Pages

Thursday, October 31, 2013

VIDEO YANG HARUS DITONTON

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada rakan-rakan semua. Saya mohon maaf jika sudah lama tidak update blog ini. Lepas ini, saya akan mulakan semula untuk menulis dalam blog ini. Mohon tunjuk ajar rakan-rakan semua. Sebagai permulaan, ini adalah video yang harus ditonton oleh semua orang.
Adioss

Sunday, May 5, 2013

SIAPA KENAL NAJIB RAZAK???

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Hari ini pastinya menjadi detik bersejarah kepada rakyat Malaysia kerana hari ini rakyat Malaysia diberi peluang untuk memilih semula kerajaan bagi mentadbir negara ini serta negeri-negeri dalam Malaysia.

Kerajaan Barisan Nasional telah mentadbir negara hampir 56 tahun dan dalam tempoh ini, kita dapat lihat pelbagai pembangunan yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional. Walaupun begitu, setiap orang pasti berbeza pandangan dan perspektif. Ada yang memandang kepada keburukkan berbanding kebaikkan dan ada juga yang memandang kebaikkan berbanding keburukkan di bawah pentadbiran Kerajaan BN selama ini. Itu saya serahkan kepada rakan-rakan untuk menilai.

Datuk Seri Najib Razak telah menjadi Perdana Menteri lebih kurang 4 tahun dan dalam tempoh ini, kita dapat lihat pelbagai langkah yang telah diambil oleh beliau untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Sebagai contoh, Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) yang telah dilaksanakan dan masih terus diperluaskan pastinya memberi keuntungan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Golongan Mahasiswa/i juga tidak terlepas mendapat manfaat apabila Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) RM 250 diberikan kepada setiap mahasiswa/i tidak mengira agama, bangsa dan latarbelakang. Matlamatnya adalah bagi memastikan mahasiswa/i dapat menggunakan baucar ini untuk membeli buku-buku bagi membantu dalam pelajaran atau yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan.

Saya hanya ingin mengambil 2 contoh ini kerana ia adalah sangat dekat kepada orang muda. Saya begitu yakin dan percaya jika peluang diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak, beliau pasti dapat melakukan dengan lebih baik dengan sokongan rakyat kepada beliau.

Bukanlah niat saya untuk menidakkan peluang kepada PR tetapi dalam tempoh 4 tahun ini, saya dapat lihat usaha dan kerja keras Datuk Seri  Najib Razak dalam mentadbir negara. Jadi saya berpendapat peluang sepatutnya diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk terus mentadbir negara  dengan mandat penuh dari rakyat.

Demi keamanan, kestabilan, dan kesejahteraan, Buatlah pilihan yang tepat. Selamat Mengundi Rakan-rakan...:)

Wednesday, April 17, 2013

KEPIMPINAN TERESA KOK DAP DIPUJI DI SELANGOR??

Salam 1 Malaysia semua,

Hari ini saya terjumpa satu video berkaitan Teresa Kok dari DAP. Dikatakan beliau sangat 'baik' terhadap ibu-ibu tunggal. Jom tonton video ini. Klik SINI

Sekian

Monday, March 25, 2013

VIDEO YANG BAKAL MENITISKAN AIR MATA KITA...



TONTON DAN HAYATI VIDEO INI...DEMI KEAMANAN, KESTABILAN DAN KEHARMONIAN NEGARA, MEREKA SANGGUP BERJUANG...

MARI KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH..

Sunday, March 24, 2013

DEMONSTRASI BESAR-BESARAN DI PULAU PINANG? SIAPA DALANGNYA?



Salam perjuangan semua,

Saya mendapat khabar bahawa petang ini akan satu Himpunan kebangkitan Rakyat Pulau Pinang  secara besar-besaran di Padang Kota. Siapakah dalangnya? Sesiapa yang ingin tahu boleh pergi kesana dan melihatnya sendiri.

Jom pergi ke sana!!!

Saturday, March 23, 2013

UNDI ATAU TIDAK?

Salam rakan-rakan,

Saya ingin mohon kerjasama daripada rakan-rakan bagi membantu saya untuk mengundi di blog saya bagi melihat kecenderungan rakan-rakan dalam PRU ke-13 ini. Kerjasama anda semua sangat dihargai..:)

Sekian Wassalam..

Thursday, January 17, 2013

ARTIKEL KHAS BUAT UNTUK YDP MPP USM

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua.

