Pages

Thursday, January 17, 2013

ARTIKEL KHAS BUAT UNTUK YDP MPP USM

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua.

Saya hanya ingin memberikan sedikit analisa saya tentang kenyataan YDP MPPUSM iaitu Saudara Ammar Aziz dalam isu Sharifah-Bawani. Bagi memudahkan pemahaman tentang kenyataan ini, Saya akan bahagikan kenyataan Saudara Ammar ini kepada 2 bahagian iaitu
a) Bahagian pertama - Pandangan Saudara Ammar dalam isu Sharifah-Bawani
b) Bahagian Kedua - Saranan, cadangan dan peringatan Saudara Ammar

Berikut adalah kenyataan beliau dalam isu Sharifah-Bawani,


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Saya yakin majoriti daripada rakan-rakan saya sedia maklum dengan isu video “Listen” yang sedang hangat diperkatakan. Justeru, saya terus pada pandangan dan saranan saya mengenai isu ini.

(Bahagian Pertama)

Secara asasnya kandungan video berdurasi lebih kurang 19 minit 56 saat lebih tertumpu pada beberapa perkara. Pertama ialah merujuk pada soalan Saudari Bawani mengenai pendidikan percuma. Kemudian, tatacara semasa melontarkan soalan yang dilihat agak kurang sopan dengan menjerit-jerit. Selepas itu, tindakan moderator forum Saudari Sharifah Zohrah yang menarik mikrofon daripada Saudari Bawani yang dilihat sebagai kurang profesional dalam sebuah forum. Dan akhir sekali, perbandingan darjat pendidikan dan sikap hormat-menghormati antara dua pihak oleh moderator sendiri.

Pada hemat saya, mengapa isu ini semakin kerap, hebat dijulang, dipertikaikan sehingga menimbulkan pertikaian antara fakta sehingga menyebabkan pertelingkahan di akhirnya? Sebagai modal insan yang arif dan pandai menilai sendiri, sudah pasti ada yang akan menyatakan pendirian bahawa kedua-dua pihak ada salah masing-masing. Ada juga yang memenangkan satu pihak sahaja. Namun, bagi saya, kedua-dua pihak ada kesilapan yang telah dibuat.

(Bahagian Kedua)

Cukup, tinggalkan video tersebut. Maka, saya ingin menyeru rakan-rakan di luar sana untuk turut memandang pada isu-isu yang “tenggelam” sebentar dek isu ini. Di mana pula letaknya isu penggunaan kalimah Allah? Ataupun semangat kita ke arah aktiviti kemanusiaan di Gaza, Syiria dan sebagainya?

Apa kata, berhenti pandai menaip di alam maya untuk kita sama-sama sertai aktiviti kesukarelaan yang akan menjadi tumpuan pada 2013. Bukan niat untuk mengalih isu, namun lebih baik kiranya kita bersatu demi masa hadapan. Kurangkan jurang dek perbezaan pemahaman, marilah kita bersatu dan bukannya sibuk dengan hal-hal seperti ini. Jika ditanya, “Sampai bilakah isu ini akan berlarutan? Tiga hari? Seminggu?” Pasti tak terjawab kerana polemiknya akan berterusan selagi kita terus begini.


“Cukuplah menaip di alam maya, taburkan budi di alam nyata kepada mereka yang memerlukan”


MUHAMMAD ‘AMMAR BIN MOHD AZIZ
YDP MPP USM


Dalam kenyataan beliau ini, melalui perspektif saya, saya dapat melihat beberapa perkara penting yang telah ditekankan oleh Saudara Ammar dalam isu ini.

a) Bahagian Pertama 

Mari kita lihat petikan ayat dari kenyataan Saudara Ammar ini,

"Namun, bagi saya, kedua-dua pihak ada kesilapan yang telah dibuat."

Saudara Ammar telah menyatakan di sini bahawa KEDUA-DUA PIHAK ADA KESALAHAN MASING-MASING. Jadi beliau bukanlah memihak kepada sesiapa pun dalam hal ini kerana beliau telah nyatakan kesalahan kedua-dua pihak ini dalam petikan daripada kenyataan beliau ini, 

"Pertama ialah merujuk pada soalan Saudari Bawani mengenai pendidikan percuma. Kemudian, tatacara semasa melontarkan soalan yang dilihat agak kurang sopan dengan menjerit-jerit. Selepas itu, tindakan moderator forum Saudari Sharifah Zohrah yang menarik mikrofon daripada Saudari Bawani yang dilihat sebagai kurang profesional dalam sebuah forum."

Saudara Ammar secara terbuka menegur adab Saudari Bawani dalam bertanya soalan yang dilihat kurang sopan dan juga sikap kurang profesional Saudari Sharifah dalam mengendalikan sesi Q n A dalam forum tersebut. Jadi saya lihat di situ fair and square sebab kesalahan kedua-dua mereka ini jelas dalam video tersebut.

