Pages

Monday, March 19, 2012

GLOBAL MARCH TO JERUSALEM


Global March to Jerusalem
We unite for Palestine

Solidariti Mahasiswa untuk Palestin

Perarakan Kawasan : 17 Mac
Perarakan Kemuncak : 30 Mac, Stadium Melawati, Selangor

Hilang lagi?? Minta tolong rakan-rakan.

Keluarga Adik Fatihah
 Siti Nur Fatihah Mahadi 


Seorang pelajar perempuan dipercayai diculik ketika keluar bersama dua adiknya untuk membeli kad tambah nilai prabayar di sebuah kedai telefon bimbit berhampiran rumahnya di Taman Tas di sini semalam. Klik SINI.

Ibu mangsa, Nor Mala Mohd. Lazin, 34, berkata, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan keluar dari rumahnya pukul 12 tengah hari bersama dua adiknya, Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman masing-masing berusia 11 tahun.

Kata Nor Mala, dia terkejut apabila dua anak kembarnya itu pulang ke rumah sambil menangis memaklumkan kakak mereka dilarikan orang.

Mangsa dipercayai dilarikan dengan sebuah kereta jenis Honda berwarna gelap oleh tiga individu termasuk seorang wanita tidak dikenali, katanya di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Mahadi Muda di talian 019 9897807. 


P/S - Kita tidak mahu peristiwa Arwah Adik Dirang berulang semula. Mari rakan-rakan kita berusaha untuk membantu pihak keluarga mencari anak mereka.

Dengan Restu Allah, Ku pinang kau dengan Bismillah.

Gaji RM 2800 tidak perlukan ijazah..Siapa mahu??

Satu tugas khusus dikenakan gaji minimum sebanyak RM 700. Pekerjaan apa ini? Syarat baru dari kerajaan Indonesia yang inginkan pembantu rumah dari Indonesia menjalankan satu tugas khusus dengan gaji minimum sebanyak RM 700.


Gambar Hiasan




Walaupun syarat dinyatakan Ketua Pengarah Bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman, itu dianggap keterlaluan, malah tidak masuk akal, ia dilaporkan hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara Kerajaan Indonesia dan Malaysia. 


Gambar Hiasan


Keputusan rundingan itu antara lain menetapkan penghantaran pembantu rumah Indonesia akan mengikut kemahiran masing-masing dalam empat bidang tertentu iaitu memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua dan mengemas rumah.  


Untuk maklumat lanjut, klik SINI.


Ini bermaksud jika seorang pembantu rumah ingin melakukan 4 tugasan ini, gajinya ialah sebanyak RM 2800.Hebat...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...