gerakan mahasiswa yang pro pembangkang dikatakan mula mengalami keretakan akibat "orang ketiga". Siapakah "orang ketiga" itu? Apakah kaitan antara ketiga-tiga pertubuhan di atas? Maklumat lanjut, Klik SINI.

Ish...Ish...Ish...Apa yang berlaku ni sebenarnya?




Video di atas adalah salah satu sidang dalam Dewan Rakyat yang telah membincangkan isu kenyataan Ketua Pembangkang berkenaan isu Palestin-Israel. Malangnya Menteri Luar Negeri, Dato Sri Anifah Aman telah dihalang oleh segelinitir YB daripada menjawab soalan daripada seorang YB berkenaan isu kenyataan Ketua Pembangkang berkenaan Palestin-Israel.

Budaya yang baik seperti menghormati orang lain dan berhemah telah hilang dalam perbahasan Dewan Rakyat dalam sidang ini. Anak-anak muda yang ada pada hari ini pastinya tidak mahukan perbahasan yang tidak sihat berlaku dalam Dewan Rakyat yang mulia ini.

Semoga Dewan Rakyat dapat digunakan untuk membela rakyat bukannya demi kepentingan pihak tertentu. Walaupun berada dalam perbahasan, jangan diketepikan budaya yang sihat seperti menghormati orang lain dan berhemah dalam berhujah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...