Dalam Bahagian Pertama ini, kita boleh simpulkan,

Saudara Ammar dengan jelas dan nyata menyatakan kedua-dua mereka bersalah disebabkan sikap Saudari Sharifah yang tidak profesional dan juga sikap Saudari Bawani yang kurang beradab.


b) Bahagian Kedua


Pada pandangan saya Bahagian Kedua ini yang telah menyebabkan ramai pihak marah dan melenting pada Saudara Ammar ini. Petikan kenyataan yang pertama dalam Bahagian Kedua ini iaitu

"Cukup, tinggalkan video tersebut. Maka, saya ingin menyeru rakan-rakan di luar sana untuk turut memandang pada isu-isu yang “tenggelam” sebentar dek isu ini. Di mana pula letaknya isu penggunaan kalimah Allah? Ataupun semangat kita ke arah aktiviti kemanusiaan di Gaza, Syiria dan sebagainya?"

Saudara Ammar dalam petikan kenyataan ini  telah menyatakan bahawa video isu Sharifah-Bawani perlu ditinggalkan. Tetapi saya melihat saudara Ammar tidak mahu memperbesarkan isu ini kerana isu ini seharusnya boleh diselesaikan melalui KAEDAH DIPLOMASI antara kedua-dua individu ini dengan pihak UUM mengambil peranan sebagai orang tengah. Jika isu ini terus dimainkan dalam media tanpa penyelesaian yang diambil oleh kedua-dua individu, maka ia tidak akan ke mana-mana. Kemudian, Saudara Ammar telah menimbulkan persoalan-persoalan yang lebih besar iaitu berkaitan isu penggunaan kalimah Allah dan aktiviti kemanusiaan di Gaza. Bagi saya, Saudara Ammar cuba menyedarkan mahasiswa/i terdapat juga isu-isu lain yang perlu diberi perhatian selain daripada isu Sharifah-Bawani.

"Apa kata, berhenti pandai menaip di alam maya untuk kita sama-sama sertai aktiviti kesukarelaan yang akan menjadi tumpuan pada 2013. Bukan niat untuk mengalih isu, namun lebih baik kiranya kita bersatu demi masa hadapan. Kurangkan jurang dek perbezaan pemahaman, marilah kita bersatu dan bukannya sibuk dengan hal-hal seperti ini. Jika ditanya, “Sampai bilakah isu ini akan berlarutan? Tiga hari? Seminggu?” Pasti tak terjawab kerana polemiknya akan berterusan selagi kita terus begini."

Dalam petikan kenyataan ini, saya melihat Saudara Ammar cuba menyarankan isu ini tidak terus dimainkan dan dimanipulasi dalam media baru tetapi selesaikannya dengan KAEDAH DIPLOMASI.
Penyelesaian secara bersemuka pastinya akan dapat menyelesaikan perkara ini.  Saudara Ammar telah menyatakan bukan niat beliau untuk mengalih dari isu ini tapi ada perkara yang lebih besar perlu dilihat pada masa hadapan.

Dalam Bahagian Kedua ini, Kita boleh simpulkan bahawa

Saudara Ammar mungkin berpandangan isu Sharifah-Bawani ini perlu diselesaikan secara bersemuka dan tidak perlu diperbesarkan kerana ia melibatkan kesalahan daripada kedua-dua pihak. Saudara Ammar juga mengajak mahasiswa/i untuk melihat aktiviti kesukarelawanan sebagai satu kaedah untuk menyumbang kepada masyarakat.


Jadi kenapa begitu ramai pihak yang marah dan tidak berpuas hati dengan kenyataan Saudara Ammar ini sehingga mencaci dan memaki hamun beliau berkenaan kenyataan beliau ini? Mudah saja. Apabila anda membaca kenyataan seseorang, perlu dibaca dengan pemahaman yang teliti. Jika terdapat kelemahan Saudara Ammar dalam memberikan kenyataan, tegur dan nasihati beliau dengan cara yang baik.

Saya berharap semua pihak boleh menghormati kenyataan beliau ini dan jangan dilakukan 'spinning' yang begitu jauh dan tersasar tentang kenyataan beliau ini. Ini adalah hasil analisa saya dan perspektif saya.

P/S : SAUDARA AMMAR BOLEH MEMBERIKAN PENJELASAN SEMULA JIKA PERLU TENTANG KENYATAAN BELIAU BERKENAAN ISU SHARIFAH-BAWANI BAGI MENGELAKKAN KEKELIRUAN BAGI YANG KURANG MEMAHAMI TENTANG ISU INI.

Sekian




3 comments:

nuraina mardiah said...

salam,,sy merupakan pelajar usm tahun pertama,,sy sokong dengan kenyataan yg dibuat oleh anda,, saudara ammar telah memberikan hujahan dan penerangan yg cukup teliti dan jelas,,

Anonymous said...

Mereka cuba menutup isu kalimah Allah dengan isu ini

Anonymous said...

sy menganilisis segala kenyataan ini, dan mendpti tiada apa yang perlu dibgkitkan rasa ktetidakpuas hati, apa yang dinyatakan itu hanyalah satu hasrat, tatkala pelajar kini berfikiran skeptikal, perkara yg baik tak perlu dipandang serong, berfikiran matang dalam membaca segala bentuk kenyataan ilmiah,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...