Saya hanya ingin memberikan sedikit analisa saya tentang kenyataan YDP MPPUSM iaitu Saudara Ammar Aziz dalam isu Sharifah-Bawani. Bagi memudahkan pemahaman tentang kenyataan ini, Saya akan bahagikan kenyataan Saudara Ammar ini kepada 2 bahagian iaitu
a) Bahagian pertama - Pandangan Saudara Ammar dalam isu Sharifah-Bawani
b) Bahagian Kedua - Saranan, cadangan dan peringatan Saudara Ammar

Berikut adalah kenyataan beliau dalam isu Sharifah-Bawani,


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Saya yakin majoriti daripada rakan-rakan saya sedia maklum dengan isu video “Listen” yang sedang hangat diperkatakan. Justeru, saya terus pada pandangan dan saranan saya mengenai isu ini.

(Bahagian Pertama)

Secara asasnya kandungan video berdurasi lebih kurang 19 minit 56 saat lebih tertumpu pada beberapa perkara. Pertama ialah merujuk pada soalan Saudari Bawani mengenai pendidikan percuma. Kemudian, tatacara semasa melontarkan soalan yang dilihat agak kurang sopan dengan menjerit-jerit. Selepas itu, tindakan moderator forum Saudari Sharifah Zohrah yang menarik mikrofon daripada Saudari Bawani yang dilihat sebagai kurang profesional dalam sebuah forum. Dan akhir sekali, perbandingan darjat pendidikan dan sikap hormat-menghormati antara dua pihak oleh moderator sendiri.

Pada hemat saya, mengapa isu ini semakin kerap, hebat dijulang, dipertikaikan sehingga menimbulkan pertikaian antara fakta sehingga menyebabkan pertelingkahan di akhirnya? Sebagai modal insan yang arif dan pandai menilai sendiri, sudah pasti ada yang akan menyatakan pendirian bahawa kedua-dua pihak ada salah masing-masing. Ada juga yang memenangkan satu pihak sahaja. Namun, bagi saya, kedua-dua pihak ada kesilapan yang telah dibuat.

(Bahagian Kedua)

Cukup, tinggalkan video tersebut. Maka, saya ingin menyeru rakan-rakan di luar sana untuk turut memandang pada isu-isu yang “tenggelam” sebentar dek isu ini. Di mana pula letaknya isu penggunaan kalimah Allah? Ataupun semangat kita ke arah aktiviti kemanusiaan di Gaza, Syiria dan sebagainya?

Apa kata, berhenti pandai menaip di alam maya untuk kita sama-sama sertai aktiviti kesukarelaan yang akan menjadi tumpuan pada 2013. Bukan niat untuk mengalih isu, namun lebih baik kiranya kita bersatu demi masa hadapan. Kurangkan jurang dek perbezaan pemahaman, marilah kita bersatu dan bukannya sibuk dengan hal-hal seperti ini. Jika ditanya, “Sampai bilakah isu ini akan berlarutan? Tiga hari? Seminggu?” Pasti tak terjawab kerana polemiknya akan berterusan selagi kita terus begini.


“Cukuplah menaip di alam maya, taburkan budi di alam nyata kepada mereka yang memerlukan”


MUHAMMAD ‘AMMAR BIN MOHD AZIZ
YDP MPP USM


Dalam kenyataan beliau ini, melalui perspektif saya, saya dapat melihat beberapa perkara penting yang telah ditekankan oleh Saudara Ammar dalam isu ini.

a) Bahagian Pertama 

Mari kita lihat petikan ayat dari kenyataan Saudara Ammar ini,

"Namun, bagi saya, kedua-dua pihak ada kesilapan yang telah dibuat."

Saudara Ammar telah menyatakan di sini bahawa KEDUA-DUA PIHAK ADA KESALAHAN MASING-MASING. Jadi beliau bukanlah memihak kepada sesiapa pun dalam hal ini kerana beliau telah nyatakan kesalahan kedua-dua pihak ini dalam petikan daripada kenyataan beliau ini, 

"Pertama ialah merujuk pada soalan Saudari Bawani mengenai pendidikan percuma. Kemudian, tatacara semasa melontarkan soalan yang dilihat agak kurang sopan dengan menjerit-jerit. Selepas itu, tindakan moderator forum Saudari Sharifah Zohrah yang menarik mikrofon daripada Saudari Bawani yang dilihat sebagai kurang profesional dalam sebuah forum."

Saudara Ammar secara terbuka menegur adab Saudari Bawani dalam bertanya soalan yang dilihat kurang sopan dan juga sikap kurang profesional Saudari Sharifah dalam mengendalikan sesi Q n A dalam forum tersebut. Jadi saya lihat di situ fair and square sebab kesalahan kedua-dua mereka ini jelas dalam video tersebut.

Dalam Bahagian Pertama ini, kita boleh simpulkan,

Saudara Ammar dengan jelas dan nyata menyatakan kedua-dua mereka bersalah disebabkan sikap Saudari Sharifah yang tidak profesional dan juga sikap Saudari Bawani yang kurang beradab.


b) Bahagian Kedua


Pada pandangan saya Bahagian Kedua ini yang telah menyebabkan ramai pihak marah dan melenting pada Saudara Ammar ini. Petikan kenyataan yang pertama dalam Bahagian Kedua ini iaitu

"Cukup, tinggalkan video tersebut. Maka, saya ingin menyeru rakan-rakan di luar sana untuk turut memandang pada isu-isu yang “tenggelam” sebentar dek isu ini. Di mana pula letaknya isu penggunaan kalimah Allah? Ataupun semangat kita ke arah aktiviti kemanusiaan di Gaza, Syiria dan sebagainya?"

Saudara Ammar dalam petikan kenyataan ini  telah menyatakan bahawa video isu Sharifah-Bawani perlu ditinggalkan. Tetapi saya melihat saudara Ammar tidak mahu memperbesarkan isu ini kerana isu ini seharusnya boleh diselesaikan melalui KAEDAH DIPLOMASI antara kedua-dua individu ini dengan pihak UUM mengambil peranan sebagai orang tengah. Jika isu ini terus dimainkan dalam media tanpa penyelesaian yang diambil oleh kedua-dua individu, maka ia tidak akan ke mana-mana. Kemudian, Saudara Ammar telah menimbulkan persoalan-persoalan yang lebih besar iaitu berkaitan isu penggunaan kalimah Allah dan aktiviti kemanusiaan di Gaza. Bagi saya, Saudara Ammar cuba menyedarkan mahasiswa/i terdapat juga isu-isu lain yang perlu diberi perhatian selain daripada isu Sharifah-Bawani.

"Apa kata, berhenti pandai menaip di alam maya untuk kita sama-sama sertai aktiviti kesukarelaan yang akan menjadi tumpuan pada 2013. Bukan niat untuk mengalih isu, namun lebih baik kiranya kita bersatu demi masa hadapan. Kurangkan jurang dek perbezaan pemahaman, marilah kita bersatu dan bukannya sibuk dengan hal-hal seperti ini. Jika ditanya, “Sampai bilakah isu ini akan berlarutan? Tiga hari? Seminggu?” Pasti tak terjawab kerana polemiknya akan berterusan selagi kita terus begini."

Dalam petikan kenyataan ini, saya melihat Saudara Ammar cuba menyarankan isu ini tidak terus dimainkan dan dimanipulasi dalam media baru tetapi selesaikannya dengan KAEDAH DIPLOMASI.
Penyelesaian secara bersemuka pastinya akan dapat menyelesaikan perkara ini.  Saudara Ammar telah menyatakan bukan niat beliau untuk mengalih dari isu ini tapi ada perkara yang lebih besar perlu dilihat pada masa hadapan.

Dalam Bahagian Kedua ini, Kita boleh simpulkan bahawa

Saudara Ammar mungkin berpandangan isu Sharifah-Bawani ini perlu diselesaikan secara bersemuka dan tidak perlu diperbesarkan kerana ia melibatkan kesalahan daripada kedua-dua pihak. Saudara Ammar juga mengajak mahasiswa/i untuk melihat aktiviti kesukarelawanan sebagai satu kaedah untuk menyumbang kepada masyarakat.


Jadi kenapa begitu ramai pihak yang marah dan tidak berpuas hati dengan kenyataan Saudara Ammar ini sehingga mencaci dan memaki hamun beliau berkenaan kenyataan beliau ini? Mudah saja. Apabila anda membaca kenyataan seseorang, perlu dibaca dengan pemahaman yang teliti. Jika terdapat kelemahan Saudara Ammar dalam memberikan kenyataan, tegur dan nasihati beliau dengan cara yang baik.

Saya berharap semua pihak boleh menghormati kenyataan beliau ini dan jangan dilakukan 'spinning' yang begitu jauh dan tersasar tentang kenyataan beliau ini. Ini adalah hasil analisa saya dan perspektif saya.

P/S : SAUDARA AMMAR BOLEH MEMBERIKAN PENJELASAN SEMULA JIKA PERLU TENTANG KENYATAAN BELIAU BERKENAAN ISU SHARIFAH-BAWANI BAGI MENGELAKKAN KEKELIRUAN BAGI YANG KURANG MEMAHAMI TENTANG ISU INI.

Sekian




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...